Tags:

DEMI MASA

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

WE LOVE TOK GURU

BlogMalaysia.com

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

SAMBUTAN HARI KASTAM SEDUNIA KALI KE-28 TAHUN 2010

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Thursday, January 28, 2010 4 Pendapat

Pada 19 - 26/01/2010, kas terlibat dengan latihan kawad untuk Hari Kastam Sedunia Kali ke-28. Ini kali ke dua kas terlibat untuk kontigent pegawai kanan bagi sambutan Hari Kastam yagn di adakan di AKMAL Melaka. Seramai 23 orang pegawai kanan yang terlibat untuk hari kawad pada hari kastam.

Sambutan Hari Kastam ini dirasmikan oleh Menteri Kewangan Kedua dan dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka dan Timbalan Menteri Kewangan. Terdapat 5 kontigen yang terlibat menjayakan lintas hormat iaitu kontigen pegawai kanan, kontigen pegawai kastam, kontigen marin, kontigen PGC dan kontigen UPP. Selain lima kontigen lintas hormat, paluan muzik dikendalikan oleh pihak askar RSM dan diserikan lagi dengan kontigen istiadat.

Pada hari sambutan tersebut, kontigen lintas hormat terpaksa berdiri hampir dua jam lebih di bawah pancaran matahari yang akhirnya menyebabkan ramai yang kecundang (pengsan) iaitu 5 org kontigen pegawai kanan, 1 org kontigen pegawai kastam, 1 org kontigen PGC, 1 org kontigen RSM dan 1 org kontigen istiadat.

Sekian cerita kawad semasa hari kastam 2010. Harap-harap tahun depan dah tak terlibat dengan kawad lagi.

Disediakan oleh:


Kas & Za

Sahut Cabaran Panjat Bukit :-)

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Friday, January 15, 2010 0 Pendapat

Selepas dah sekian lama Jo & Fatehah duk merancang nak pergi sewa chalet untuk rehat-rehat dan ber'honeymoon' tapi tak jadi2 lagi, akhir-akhir masin mulut mantan ketua jabatan dakwah jo dulu (kini akan jadi S/U Akhbar tok guru) yang suruh jo pergi honeymoon ke Jeram Mengaji beberapa mingu lepas kini menjadi kenyataan. Ini berlaku apabila Jo menerima surat jemputan daripada Kelab Pelajar Jabatan Dakwah (adik2x satu jbtn dulu la), kerana turut dijemput untuk hadir sama dalam program Family day Jabatan Dakwah. Malah Jo diberikan sebuah Chalet yang betul2 tepi lata untuk jo berdua.. Dalam program tersebut banyak la aktiviti yang jo join samaada secara langsung atau tak.

Keseronokan isteri kesayangan jo terpancar apabila sampai di tempat program (al-mklumla dah lama duk gelepa nak g main kat lata:-)). Nak masuk ke tempat penginapan Jo terpaksa mengharungi 2 kali air sungai dengan Viva yang xpenah masuk hutan tu.. mujur la tak da masalah termasuk kena pnjt bukit tinggi dengan kereta. Acara yang paling menarik kat sana ialah jungle traking. Jadi, dibawah ni sedikit gambar yang nak dikongsi..

Disebabkan jambatan runtuh musim bnjir sblm ni, ni la jambtan balak y boleh dilalui kalu xnak kaki basah la..Jo masuk dulu tengok tmpt sblm pergi dengan kereta melalui sungai..

Ni plak fatehah yang duk bertenggek kat kawasan jeram mengaji sebagai kenangan kat sana

BERMULA LAH CABARAN

walaupun pada asal fatehah tak nak ikut masuk hutan (takut pacat kot..kikiki), tapi masa duk lepak2 tu, terfikir balik, rasa cam rugi lak xpg. kalu xpg masa ramai-ramai ni tak tahu bila pulak boleh g.. maka, saat2 orang dah kmpul kami pun brsiap2 la g dengan smgtnya..


tetapi, rupa2nya nk smpai kat tmpat yg dituju memakan masa sejam setengah, tmbah2 kena pnjt dan turun bukit ish3x.. apa lagi, lembik la dia ni..kikiki.. mjur ado org bwk (sape lagi jo la). tengok la muka spuloh sen keletihan. dengan kasut xbwk lak tu..hehehe..

setelah penat berjalan, semakin nmpak tmpat yg hndk dituju iaitu kwasan 'punca air' di atas bukit. jadi kat sini airnya mmg bersih, kerana punca air jeram mengaji sblm mengalir ke bwh brbentuk jeram..:-) memang menarik kat atas sana..

lepas round sekitar punca air dan ada yg smpt mandi manda lagi, maka sejam lepas pada tu kami pun bersiap2 untuk turun kebwh. Mujur la turun tu sekejap je, dlm setengah jam lebih. tengok la, sukanya lps turun tu..:-) kata jo.hehe

Mandi Manda la Plak..

Lepas turun sblm salin baju, oleh kerana Isteri Jo yg dah lama teringin nk mandi air lata, jo pun ajak la pergi mandi tmpt yg terlindung sikit iaitu kwsn atas sedikit yg berdekatan dengan penginapan.. jadi kami mandi la smpai terketar2 kena rendam kat air lata yg sejuk...

Maka begitula al-kisah kami berdua yg diberi nikmat masa untuk pergi berjalan2x wlau skdar yg ada.. nk g jauh2 takde modal lagi..hehe. maka kami pun brtolak balik lps solat zhor sbb kat rumah ada wt syura.. dlm perjlanan balik smpt lagi tgkp gmbr suasana tepi jln spt kndang kuda, lembu, kambing, ayam, itik, bukit bukau dll....

kat kiri tu kandang lembu tenusu. kanan pulak kuda yg brkeliaran kat luar pagar. bila tahu nk tgkp gmbrnya untuk blog kita, terus hidungnya kembang dan mata ala2 maco turut dibuatnya..ish3x

sekian.. timo kaceh:-)

Disedioke oleh:
Jo & Fatehah

SELAMAT HARI LAHIR MEK DAN YANG LAIN

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Tuesday, January 12, 2010 1 Pendapat

Bulan Januari bermula sememangnya tidak akan dilupakan oleh semua iaitu tibanya sambutan hari kelahiran MEK tercinta yang menjadi watak utama dalam keluarga bersama-sama dengan ayah. Sambutan ini dibuat atas sebab ingin menghargai dan meraikan Mek sempena hari kelahirannya. Tetapi pada kali ini 3 orang lagi turut diraikan pada malam tersebut iaitu Abang Kamil, Abang Nik dan Fatehah yang kesemuanya dilahirkan pada bulan Januari.

Beberapa hari sebelum sambutan, jo & fatehah pada asalnya nak balik untuk try memasak 'Spargeti' sebagai menu utama jamuan. Tetapi disebabkan kesuntukan masa dan jo pun sampai dirumah dah malam, Jo mengambil keputusan untuk membeli Satey dan Kak Yatie pun buatla sedikit sebanyak makanan untuk tambahan. Allahamdulillah, walau pun ringkas tetapi meriah apabila semua yang ada dirumah pada waktu tu menyertai majlis ini... lihatla kemeriahan sambutan ini...
ni la hidangan-hidangan yang sempat disediakan untuk jamuan bersama



Majlis jamuan ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Pok Long (Imam balasah) yang hadir pada malam tersebut



Nila suasana kat rumah dengan kehadiran semua ahli keluarga yang ada


SUASANA ROMANTIK SEMPAT DIRAKAM DALAM MAJLIS..:-)


Mek dan Ayah yang khusyuk makan


Kak Mah & Abg Nik sedang jeling menjeling dan Abg Kamil yg main perang dengan lidi bersama kak yatie..hehe


Ni plak Kak Ti yang suap Poksu senyap-senyap dan yang terakhir hambo la tu dengan isteri tersaye fatehah yang berigak makey banyak..hehehe

Habis la ceritanya...

