Tags:

DEMI MASA

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

WE LOVE TOK GURU

BlogMalaysia.com

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

Showing posts with label 07-Syam n Su. Show all posts
Showing posts with label 07-Syam n Su. Show all posts

Melaka... Sana Sini...

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Wednesday, June 16, 2010 4 Pendapat

Untuk menghabiskan masa bercuti di Melaka selama seminggu, pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan, pelbagai tempat yang dapat dilawati... apa yang penting poket penuh berisi... kalau tak... alamknye gigit jari je...

Assalamualaikum semua...
Jadual waktu pagi seperti biasa (termasuk hari minggu), kul 8.00pg hantar Sue ke Maktab, balik mandikan budak2... Naufal akan tidur... 2 hero lagi akan lakukan aktiviti bebas. Oleh kerana tak tahu nk wat ape, saya dah beli prepaid broadband celcom (rm20/week) untuk online. Kul 2.00ptg, kami kluar jalan2 kat pasaraya yang ada di sekitar sementara menunggu Sue abih kursus kul 4.30ptg. Lepas tu baru kitaorang sambung jalan...
Ni gambar masa kami pergi jalan2 kat JUSCO baru di Melaka Sentral. Kami just shopping barang dapur. Stok dah berkurangan...
Sebelah malam kami ke Dataran Pahlawan, bercadang nak tengok SHREK FOREVER AFTER...
 Oleh kerana kami sampai kul 7.15mlm di Dataran Pahlawan, Melaka. Kami Solat & jalan2 dulu sementara menunggu cite jam 8.30mlm. Wah, bes juga cerita ni. Semalam tengok Karate Kid kat MBO.
Selesai tengok Shrek kul 10mlm, kami singgah makan kat Nasi Lemak Antarabangsa Kg Baru... Tempatnya sungguh selesa... 3 bintang kot... pekena nasik lemak yg mengikut lagenda Kg Baru, tersedap setakat ini... kita cuba dulu k...
Nasi Lemak + Ayam Rendang & Nasi Lemak + Lempung Goreng + Air Limau Ais & Teh O Limau Ais = RM 23.50, boleh tahan harganya. Tak cuba tak tahu... Servis OK...
Keesokan harinya pula, kami ke TESCO Melaka Sentral... Cari apa-apa yg patut. Oleh kerana perut dah lapar, kami singgah di Medah Selera untuk menjamah makanan yang patut...
LambChop (Kambing+Daging+Ayam+Kentang+Kacang Panggang+Jagung)= RM 14.50
Harga Ok, rasapun ok...
So, kami makan dulu...
Ok, setakat tu saja dulu cerita yang kami dapat kongsi bersama...
Moga Allah beri Rahmat dan Kebahagiaan kepada keluarga kita semua...
Bersama-samalah dalam jemaah dan berilah sumbangan kita kepada perjuangan Agama Allah walau hanya sedikit sahaja... apa yang penting, ada sebahagian daripada hidup kita disumbangkan untuk Agama Islam...
Allahuakhbar...3x...

disediakan oleh:

WARNA TEMA BAJU RAYA IDULFITRI 2010...

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Saturday, June 12, 2010 9 Pendapat

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana dah lama tak berkongsi cerita dengan ahli keluarga dan pelayar web ibnuhussin.com.
Untuk makluman semua, saya telah menetap di Melaka selama seminggu dan InsyaAllah terus menetap di sini sehingga habis cuti sekolah kerana Isteri Tersayang (Suhana/Kak Sue) menghadiri kursus Induksi (urusan gomen). Oleh kerana tempoh menetap di Melaka agak lama, maka kami tumpang di rumah sepupu Kak Sue (Ijan - Bujang Lagi) kat Taman Bukit Beruang, Air Keroh, Melaka.
\
Maka bermula hidup saya sebagai babysitter. Bangun pagi, hantar Isteri ke Maktab Perempuan Melayu Melaka (10min dr rumah), balik mandikan anak (Harith, Fahmy & Naufal), sediakan breakfast... basuh baju... jemur baju... berehat... kul 2ptg-4.00ptg, bawa anak jalan2 kat maidin ke... giant ke... jusco ke... tesco ke... (mcm2 pasaraya kat cni)... kul 4.30ptg, ambil isteri kat Maktab. Pastu bawa bwa ke taman permainan... 7.00ptg, blik umah... berehat... tdo.... itulah rutin seharian.

 
 InsyaAllah, kalau tak ada masalah, Kak Sue dijangka masuk ke sekolah daerah Maran hujung bulan jun/awal jul 2010. Tapi, kalau nama tak tersenarai juga, paling lambat posting jan 2011. Alamtnya cuti panjanglah nanti...



 Berbalik pasat tajuk cite ni...
WARNA TEMA BAJU RAYA IDULFITRI 2010...
 
 Walaupun Raya masih lambat lagi, ada baiknye kalau kita buat perancangan awal (taklah mendahului persiapan ibadah puasa) bagi memudahkan ahli keluarga lain membuat perancangan awal.
Kalau takde masalah, kita pelan tema warna yang sama, cuma corak & rekabentuk berdasarkan kreativiti keluarga masing-masing.
Oleh itu, ahli keluarga semua dicadangkan agar memberi idea dan akhirnya mendapat kata putus berdasarkan perbincangan dalam blog ni.
So, Warna apa kita nak jadikan tema tahun ni...?

disediakan oleh:

Bangkel ICT Zon Timur - Lipis

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Saturday, May 29, 2010 2 Pendapat

Assalamualaikum semua...
Dah lama tak upload cite... walau bagaimanapun, oleh kerana xde cite yg grand2... naklah dikongsi sedikit cite yang lepas untuk tatapan semua...

Saya sebenarnya telah diberi tanggungjawab sebagai fasilitator Jabatan PilihanRaya Pas Negeri Pahang, satu Pahang nak kena pusing2 memberi penerangan bagi memastikan petugas sentiasa bersedia untuk menghadapi situasi pilihanraya terutamanya untuk menegakkan Syiar Islam di Pahang...

alkisahnya, saya ditugaskan untuk memberi taklimat di Pejabat Kawasan Lipis yang melibatkan Parlimen Lipis, Parlimen Raub & Cameron Highland...

Oleh kerana Majlis bermula pagi ahad, maka saya sekeluarga menginap di Hotel Jelai Mentakab apabila sampai sabtu malam di Lipis...

Ni dia bilik  yang kami sewa, murah je... RM70 sehari, family room... Hotel lain semuanya RM90 ke atas... Makan malam pula kami pekena KFC yang berkebetulan berada di laluan masuk ke Hotel.
Ini merupakan pejabat Pas Kawasan Lipis (yang baru) dan bersebelahan dengan Pejabat Keadilan. Disinilah tempat Bangkel ICT akan berlansung...

Antara peserta yang hadir daripada beberapa Kawasan iaitu Lipis, Raub dan Cameron Highland. Peserta melibatkan petugas2 JPN &ICT di DUN-DUN. Alhamdulillah, sokongan dan penglibatan yang sangat baik.
Salah seorang fasi dalam bangkel tersebut. Namanya Zafirah, SUK DUN Jengka Pusat.
Peserta yang melibatkan muslimin dan muslimat.
Tidak ketinggalan peserta tambahan ataupun pemerhati bebas. Walau ke mana pergi, ahli keluarga tetap bersama memberi sokongan. 2 orang lagi tak dapat dikawal. Musing2 dalam bilik seminar.
Hai, saya peserta termuda... 5 bulan, susu tetap bersama...

Sedikit cerita yang dapat dikongsi bersama, semoga Allah bangkitkan kita di akhirat nanti di kalangan pejuang2 agama Allah...
Nukilan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN