Tags:

DEMI MASA

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

WE LOVE TOK GURU

BlogMalaysia.com

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

Salam Idil Adha... Shamsuri Sekeluarga...

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Saturday, November 28, 2009 0 Pendapat

Assalamualaikum semua...
Terlebih dahulu, ambo sekeluarga (Shamsuri, Suhana, Harith, Fahmy, ...) mengucapkan Selamat Hari Raya Korban khasnya untuk Keluarga Hussin dan umumnya untuk semua tetamu blog ini.
Semoga kita tergolog daripada Hamba Allah yang berkorban apa sahaja untuk menegakkan agamaNya.
Wassalam.

SRI MELAKA RESTAURANT DI TTDI

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Tuesday, November 24, 2009 0 Pendapat

Kas nak kongsi cerita di sini mengenai Jamuan Majlis Perpisahan Bos (Ketua Cawangan) pada 18/11/09 (Rabu) pada pukul 12.30tgh. Jamuan ni dibuat di Restoren Sri Melaka yang terletak di TTDI KL. Setiap seorang kena bayar RM40 bagi jamuan tersebut.
Sesi bergambar dengan semua yang hadir menjayakan jamuan perpisahan ini.

Sekian.

Disedikan oleh:

Kas & Za

BERITA DARI KAMPUNG HALAMAN

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah 2 Pendapat

Assalamualaikum w.r.t. Bersua lagi dalam blog hussinhalimah familys.. Untuk kali ni Jo nak kongsi sedikit cerita dari kampung. Sebab dah janji nak bawa cerita dari kampung, jadi setiap kali balik, Jo mesti dapatkan cerita2 menarik untuk dikongsi bersama. Jo & isteri bertolak balik pada hari ahad kerana jumaat & Sabtu ada kelas UKM, balik ni pun sebab nak hantar dakwat printer untuk kegunaan tander getah pada hari selasa.

Gelombang Kedua Banjir


Jadi, masa bertolak balik tu, memang dah dalam gelombang kedua banjir di kelantan. Jo bertolak balik dan masa masuk ke jambatan menuju ke Kusial baru. Didapati jalan telah ditutup oleh semua kenderaan. bila cuba dapatkan maklumat, ada penduduk kampung di kawasan itu bagitahu di simpang 3 (chekok ipoh) dah melepasi kepala. Jo telefon Mek dan mek bagitahu sedang melawat di rumah poksu tie kerana banjir kawasan itu hampir sampai kerumahnya. Jo pun pergi dengan laluan alternatif ke bechah laut.. lihat mek dah ada kat rumah kat tie.



kereta kembara kakmah yang terpaksa mengharungi air untuk keluar ke bandar tanah merah. dan pejabat Pas terasil turut dilanda banjir.



memang menjadi kebiasaan apabila kanak2 dan dewasa mula berkumpul di tempat banjir terutamanya jalan yang ditutup oleh semua kenderaan. Apapun, ibubapa sentiasa memerhatikan anak2 yang berada di kawasan banjir.


muka2 kanak2 besar yang tengok banjir..hehe.. sambil tu, dilihat bot YB Cikgu Wan yang berulang alik di kawasan banjir dan perahu2 penduduk melintasi kawasan tersebut.


Ikan Terbesar Dapat di Tangkap di Kolam Kita

San, Abang nik dan Jiran kat rumah telah pergi ke kolam untuk menangkap ikan. Tujuan utama operasi ini adalah untuk menangkap ikan jelawat yang sedang bertelur untuk di ambil baka sebagai usaha membiakkannya. ikan-ikan yang ditangkap ini akan dilepaskan di kolam ikan keli (yang kosong) dan akan diberikan penjagaan yang khusus. Tetapi, mereka bertiga telah dikejutkan dengan tangkapan ikan terbersar (ikan Bawal) telah terperangkap didalam jala yang ditebarkan. ikan beratnya lebih 3 kg ini merupakan baka yang masih berbaki dari ikan yang terawal dilepaskan di kolam keluarga.

San & Abg Nik yang bergaya dengan ikan bawal setelah terperangkap di dalam jala. ikan ini pun masih hidup dan dilepaskan di Kolam ikan keli yang kecil..


Antara ikan yang ditangkap untuk dijadikan baka. San yang baru balik dari Johor ceria bersama ikannya..:-)


Hafsan & Land Rover


Sebut saje San balik, mesti Land Rover lah yang menjadi teman dia dirumah.. Land Rover ini diservis, di cek kecacatan untuk dibaiki sepanjang balik ke kampung... hehehe



Disediakan Oleh:
Jo & Fatehah



16/11/09 - JAMUAN PERPISAHAN BOS/STAFF KASTAM

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Wednesday, November 18, 2009 1 Pendapat

Ni nak cite lagi...pasal makanan. Banyak cite makan-makan ni. Maklumlah sekarang ni ramai bos-bos dan senior-senior naik pangkat. Oleh kerana mereka-mereka ini naik pangkat, maka diwajibkan ke atas meraka berpindah ke stesen(negeri) lain. Maka pada 16/11/09(Isnini) pukul 12tgh, jamuan telah dibuat bagi meraikan mereka-mereka yang naik pangkat dan kena bertukar ke tempat lain.


Ni plak gaya kas..sempat posting dengan opismate girl.

Sekian.

Disediakan oleh:


Kas & Za

NOK BUAL JAH BELE BELE

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Monday, November 16, 2009 3 Pendapat

Bele bele tunggu cerito oghe, jo nok kosi so cerito.. maso jo nga isteri tersaye balik kampung, sapa jah depey pitu umoh, ado so mutor sedak duk paking depey pitu betul2x. Jo tekejut la, sapo la g paking mutor depey umoh kito ni.. tak kenal plok tu mutor sapo. Bilo mek ayoh tubek depey pitu bele2 sengeh, jo pun tanyo la.. Ni mutor sapo? tok ghajin kelih pun kapong ni.. ayoh pun oyak la, motor ni ayoh baru jah beli 3 hari lepah.. nok guno wak g kebun... sbb kebun mek nok g denga kebun ayoh nok gi haghi2x lain jale.. sore g kehulu sore g kehilir.. jadi sbb tokdey alik mutor hok ado sebuoh, ayoh pun beli la so lagi..patut la jo tengok mutor sinar bana lagi.. mutor baru ruponya walau hok sekehheng utk guno wak g kebun kiro sedak benar doh..hehe.. jo pun naik la takak gambar jdi model mutor ayoh dgn banggonyo..hehehe

MAGHI SINI ABE NOK CERITA

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Sunday, November 15, 2009 5 Pendapat

Assalamualaikum, untuk cerita kali ni abe kame nak selit pulak dari keluarga abe kame.. banyak cerita nak dikongsi dalam ruangan yang ringkas ni. walaupun sibuk berniaga, anak2 memang tidak lekang dengan aktiviti samaada yang disekolah ataupun dirumah yang dibuat sendiri... Mula-mula baru je lepas buat sambutan Hari Lahir Achik (Infazah) anak yang ke 3. Sambutan ni buat secara ringkas yang hanya melibatkan keluarga sahaja. Jamuan seperti Kek, Ayam Kentucky (yang buat sendiri), Mihun goreng telah memenuhi selera jamuan malam tersebut. lihatla kemeriahan jamuan yang ringkas ni..hehe

ni la makanan yang ada dan achik adik beradik membelah kek. Bacaan doa dimulakan sebelum jamuan dimulakan.

Ni plak suasana jamuan hari lahir.. tu sape yang kekoh kek gitu..hehe. semangat makan tu.


pertandingan mewarna di sekolah achik.. tapi yang kena warna plak logo 1 malaysia..ish3x. tapi budak2 bkn paham pun. Yg pnting warna je la..hehehe


Bila musim banjir sesi lawatan ke tempat banjir sudah menjadi kemestian. sambil2 nak tengok banjir, sambil tu boleh la main air, tengok boat bomba yang duk ulang alik..



Disediakan Oleh:
Abe Kamil @ Kak Yatie

Sambutan 10 tahun Jabatan ICT Pas Pusat- Hotel Quality Shah Alam

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Tuesday, November 10, 2009 1 Pendapat

07Shah Alam (8.11.09): Jabatan ICT Pas Pusat telah mengadakan Majlis Sambutan 10 Tahun Jabatan ICT Pas Pusat (JITP) bertempat di Hotel Quality Shah Alam dengan dihadiri oleh semua pimpinan Jabatan ICT Negeri-negeri.

Tuan Guru Haji Hadi Awang selaku Presiden PAS telah merasmikan Majlis tersebut serta menyampaikan amanatnya kepada pimpinan ICT Pusat dan negeri agar berganding bahu dalam melancarkan usaha dakwah dan perjuangan untuk menegakkan Syiar Islam.

Beliau juga menyarankan agar semua pimpinan ict agar melipat gandakan usaha dalam ilmu ict agar dapat melawan musuh-musuh dalam perjuangan serta memberi kesedaran dan ilmu berkenaan ict kepada masyarakat di negara ini.

Antara pimpinan lain yang hadir ialah Timbalan Presiden YB Nasaruddin Mat Isa, Mahfuz Omar, Dato' Mustafa Ali, Dr Hassan Ali, Ust Abd Ghani Shamsuddin dan beberapa orang lagi pimpinan Pas Pusat.
Pas Negeri Pahang diwakili oleh Pimpinan Jabatan ICT Pas Pahang iaitu Pengarah JICT Roslin Bakar, Timbalan Pengarah Mohd Shamsuri Hussin, AJK Ramli & Shamsul.

Pengarah & Timbalan JiCT Pas Pahang bergambar kenangan bersama Ketua Lajnah ICT Pusat Ust Abd Ghani Shamsuddin.

BANJIR OH BANJIR

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Friday, November 6, 2009 2 Pendapat


kereta jo yang sangkut kat banjir. cuaca malam tu hujan lebat dan gelap gelita

Hujan tanpa henti2 selama 4 hari telah menyebabkan air mula naik dan melimpah di beberapa sungai di kawasan kelantan. Pada hari Khamis (5 Nov) Jo balik dengan fatehah untuk bantu ayah urus tender getah. masa tu dah jam 1.30 petang bila tiba di rumah. Oleh kerana hari jumaat ada kelas UKM, Jo terpaksa bertolak lepas magrib selepas selesainya pengiraan getah. Jo pergi KB pun jadi lewat sebab Land Rover tersangkut dalam kebun getah kerana tergelincir ke bawah tebing, tapi tak dapat di kuarkan, terpaksa la tinggal je dlu dlm kebun untuk sambung pagi esok. Jo plak terpaksa kena bertolak malam itu tengah hujan lebat. sampai je di terasil, Jo dapati air dah melintasi jalan dan tidak ada lagi kereta yang melaluinya. Disebabkan malam terlalu gelap Jo ambil keputusan tidak melintasi banjir dan terus pusing ke Bechah laut. Pada keesokan, Mek pun pergi melawat tempat yang kemungkinan air naik. Rupanya pagi tadi (jumaat) air di atas jalan kat terasil dah melebihi paras pinggang. Malah Mek tidak dapat sampai pun ke rumah Poksu Tie diterasil. Bot YB Cikgu Wan dah stanby menghadapi banjir, Poksu Tie yang kini di Kuala Lipis pun bertolak balik untuk menghadapi sebarang kemungkinan... Banjir kini sudah tiba, semua penduduk sedang berjaga-jaga. walaupun malam ini (jumaat) hujan mula berhenti, tetapi semua tetap berwaspada...

Disediakan oleh:

Memori Sebulan Lebih Selepas Bergelar Suami Isteri

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Monday, November 2, 2009 3 Pendapat

Pejam celik, pejam celik dah sebulan lebih Jo menamatkan zaman bujang ini iaitu pada 4 syawal lepas. jadi bila dah masuk suasana baru ni banyak la benda yang dilalui.. maklumla, semua baru mesti la mencabar. sampai sekarang jadi kesibukan tu tinggi la. tu yang lama tak dang nak masuk cerita dalam blog. bila ada luang cikit ni, joe nak ambil peluang untuk kongsi suka duka jo dan isteri tercinta ni apa yang dibuat sepanjang sebulan lebih ni.


Macam orang2 len jugak la, jo&Isteri memang padat jadual bila mendapat undangan dari saudara2 kedua belah pihak. sampai tak duk diam, berjalan pun dah tak henti nak pergi semua..tapi memang seronok dapat jugak saling2 kenal..lepas tu plak duk pergi mari dari KB ke Tumpat ke Tanah Merah semata-mata nak memenuhi undangan majlis peringkat keluarga dan kampung plak..itula hidup kami mula2 tu.

lepas je redha cikit, jo pun nak rncg nak pergi round2, ada la cikit gambar yang dpt dirakam...

ni gambar pergi makan chiken chop. Tapi orang belanja la.. abg Fatehah yang belanja..hehe

macam biasa la, kebun dan danga tetap menjadi pilihan untuk jo & Isteri honeymon.. dengan ditemani anak sedara, perjalanan ke sana memang menarik..:-)

Ni plak jalan-jalan ke pantai.. dah lama duk teringin gini..hehehe. Tapi jimat la cikit kos dan masa nak pergi sebab 15 minit dari rumah kat kb ni, dah sampai kat pantai cahaya bulan..

Bila balik kampung, jo pun nak tunjuk kehebatan tgkap ikan keli kat isteri tersayang. dengan semangat yang kental, pusing punya pusing sekor pun tak dapat.. lagi2 plak mek & ayah tak dr kat rumah lagi la tak tahu nak wat pe..huhu. mjur kakmah ada ikan keli dalam peti yg dah siap nak goreng.. last2 yg tu jugak boleh makan..hehehe

haaa..ni aktiviti yg jo belum penah cuba lagi.. dengan ditemani isteri dan abg ipar serta anak2 saudara, Jo pun ajak la gi main bowling. sekali lambung masuk longkang, 2x lambung terus strike..hihihi. bangga sero kat depan isteri..hehehe.. lepas tu, lambung sterusnya tak jadi la pulak..huhu

(Pelancaran Sabun Aura Volcano)
Ni event yang paling istimewa dalam family fatehah apabila abang sulungnya berjaya melancarkan satu produk kecantikan terbaru di pasaran. pelancarannya sangat meriah dengan pelbagai aktiviti menarik. antaranya konvoi Kelab Myvi, Perdana, Proton, Motor Besar dan Motor klasik dari KB ke Wakaf Bharu.
jo & isteri tengah posing kat kereta big boss produk dan motor besar.. bukan model tu..hehe

antara kemeriahan pelancaran produk kecantikan ini..


Inilah sedikit sebanyak Jo & Isteri buat dalam kehidupan baru.. banyak lagi tapi tak ingat tangkap gambo la..hehe.. just untuk dikongsi bersama.. Wassalam..

Disediakan oleh:
Jo & Fatehah




Assalamualaikum semua...

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah 6 Pendapat

Assalamualaikum semua...
Maaflah dah lama tak upload xtvt terbaru dr pahang...
buka hari2, tapi nak buat story tak dan...
pepn, w'r remember u all...
dr: Shamsuri + Suhana + Harith + Fahmy + coming soon baby

Lagu Pejuang Kecil

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah 5 Pendapat


UCAPAN TAKZIAH KEPADA POK SU HUSIN SEKELUARGA

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Sunday, November 1, 2009 0 Pendapat

Keluarga HussinHalimah mengucapkan takziah kepada keluarga Poksu Hussin (air Kerela) diatas pemergian isterinya pada 30 Oktober 2009 (Sabtu). Allahyarhamah mengidap penyakit paru-paru yang menyebabkan paru-parunya menjadi hitam dan dirawat dihospital Kota Bharu 3 hari yang lepas. Pada jam4 petang, Allahyarhamah telah menghembuskan nafas yang terakhir di sisi suaminya yang menemaninya pada masa itu. menurut Poksu Husin, Allahyarham sempat meminta untuk makan buah delima yang dari suaminya kurang setengah jam sebelum beliau disahkan meninggal dunia. Jenazah di tanam di tanah Perkuburan Kampung Batang Gedik pada hari yang sama jam 11.30malam. Semoga Allahyarhamah diletakkan bersama orang-orang yang solehah. AL-FATIHAH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN