Tags:

DEMI MASA

AYAHANDA

AYAHANDA
HUSSIN BIN OMAR

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

ANAK BERANAK


WE LOVE TOK GURU

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

Pelancaran Tabung Hari Keluarga Hussin & Halimah:

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Friday, October 30, 2009 0 Pendapat

Ke arah keluarga contoh 2012...

Setelah lama San disini sunyi lagi kesepian, ingin sedikit san berkongsi cerita san pula dari Johor ni. Ada beberapa benda yang san nak kongsikan bersama adik beradik dan tetamu blog ni. Nak tahu apa aktiviti san disini?? Sememangnya dari dulu lagi san memang suka pada aktiviti yg mencabar dan perlu pada sesuatu kemahiran teknikal.


Ilmu pertama yang san nak kongsi adalah ilmu mekanik. Seperti yg sedia maklum, sejak dari tingkatan 6 lagi, minat ini terserlah, sehingga Alhamdulillah dah dapat pengiktirafan ayah atas kejayaan menbaiki Land Rover ayah setiap kali berlaku kerosakkan teknikal. Apabila san berangkat ke UTM ni, ilmu mekanik sebagai satu hobi san waktu lapang walaupun kerjaya sekarang adalah dalam bidang pembinaan. Sekarang ni san menjadi pesaing sengit seorang mekanik bergerak dalam UTM ni. Sepanjang san menjadi mekanik bergerak ni, macam-macam kerosakkan dan jenis motor yang san temui. Alhamdulillah, semua dapat diselesaikan. Jika ada yang san tak mampu baiki, san akan bawa ke bengkel mekanik kat luar. San sudah rapat dan mengenali beberapa orang mekanik kat luar. Meraka meyangka san juga seorang mekanik kerana setiap kali san membeli barang2, san akan beli secara pukal. Sepanjang 2 bulan lebih san buat khidmat mekanik sebagai hobi waktu lapang, sudah lebih 90 buah motor san baiki. Kalau sebelum ini, san ada jadual untuk waktu riadah setiap petang. Tp sekarang ni dah tak perlu, menbaiki tu dah termasuk dalam riadah, hobi, menggilap skill dan menjana kewangan sampingan san. Mungking pelik tgk san berpakaian mcm tu dan berkasut mcm tu. Sebenarnya, antara dua, samaada san baru balik dari kelas atau baru balik tempat kerja part-time dengan HEP. San ada pengurusan disiplin waktu juga, waktu kelas dan waktu kerja dengan HEP san akan fokus. Andaikata ada panggilan untuk baiki motor pada waktu tu, san akan bagi dia 2 pilihan. Samaada san akan buat diluar waktu itu atau jika dia nak cepat san akan mintak dia tefon seorang lagi. Kebanyakkan mereka tunggu san buat kerana san charge pada harga min, sambil2 nak bantu mereka dalam kesusahan. Kerana san dah kerja dgn HEP.


Menyertai Pertandingan Memanah
Diantara hiburan yang dibenarkan oleh syara' ialah bermain memanah dan perang-perangan. Sebab di satu saat Nabi pernah berjalan-jalan menjumpai sekelompok sahabatnya yang sedang mengadakan pertandingan memanah, maka waktu itu Rasulullah s.a.w. memberikan dorongan kepada mereka dengan sabdanya:
"Lemparkanlah panahmu itu, saya bersama kamu." (Riwayat Bukhari)
Pertandingan lempar panah itu bukan sekedar hobi atau sekadar bermain-main saja, tetapi salah satu bentuk daripada mempersiapkan kekuatan sebagai yang diperintah Allah dalam firmanNya:
"Dan bersiap-siaplah kamu untuk menghadapi mereka (musuh) dengan kekuatan yang kamu sanggup."
Dalam menafsirkan ayat ini Rasulullah bersabda:
"Ketahuilah! Bahwa yang dimaksud 'kekuatan' itu ialah memanah - beliau ucapkan kata-kata itu tiga kali." (Riwayat Muslim)
Dan sabdanya pula:
"Kamu harus belajar memanah karena memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu." (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)


Mengduduki Sijil Rendah Pesilatan

Silat juga adalah salah satu hobi san disini, untuk mengetahui banyak ttg silat ni. Alhamdulillah, sudah lulus menduduki Ujian Sijil Rendah Persilatan. InsyaAllah akan berusaha untuk mengambil Ujian Sijil Tinggi Persilatan. Sila lawati blog san di alamat "saifullah-hafsan.blogspot.com". Dalam tu khusus san cerita ttg silat je..


disedikan oleh:



Dari Johor.

Mandi di Mata ie

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Thursday, October 15, 2009 5 Pendapat

11 Okteber 2009, Ahad.
Salam Perantauan..........
Kali ni ja nak kongsi aktiviti semasa hari minggu ja dan kawan2.. Pada minggu-minggu sebelum ni ramai pelajar malaysia sekadar memenuhi masa hari minggu dengan tidur je..tapi pada minggu tu kami cuba mamilih beberapa tempat yang menarik untuk dilawati bagi menukar waktu tidur. Hari minggu di aceh hanya hari ahad sahaja. Cari punya cari kami jumpa dan ingin cuba pergi mandi di mata ie.. mata ie ni tempat takungan air yang barasal dari air mata air. sekarang dibuat tempat pelancongan dan tempat mandi. maka bermulalah menyediakan kelengkapan2 yang sepatutnya,

tukang masak bertungkus lumus menyiapkan mihum untuk dibawa makan di mata ie.
kami bertolak jam 1.30 petang selepas solat zohor. ada yang dari pagi tak mandi sebab target mandi di sana. macam biasa ja & kawan2 menyewa satu labi untuk menghantar kami ke sana dengan bayaran RP150 000 sekitar RM50 untuk dihantar dan balik. nampak mahal jika kira perseorang dalam lingkungna RM3.50 seorang..



kecerian begitu terpancar ketika bersiap2 untuk bertolak ke mata ie yang berada sekitar 30k/m dari tempat kami duduk..semua penghuni rumah sewa ja yang berjumlah 14 orang menyertai aktiviti itu..


airnya agak dalam lingkungan 2 hingga 3 meter, hanya sempit sahaja disediakan tempat tidak telalu dalam. pada awalnya takut nak mandi..tapi kawasan dikatakan selamat karana tempat orang ramai dan ada anggota keselamatan. ja terpaksa menyewa pelampong kerana tak berapa tahu berenang sebab dah lama tak berenang..airnya terlalu sejuk hingga tak dapat mandi lama dalam lingkungan sejam dua je..he3. waktu tu sempat gak belajar berenang... tempatnya sederhana tapi menarik gak untuk dilawati..cuma nak masuk tu kena bayar tiket..

jam 5 petang setelah penat berenang ja dan kawan-kawan balik. semasa perjalanan balik kami terpegum melihat sekumpulan monyek liar yang agak jinak menghiasi kawasan-kawasan mata ie..dan akhirnya..habis..

konvokesyen nanti boleh la nak datang ke aceh, banyak lagi tempat menarik, nanti ja cuba tengok bajek berapa, untuk jo dan abg kas, kalu nak berbulan madu kat sini boleh la tapi dalam 2,3 bulan lagi sebab ja nak bagi biasa dulu dengan aceh....:-)

disediakan oleh :

MEMORI 1 - AKTIVITI RENANG

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Saturday, October 10, 2009 0 Pendapat

Oleh kerana gambar perkahwinan kas belum siap di edit...maka elok kiranya kas update cerita-cerita yang lalu yang kas belum disiarkan di dalam blog family ini. Lagipun banyak juga aktiviti-aktiviti kas yang belum disiarkan untuk dikongsi bersama.

Bila tengok kolam renang AKMAL, terasa teruja nak terjun dan menyelam. Wow seronoknya...tak sangka masa kursus hari tu, ada slot latihan renang. Hampir dua minggu latihan renang diadakan. Pendek kata..masa latihan renand di laksanakan selama sejam sehari, badan sejuk mengigil. Tapi disebakan aura semangat nak belajar..maka terpaksalah tabahkan hati untuk terus berenang.
Macam-macam kenangan yang dapat dilakarkan sepanjang latihan renang berlangsung.. antaranya ialah ada peserta yang terkapai-kapai dalam kolam renang (hampir2 lemas, tapi tak lemas), ada peserta yang terlekat tangan dalam kolam, ada yang takut berenang, ada yang takut terjun, macam-macam ragam yang wujud semasa latihan berlangsung.

Namun dapat dirumuskan bahawa latihan renang memang best.


Sekian...

Disediakan oleh:
Mohd Kasturi

SELAMAT PEGANTING BARU - FAIZUL & FATEHAH

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Monday, October 5, 2009 1 Pendapat

Alhamdulillah selepas bertungkus lumus..akhirnya siap jugak kas meng'edit' gambar-gambar perkahwinan Faizul & Fatehah bagi tatapan Ja di perantauan. Diharap semua enjoy dengan gambar-gambar yang kas letakkan ini. Untuk paparan gambar yang jelas.....sila kliks pada gambar tersebut, saiz sebenar gambar akan terpapar di skrin anda.

Oh ya..untuk gambar majlis kahwin Mohd Kasturi & Asmaliza akan di update apabila gambar-gambar tersebut siap di edit oleh kas.

1) MAJLIS AKAD NIKAH MOHD FAIZUL & SITI FATEHAH
Tanggal 23hb September 2009 (Rabu), maka Mohd Faizul telah selamat bergelar Suami kepada Siti Fatehah. Majlis akad nikah di buat di Masjid yang berhampiran dengan rumah pengantin perempuan yang terletak di Tumpat, Kelantan. Nak tau cerita lebih lanjut pasal majlis akad nikah...kenalah tanya empunya diri (Mohd Faizul) sebab abe kas tak pergi majlis akad nikah Jo.
2) MAJLIS PERKAHWINAN MOHD FAIZUL & SITI FATEHAH DI RUMAH PENGANTIN PEREMPUAN DI TUMPAT, KELANTAN.

Nak tau cite lanjut pasal perjalanan majlis di rumah pengantin perempuan.....kenalah Jo yang ceritakan...baru tepat, jelas dan panjang.. Kat sini Abe kas just letakkan gambar majlis sahaja.
Jo & Fatehah bersama dengan hantaran perkahwinan kedua-dua belah pihak


Suasana di Majlis Perkahwinan Jo & Fatehah


Pengantin tengah makan tengahari....disebab ramai tetamu yang hadir, pengantin terpaksa makan lewat dan dapat makan sedikit sahaja... kesian..

3) MAJLIS MENYAMBUT MENANTU - MOHD FAIZUL & SITI FATEHAH DI KAMPUNG BTG.BERGEDIK, GUAL IPOH, TANAH MERAH, KELANTAN.

Santapan Raja Sehari


Bergambar di kamar tidur Raja sehari


Macam-macam aksi Ustaz & Ustazah di Kamar Tidur


Sempat lagi tu bercermin mata hitam di dalam bilik pengantin


Aksi bergurau senda Pengantin - Mohd Faizul & Siti Fatehah


Pengantin Mohd Faizul & Siti Fatehah bergambar dengan keluarga masing-masing


Akhirnya Mohd Faizul selamat diijabkabulkan dengan gadis idamannya iaitu Siti Fatehah


Selamat Pengantin Baru Mohd Faizul & Siti Fatehah

4) AKSI PENGANTIN DI KOLAM IKAN - MOHD FAIZUL & SITI FATEHAH

Sempat lagi tu pengantin bergambar di Kolam Ikan


Aksi pengantin di Kolam Ikan Ayah yang terletak di belakang rumah


Macam dalam hutan je..........sempat lagi Pengantin bergambar di dalam hutan


Eh..eh......main tarik tarik plak pengantin ni...nanti jatuh ke dalam sungai kecil tu...

5) AKSI PENGANTIN DI KEBUN GETAH - MOHD FAIZUL & FATEHAH
wow...dalam kebun getah pun boleh bergambar...


main menyelit-nyelit di belakang pokok getah plak..macam cite hindustan tu..


aksi pengantin di kebun getah..


waduh-waduh......besarnya mata hitam pengantin.

6) AKSI PENGANTIN MEMBUKA HADIAH - MOHD FAIZUL & SITI FATEHAH
Aksi-aksi pengantin membuka hadiah yang dikacau oleh anak-anak sedara.

Disediakan oleh:
Mohd Kasturi

Salam Idul Fitri & Raya Puasa 6

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Saturday, October 3, 2009 0 Pendapat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAKLUMAN

Sekiranya display cerita hanya memaparkan satu / dua cerita sahaja, Para tetamu blog boleh menekan topik-topik yang berada di bawah ini untuk tatapan atau bacaan. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

(masalah teknikal display/publishing ini tidak dapat diatasi walaupun pelbagai cara telah dilakukan. Sekiranya mana-mana tetamu blog yang pakar dalam bab ni, bolehlah memberi cadangan penyelesaian melalui kotak borak-borak)

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KELUARGAKU

KELUARGAKU

KAWAN-KAWAN