Disediakan oleh:
JO & Fatehah

ABANG KAMIL PUNYA CERITA

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah 3 Pendapat

Sudah terlalu lama abg kamil tidak memasukkan berita keluarga ni.. Mungkin sebab masalah internet kat rumah abg kamil tak masukkan lagi dan tambah pulak jo yang biasa tolong masukkan pun kesibukan dengan kerja dan final exam semester lepas hingga mengehadkan untuk jo membantu abg kamil menyiarkan beritanya. Walaubagaimana pun, abg kamil tetap bersedia dengan beritanya tersendiri setiap masa kerana ingin joint sekali dalam perkongsian maklumat keluarga dalam blog ini sebagai alat penghubung.

pertamanya abg kamil nak cerita hal anak-anak dulu sebab kerenah anak anak ni mmg tak penah sunyi kat rumah ni. bak kata, anak ni la yang jadi penghias suka duka kehidupan keluarga. sebelum ni lepas kakak (hafizah) mula memasuki sekolah rendah, kali ni giliran angah pulak yang 'berkonvo' di tadikanya untuk melangkah ke alam persekolah rendah. macam kita la, tamat sek rndah nak ke sekolah menengah dan seterusnya. sempatla abg kamil n k.yatie merakam saat-saat indah angah (farizah) berkonvo...
Ni la angah yang bergaya dengan baju konvonya..dan penerimaan penamatan belajar



ni plak gmbr di tebi banner dan persembahan yang dipersembahkan sempena majlis 'konvo'




Maka tamatlah angah belajar di tadika dan lepas tu angah mula bertukar suasana untuk mendaftar di sekolah rendah. Angah pergi mendaftar bersama dengan pelajar pelajar lain di sekolah kebangsaan bukit durian. dari baju biru tadika kepada baju putih di sekolah rendah. dari kawan yang terhad kepada ramai kawan. Itulah yang angah lalui... Pendaftaran sekolah pun bermula...

Sempat lagi bergaya dengan baju baru sebelum pergi sekolah. baju pun berbau kedai lagi..hehe


Begitula ceritanya hal angah ni. Tinggallah acik (infazah ) sorang-sorang di tadika lagi yang kena memujuk la sebab takda 'gu' nak pergi sekolah.

Lepas tu, abg kamil nak kongsi sedikit gmbr yang raya haji lepas bila tahun ni beraya kat perak. dah lama tak balik jadi raya haji lepas a.kamil rancang untuk balik kesana walaupun pagi hari raya baru bertolak pergi sebab nak urus tempahan ayam sehari sebelum raya...


Ni la suasana raya kat sana yang lain sikit bila kat sini sawah padi jadi perhiasan halaman rumah.. budak-budak pun teruja bila dah lama tak balik ke sini...

Akhir sekali, sebelum cerita abg kamil tamat, abg nak selit satu cerita yang jarang diceritakan dan diberitakan dalam mana-mana warta berita samaada yang sensasi atau tak.. iaitu, cerita tentang sang kambing abg kamil yang beli dulu seekor. sebab ada seekor je, abg pun pelihara la dulu smbil-smbil jual. tapi dlm diam2 kmbing tu plak jatuh hati kat kmbing jiran yang duk lepas untuk pergi ngorat. akhir-akhir, kmbing tu sekrang dh beranak sekor.. hehe. tengok la gaya kmbing ni..ish3x... 'moralnya' jangan duk tiru..kuikuikui..hehehe

nila dia kambingnya.. sebelah kanan plak ank kmbing yang hensem sekali..:-)

Tamat la ceritanya...

Disediakan Oleh:

Cerita Asal & Juru kamera:
Abg Kamil n Kak yati

Jong Cerito mula:
Jo&Fatehah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN