Tags:

DEMI MASA

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

WE LOVE TOK GURU

BlogMalaysia.com

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

Kak Tie Selamat Melahirkan Anak Perempuan

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Thursday, December 31, 2009 3 Pendapat


Syukur kehadarat ilahi, Kerana Siti Fatimah telah selamat melahirkan anak yang ke-5 di Hospital besar Tanah Merah. Kak Tie telah selamat bersalin pada30 Disember 2009 Jam 10.30 malam iaitu pada hari rabu.. ini merupakan kelahiran yang ke-3 dalam keluarga Hussin dan Halimah selepas Hamidah pada bulan dua lepas dan Kak Su awal bulan ini. setakat ini masih tidak diberikan nama tetapi dimaklumkan nama yang akan diberikan adalah Wan Nur Zahirah binti Wan Suhaidi. Majlis bercukur juga dijangkan akan diadakan pada hari jumaat ini.. Wassalam...


MAJLIS PERTUNANGAN AZI DENGAN MAT

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Tuesday, December 29, 2009 3 Pendapat

Alhamdulillah....pada 25-12-09 (Jumaat) Majlis Pertunangan Azi dengan Mat telah berjaya dilaksanakan dengan lancar tanpa ada apa2 masalah. Disini kas paparkan gambar-gambar semasa majlis berlansung.


Sebagaimana yang sedia maklum...Majlis Perkahwinan Azi dengan Mat akan berlangsung pada 13 Mac 2010. Majlis Perkahwinan Azi tersebut berlangsung serentak dengan Maljis Menyambut Menantu dari Perlis.

Disediakan oleh:


Kas & Za (29/12/09)

Cadangan Takwim Keluarga 2010

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Monday, December 28, 2009 12 Pendapat

Klik Pada Gambar untuk besarkan.

Salam semua, ni adalah cadangan takwim yang ja buat untuk tahun 2010. walaupun agak ringkas kerana bahan dan alatan tak cukup tapi ja cuba buat yang terbaik. takwim ni baru 90% siap kerana tidak cukup beberapa gambar. ja hanya bergantung 100% gambar-gambar yang ada dalam blog je, sebab tu sape-sape ada gambar yang lebih menarik leh bagi cadngan dan emelkan ke ja (islamic_multicom@yahoo.com.my).

Ralat :
- Hari Lahir Keluarga

Masih Belum Ada :
- Tarikh Lahir Naufal (ada dah tak sempat nak masukkan)
- Gambar Kak Ma dan abg Saiful
- Gambar Abe Kamil dan Kak Yati
- Gambar K.Tie dan Pok Su
- Hamidah dan Redwan

Perlu disemak :
- Gabungan Warna
- Corak dan Susunan
- Ejaan Nama dan Tarikh-tarikh Penting
- Haribulan tiap-tiap hari (cek kerana tipe satu-satu)
- Kesesuan gambar (boleh tukar jika ada gambar yang lebih baik)
- Semak Peristiwa penting yang patut dimasukkan ke dalam Takwim

ja rasa tu semua yang perlu disemak dalam takwim tu, dan beberapa benda lain dalam masa 4 atau lima hari ini kalu dah terkumpul semua gambar dan siap baiki, awal bulan satu jo akan urus untuk percetakan...cuma memerlukan gambar yang masih tak cukup.

sepatutnya ja buat takwim dalam dua corak, tetapi tak sempat sebab makan masa paling kurang 3minggu untuk siapkan satu takwim dari mula buat.

ok selamat memerhati...

Assalamualaikum......


from :
Mohd Faizal (urusan design Takwim Keluarga 2010)

Macam-macam ketika di Aceh

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Thursday, December 24, 2009 1 Pendapat


Assalamualaikumwarahmatullah......
Apa kabar semua, sambil-sambil tunggu se menyambungkan cerita dan sambil ja menyiapkan kalendar keluarga 201o ni, ja nak menyelit la sikit. kali ini ja ada beberapa pengalaman dan cerita yang nak dikonsi bersama.

Sebelum pergi lebih jauh elok juga ja nak perkenalkan motor yang baru ja berkongsi dengan kawan beli untuk ulang alik ke kuliah dan pengankutan ke mana-mana. Motor ja paling murah sekali dari kawan-kawan yang beli sebab ja agak-agak sempat la setahun setengah motor tu bergerak...hehehe... pada asalnya nak cari basikal je, tetapi kampus asal akan dipindahkan ke tempat jauh. kalu naik bas dalam masa dua tiga bulan sama mahal dengan motor, maka semua sepakat cari motor sebuah kongsi dua orang. harga lingkungan Rp1juta setengah hingga 2juta setengah, motor yagn ja beli honda 70 berharga Rp 1350000 (lingkungan RM500)..


jen-jen ni la motor ja..walaupun nampak lama tapi tidak banyak rosak berbanding motor yang lain, hebatnya motor ni kalu tak de signal, lampu, atau pe2 yang tak halang dia boleh bergerak tak de masalah dan polis tak akan saman, yang penting pakai topi..kat sini motor lama terlepas dari undang-undang kat motor.. kena ada topi pun dah lepas...tu la kelebihan yang motor lain tak dapat...hehehe

Wakil Pelajar Malaysia ke Pertandingan Nasyid dan Pertandingan Memasak Peringkat Aceh Besar

Wakil dari kumpunlan pelajar Malaysia ke pertandingan nasyid, pada asalnya kumpulan ini dapat menempah ke tempat terakhir, akan tetapi kesalahfahaman tentang syarat menggunakan musik menyebabkan dua kumpulan nasyid yang bertanding terkeluar ke peringkat akhir selepas mendapat protes dari kumpulan yang menggunakan alat tradisional. apa-apa pun kami tidak sedih dan terima serta gembira dapat mengambil bahagian dan memperkenalkan kumpulan nasyid dari malaysia. Sejak itu kumpulan ini dikenali dan mendapat dua jemputan persembahan di sekitar Aceh.


di samping pertandingan Nasyid, Dari pelajar Malaysia juga menghantar beberapa Chef dari Muslimat yang mahir menjadi satu kumpulan. Pertandingan ini juga disertai dari Chef dari Aceh, sekitar Indonesia dan Thailand yang belajar di situ. Kehebatan Chef2 dari Malaysia teserlah setelah mendapat JOHAN dengan mengalahkan team2 memasak lain serta mengejutkan kumpulan-kumpulan lain. Dapat la juga mengubat kesedihan pertandingan nasyid....

Wakil Team Bola Pelajar Malaysia sempena Hari Terbukan Fakultas Tarbiah IAIN Aceh,
Pasukan Bola Pelajar Malaysia..walaupun tidak cukup latihan dan pesedia yagn cukup pasukan ini telah memenangi peringkat pertama melawan kumpulan dari Fakultas Adab. akan tetapi pada pusingan seterusnya kalah teruk dengan kumpulan daripada Pensyarah bergabung dengan staf, mungkin segan atau memang team Pensyarah hebat. Tapi bila dapat berita Team Pensyarah la team yang paling digerumi oleh pemain-pemian bola dan dikenali kumpulan yang elit.. pepe pun tahun depan kumplan ini akan usaha dengan lebih lagi....



Kumpulan Nasyid Malaysia Mendapat Dua Jemputan Selepas Pertandingan Nasyid

Persembahan Nasyid di Sebuah Hotel kawasan Banda Aceh dalam Majlis Kursus Perubatan Islam dan Bekam dua Minggu selepas pertandingan.


Bermula dengan pertandingan nasyid dan yang baru dikenali, kini kumpulan nasyid Malaysia yang dikenali sebagai kumpulan IN SOFT terus menerima jemputan dan mengorak langkah ke Konsert dan Festiva Nasyid Peringkat Aceh bersama kumpulan-kumpulan popular di Aceh dan Indonesia seperti kumpulan SKALA, dan lain-lain serta sempat berduet sebagai persembahan penutup.


Lawatan daripada Malaysia :

Lawatan Dari PERKIM Perak, mereka datang sebuah bas dan melawat kawasan Aceh serta sempat mengambil masa berjumpa dengan Pelajar-pelajar Malaysia di Aceh




Manakala ni pulak lawatan Wakil Sekolah-sekolah agama yang membuat MOU dengan IAIN Ar-Raniry Aceh untuk penyambungan pelajar-pelajar ke sana, rombongan ini diketuai oleh Pengetua Maahad Pulau Melaka, Nik Omar bin Nik Abdul Aziz (Anak Tok Guru) dan beberapa sekolah sekitar Terengganu dan Perak.


Kunjungan Ziarah oleh Bendahari Ulama' Pas Pusat ke salah satu rumah Pelajar-pelajar Malaysia.


Ni la suasana Malam Pertandingan Bola Akhir Kelantan lawan N9. Menempah satu petak medan selera yang duduk di tengah-tengah banyak medan selera. Ramai dari pelajar-pelajar Malaysia turun bila dapat tahu ada kedai makan yang dapat tengok siaran Malaysia selepas di servy.


Habis....setakat tu seje yang dapat dikonsikan ..insyallah minggu depan berjumpa lagi.....
wassalam...


Disediakan Oleh :
Mohd Faizal bin Hussin
(Aceh)

Sedikit Perkongsian San Sepanjang Di Kampung Halaman

Disediakan Oleh: Mohamad Hafsan Bin Hussin Monday, December 21, 2009 2 Pendapat

Selepas begitu lama di UTM, san pulang ke kampung dengan penuh gembira. Cuti yang ada lebih kurang sebulan terasa sangat tak mengcukupi. Namun begitu, peluang cuti yang diberikan digunakan dan dimanafaatkan sebaik mungkin. Di kampung adalah masa untuk san khidmat kepada ayahanda dan bonda sepenuh jiwa dan raga. Semoga cuti kali ni, adalah cuti yg terbaik san gunakan bersama keluarga dikampung. Kepulangan san disambut gembira oleh mek, ayah, adk-beradik dan anak2 sedara. Kepulangan san ke UTM di sambut dgn suasana yg agak sedih khususnya Ayah, mek dan anak2 sedara. Termasuklah pekerja ayah (pok su) yg turut sedih dihari san nak balik UTM. Kebetulan san balik di hari tender getah. Bila san bagitahu dia(pok su) yg san akan balik malam ini, ptg tu dia basuh motor memunggah. Sedangkan masih byk lg getah yg tak dianggkut. Bila ditanya kenapa dah basuh, dia mjwb "motor ni tlalu kotor" Slps san berlalu, san lihat dari jauh, dia termenung. Menunjukkan dia juga bersedih. San igat, cuti yg singkat banyak perkara yang san buat bersamanya. Termasuklah membaiki, masuk kebun, menebang dll. San dah perturunkan segala ilmu dan skill penyelenggaraan Land Rover padanya. Pd pemerhatian&pengujian san, dia pemandu yg cermat dan baik setakat ni utk memandu Land Rover ayah.


Kerja-kerja Membaiki Land Rover Ayah

Bila balik, San mencuba dan menguji Land Rover ayah. Menurut ayah, Land Rover ini baru dibaiki. Namum begitu, bila San periksa ternyata masih ada banyak masalah padanya. Menurut ayah, tak da san, pok mat pun buat cin ca cin ca je baiki. San tak kata apa, kerana pok mat adalah guru san dalam ilmu makenik. Selama 2 tahun san belajar dengannya secara seriously. Daripada 2 Land Rover dah jadi satu. Kerana yg satu lg san bedah di segenap sudut. Kerana itu tayar spare ada 9 biji. Masa tu tidur dlm lumpur, main minyak hitam,gris dll. Tamat tingkatan 6, maka dapatlah ijazah tak langsung dari pok mat pomen. Abe Li Kioh, guru san dalam ilmu megendalikan mesin menebang. Bagaimana nak menebang pokok besar2 pd kaedaan selamat, bagaimana nak membelah kayu, cara mengasah mata mesin dll. Beberapa lg org kg yang san belajar kepakaran mereka dalam perkara2 yg perlu pada pengalaman yang tinggi.

Seminggu selepas san berada kat rumah, san memberitahu ayah bahawa san akan baiki keseluruhan Land Rover ayah sekadar termampu. Dengar kata2 san, ayah sangat gembira. Walaupun ayah baru habis seribu lebih membaiki land rover. Ayah cakap, abang san buka dan tengok apa2 barang yang rosak, ayah bagi duit untuk beli barang yang rosak. Pemeriksaan awal, san bercadang akan tukar keempat-empat bearing tayar kerana semuanya dah haus. Maka kerja2 bermula. Alhamdulillah, kerja san banyak dibantu/ ditemani oleh pok su (belakang rumah). Bagusnya dia, selagi san tak berhenti, dia takkan berhenti. Walaupun sampai 1 pagi.

San dan pok su bertungkus lumus untuk siapkan land rover. Waktu tu, ayah beli byk anak getah yg perlu ditanam dengan segera. Kedua, kejar siap sebelum hari tender. dan pelbagai kegunaan lain. Bila san buat tayar bahagian depan, pok su buat bahagian tayar belakang. Ada bahagian yg perlu kami buat bersama2. Seronok pula membaiki bila ada kawan yang satu kepala bab membaiki. Memang kami buat yang terbaik. Segala kotoran, karat dll dibersihkan dengan minyak dan dibilas dengan air sabun. Bayangkan dari pagi hingga awal pagi kami bekerja. Sampai ayah geleng kepala.

Skru2 yang longgar ditukar, besi yang patah di weldingkan. Dah jadi macam bengkel depan rumah. Semua san periksa kecuali bahagian engine berat ke speed gear. Lain-lain seperti kapeling, gear box, brake dll semuanya diperiksa. Kerana masa mengejar, kerja perlu disiapkan dengan cepat.
Akhirnya, selama 2 hari lebih tayar bahagian kiri siap dibaiki dan dipasang. Setelah bearing ditukar dan leaning brake ditukar baru. Maka kerja2 membuka tayar sebelah kanan pula giat dijalankan.

Wujudnya pengkhususan dalam kerja2 membaiki. Untuk mempercepatkan lagi kerja2 ini. San buat yang depan, dan pok su buat yang belakang. Mudah sangat, dia tahu apa yang perlu buat dan san tahu apa yang perlu buat. Maka kami masing2 buat. Untuk kerja2 berat, kami buat sama2.

kerja2 memotong dan meyambung/welding giat dilakukan. Untuk memudahkan kerja2 kami, ayah telah membeli cukup lengkap alat seperti welding, air compressor(pam angin), canar/pemotong besi dan pelbagai lagi. Ia melancarkan kerja2 kami.
Ni antara kerja akhir iaitu memasang tayar belakang sebelah kanan. Ketika ni kami dah rasa letih sangat. Ni dah hampir seminggu kerja2 baik pulih dijalankan. Dah beberapa hari bertungkus lumus dari pagi hingga ke malam disambung selepas waktu rehat.
Kerja2 akhir dibuat, ketatkan tayar. Periksa sistem brake dan lain-lain. Hati tak sabar nak diuji tahap prestasi Land Rover ayah setelah kami membaiki. Pada petang ni siap sblm asar. Selepas solat asar kami mula nak uji. Tahu dimana kami uji?? Bersambung ke tajuk seterusnya...

Megembara Sambil Menguji Land Rover

Pada petang itu juga, san mengajak pok su dan abe nik ke Sokor tempat pegumpulan kayu balak. Maka bermulalah perjalanan. Jauh juga, 1 jam lebih melalui jalan berbukit-bukau baru sampai.
Sampai kat sungai, sempatlah kami basuh..


Kerja-kerja Pengujian Cable Gear (Gear Win)

Bila semua dah ok, San baiki gear win. Sebelum ni san dapat tahu bahawa gear win tak dapat digunakan. Nasib baik san balik awal, mulanya pok su nak welding tempat yg dikatakan penyebab gear win tu tak jadi. Ayah dah setuju kerana pok su tahu. Bila san tahu, san tegur pok su. San kata, "nak welding kat situ?, ni tak cerdik namanya. Mana boleh welding kat sendi, ia diikat dengan skru. Nak buka esok2 nanti macam mana?. Keputusan mewelding dibatalkan dan ayah sebulat suara setuju dgn san. Alhamdulillah slps menukar skru dan servis sendiri. San mengajak pok su untuk test gear win ni. Satu kawasan bukit dipilih..

Alhamdulillah, selepas diuji di kawasan yang agak extrem. Gear win menjadi. Ia mampu menarik berat Land Rover.
Untuk memastikan gear win lebih tahan. San mengajar tip2 peyelenggaraan dan penggunaan gear win pada pok su. Kesilapan yang kecik boleh menyebabkan kerosakkan yg teruk pada enjin.

Selepas berpuas hati, kami pun balik.
Sebelum san balik ke Johor, san sempat megecat beberapa bahagian Land Rover. Ia nampak lebih baru. Alhamdulillah, ayah sangat berpuas hati sepanjang san kat kampung. Sehingga ayah berkata "kenapa cepat sangat nak balik".



Daripada:-

Hantar Tok Ki & Tok di Klia - Nak G Umrah

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Sunday, December 20, 2009 0 Pendapat

Assalamualaikum semua, ari ni kitaorang g Klia, ngantar tok & tok kiey naik flight nak g buat UMRAH. So, sedikit gambar2 kitaorang semasa berada di KLIA bersama sepupu. Kata Harith.

InsyaAllah, kalau ade rezeki lebih... lepas ni kitaorang plak akan pergi...

Harith's Family...

Raya Oh Raya di Acheh

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Tuesday, December 15, 2009 3 Pendapat

Assalamualaikum.......

Apa kabar semua...maaf kerana telah lama tidak menyiarkan kabar barita dari aceh, sebenarnya akhir-akhir ni sibut sikit, kerana berkejar-kejar untuk siapkan kerja-kerja yang patut kerana semesta ini terpaksa dipercepatkan untuk pembinaan balik hampir keseluruhan bangunan-bangunan tempat belajar ini...

Pepe pun, kali ni ja nak kongsi sambutan Hari Raya Aidil Adha 2009 kat aceh ni..raya kali ni agak meriah sedikit bila dapat merasakan makanan-makanan tradisi Malaysia seperti ketupat,Leman, Rendang Nagori, Rendang Ayam dan macam-macam lagi.
kebanyakan makanan-makanan ini diimpot dari Malaysia hingga hampir satu lori sampai di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda, Aceh sehari sebelum hari raya..Hari raya kali ini juga dihadiri oleh Rombongan daripada PERKIM cawangan Kedah seramai 29 sembilan orang. Makanan-makan tadi disumbang oleh mereka kepada pelajar-pelajar malaysia dan penduduk aceh.

Pada asalnya, hari raya ni hanya mendapat 2 bahagian sahaja dan cukup untuk dua ekor kambing. mungkin faktor mahal mencecah lebih RM500 sehingga ramai yang tak mampu memberi sumbangan. Dua minggu sebelum raya Alhamdullah pihak PERKIM kedah tel akan usaha mencari 12 bahagian dan menghantar rombongan seramai 29 orang.

Ni la bennar yang sempat ja buat untuk majlis hari raya tu..wlaupun tak de laptop, tapi ja terima gak sikit-sikit tempahan mana-mana pertubuhan untuk mengelakkan terlupa apa yang telah ja belajar. Walaupun ringkas kerana terpaksa pg buat di komputer kedai tp Alhamdulillah bennar ni diterima untuk dicetak...


ni la bennar kedua, juga dicetak....

Beginilah persiapan dan suasana hari raya:

Mesyuarat untuk persiapan majlis hari raya, dihadiri lebih 30 orang pada setiap wakil rumah-rumah sewa pelajar Malaysia.

kiri : Ini bukan buah durian seperti yang digambarkan, tetapi buah nangka yang perlu dibelah pada malam hari raya lagi untuk gulai pada keesokannya...kanan : sedang membuang getah yang melekat di tangan...


pada malam raya tu, sempat lagi la kami bakar leman di tepi rumah, akan tetapi ja tak tahu dimana dan sempat masak ke laman tu sebab jangka masak waktu pagi raya, ja lak terpasa membuat tugas lain.

beginilah suasana pada waktu malam, kumpulan dikir barat sedang membuat latihan terakhir sebelum persembahan, walaupun peralatan tidak lengkap namun budaya kel tetap unggul bukan sahaja di seluruh malaysia tetapi luar negara....keahlian paling ramai dari kel, dan dibantu sebagai juru melaung dari perak, trenganu, johor, N9, dan beberapa negeri lagi.


Ja dan kawan-kawan sempat bergambar selepas solat sunat hari raya..



Penyambut tetamu yang setia menanti dengan pakaian melayu malaysia.



antara tetamu dari Malaysia dan Aceh sedang asyik mendengar ucapan dari Imam kampung, Kepala Kampung(ketua kampung) Wakil PERKIM Kedah dan YDP Persatuan Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Aceh. lebih 400 penduduk kampung yang hadir.

Ni la persembahan Dikir barat yang memegumkan penduduk aceh dan wakil PERKIM dari Malaysia. lagu yang berjudul RINDUNYA OH MALAYSIAKU dan ADIK-ADIK BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH (lagu ni khas untuk anak-anak yatim), Manakala Nasyid lak dibarisi kumpulan nasyid Malaysia yang pernah memasuki peringka akhir pertandingan nasyid peringkat aceh.

Bergambar beramai-ramai sebelum rombongan dari PERKIM seramai 29 orang bertolak balik dan pergi berjalan-jalan ke tempat lain.



Disediakan Oleh :
Mohd Faizal bin Hussin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN