Tags:

DEMI MASA

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

WE LOVE TOK GURU

BlogMalaysia.com

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

Alhamdulillah, Hanya ini MampuKu miliki...

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Wednesday, December 29, 2010 7 Pendapat

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera kepada semua...
daripada takde cerita, maka nak diceritakan sedikit untuk dikongsi bersama...
walaupun tak sehebat apa yang diimpikan... tapi...
"YANG PASTI ITULAH REALITI"
 sekadar gambar hiasan... TOYOTA ALPHARD... jadi idaman semua...
termasuklah insan biasa seperti ambo... angan2 yang diharapkan suatu hari nanti menjadi kenyataan...
 Pernah beberapa kali utnuk merisik MITSUBISHI TRITON...
tapi apakan daya, rezeki tak ada... nak kebetulan jumpa agen yang lembab lagi ciput... pepn semua tu takdir daripada ALLAH...
ada kawan nak HILUX dia, harga sangat berbaloi... tup2 cancer las minit... frus menonggeng kome...
takpelah, tekde rezeki lagi...
 Alhamdulillah, walaupun menghadapi beberapa kegagalan dalam mendapatkan second car... akhirnya ini hanya termampu dimiliki... SEMUANYA KETENTUAN ALLAH...
 kereta yang agak banyak dalam pasaran dan harganya mampu milik... ambo beli hok second jek...
Alhamdulillah 25 Dis 2010 terima kereta ni... Alhamdulillah lebih selesa berbanding mata kacang digunakan sebelum ni... Alhamdulillah, moga Allah letakkanku di kalangan hamba2 yang bersyukur.
 NAZA CITRA 2.0 AT... standard kete gomen... maklumlah dapat isteri cikgu... ketepun ikut standard tu... yang penting mudah dan lancar nak berurusan...
 Skaran kete ni dah mula berjalan jauh... tup2 rompin... tup2 temerloh/maran... InsyaALlah esok ke Kelate pulok... semoga selamat dalam perjalanan...
 biasa tukar tayar kete mata kacang lingkungan rm 100-150 jek... bila guna 17" ni... ciput2 RM280 nak kene labur sebelah tayar... kejutan belanjawan... MOGA ALLAH LIMPAHKAN REZEKI...
Sedikit possing daripada anak sulung Abdullah harith...

Kami doakan agar keluarga kita akan dimurahkan rezeki dan mampu memberi manfaat dan kebaikan kepada keluarga dan ahli jemaah dalamperjuangan Islam...

Alhamdulillah sedikit cerita untuk dikongsi bersama...

Wassalam...

MOHD SHAMSURI & KELUARGA

Cadangan 5 Hari 4 Malam di Aceh

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Saturday, December 25, 2010 3 Pendapat


      
           Assalamualikum wrt. wbr. kepada semua ahli keluarga dan pelawat blog IbnuHussin.com. Kali ini ja hendak menjelaskan cadangan aktiviti Melawat ke Aceh sempena Majlis Konvokesyen ja yang Insyllah akan belansung pada bulan Mei 2011. Mula-mula cadangan ni ja terfikir selepas Mek dan Ayah bercadang untuk datang ke Aceh waktu Konvokesyen ja, selepas tu jo & fatehah mahu ikut, termasuk Kak Mah, Abe Nik, Se dan makin ramai yang lain. Jadi, ja rasa perlu untuk cadangkan dengan lebih awal supaya siapa (dari ahli keluarga sahaja) yang mahu pergi dapat bersiap sedia awal dan melihat pada kesesuian yang ada.
     Beberapa perkara telah ja susun dan ja cuba rancang, termasuk kos,  tempat-tempat untuk melawat, pengangkutan, dan lain-lain. Antara Aktiviti:
     1.   Majlis Konvokesyen (Wisuda)
     2.  Mengenali Adat, budaya dan Makanan Aceh.
     3.  Melawat Pulau Sabang (Tempat paling menarik di Aceh)
          - Menaiki Feri
          - Melawat Pulang Iboh, Pulau Weh dan lain-lain dengan bot.
          - Snokeling (Berenang melihat dasar laut, hanya kawasan cetek)
          - Mandi di Laut yang jernih.
          - Melawat hujung Indonesia (Dapat Sijil Akuan)
          - Dan lian-lain.
     4.   Melawat kesan-kesan Thunami
           - Beberapa Masjid yang selamat waktu Thunami (Termasuk
              Masjid Agung Aceh)
           - Melawat Perkuburan Massal (Perkuburan besar Thunami)
           - Melihat tinggalan Kapal besar yang dihanyutkan ombak.
           - Muzium Thunami.
           - Dan lain-lain.
     5.   Membeli belah di Banda Aceh.
     6.   Makan Ikan Bakar Aceh (Malam terakhir).
     7.   Melawat rumah keluarga Angkat dan merasakan masakan Aceh.
     8.   Melawat tempat rekriasi (atas kesesuaian masa).
     9.   Beberapa tempat lagi.


KOS PERSEORANG (Anggaran).
       Tiket     : RM 400.00   (Pergi balik KL-ACEH, ACEH-KL)
       Hotel, Makan, Pengangkutan, Tiket Feri dll :
                    : RM 350.00 (Anggaran Kasar)
       (secara lebih perinci akan disiarkan jika diperlukan)
        * Tiket jika dapat beli awal akan kurang RM300.00
        * Untuk baby kurang dari 9bulan biasa tiket (2/3 harga)

PENGANGKUTAN:
   1. Avanza/Innova (Bawa sendiri)           (2 Hari)
   2. Avanza/Innova (Bersama Driver)       (2 Hari)
   3. Labi-labi (Untuk Makan Ikan Bakar) (Pergi balik)

CADANGAN TENTATIF (Tarikh Kemungkinan Akan Berubah Mengkut Tarikh Konvo)


HARI PERTAMA (2 Mac 2011/Rabu):
3.00 petang             Chek in di Lapangan Terbang LCCT untuk ke Aceh
4.50 – 5.30ptng       Menaiki Pesawat di LCCT
5.30 – 8.00             Rehat dan Chek in Hotel.
8.00 – 10.30           Makan Malam dan jalan-jalan sekitar Masjid Agung Baiturrahman. 

HARI KEDUA (3 Mac 2010/Khamis)
6.30 – 7.30pg          Bertolak ke tempat wisuda (Konvokesyen) dan makan pagi
7.30 – 1.00              Wisuda (konvokesyen)
1.00 – 4.30              Bertolak ke PD jaya (Rumah Keluarga Angkat)
4.30 – 5.00              Beli barang untuk ke Rumah Keluarga Angkat.
5.00 – Malam          Berada di rumah Keluraga Angkat.

HARI KETIGA (4 Mac 2011/Jumaat)
7.00 – 11.00            Bertolak dari PD Jaya ke Banda Aceh
11.30 – 1.30            Melawat Makam Massal Thunami, dan Makan Tengahari
1.30 – 2.00              Berada Di Terminal Feri
2.00 – 4.00              Naik Feri ke Pulang Sabang
4.00 – 5.00              Chek In, Makan dan Rehat di Penginapan Sabang
5.00 – 6.30              Jalan-jalan sekitar Pantai Sabang dan Mandi
6.00 – 10.00            Pulang ke Penginapan, Makan dan  bersiar-siar


HAIR KEEMPAT (5 Mac 2011/Sabtu)
7.00 – 8.00              Makan Pagi
8.00 – 12.00            Melawat Pulau Ibong
Melawat Pulau Weh
                                Tugu Kilometer 0. (untuk mendapatkan sijil)
                                Melawat kawasan Rekreasi
Snokeling (Berenang). Melihat dasar laut yang jernih
Dan lain-lain.
12.00 – 2.00            Makan dan Rehat
1.30 – 3.00              Perjalanan Menaiki Feri
3.00 – 8.00              Rehat, di penginapan
8.00 – 10.30            Makan Ikan Bakar Aceh

HARI KELIMA (6 Mac 2011/Ahad)
7.00 – 9.00              Makan Pagi
9.00 – 1.00              Jalan-jalan kawasan kesan Thunami (Muzium, Masjid, kapal dan lain-lain)
Solat Asar di Masjid Baitulrahman dan
Membeli barang untuk dibawa pulang

1.00 – 2.00              Rehat dan Bersiap untuk pulang
4.00 – 5.00              Bertolak Ke Bandara Sultan Iskandar Muda (Banda Aceh)
5.30 – 7.00 mlm      Bertolak dari Aceh – Malaysia.

     Setakat itu dulu cadangan ja, boleh ingin memberi cadangan dan komentar. Walaupun lima hari, tetapi hanya 3 hari sahaja berada penuh di Aceh dan 2 hari lebih seperuh hanya perjalanan. Insyllah ja balik esk (29 Des 2010) untuk servey urusan pasport sebab mahu bajek kos urusan. 

Sekian...
Faizal.

KL INTERNATIONAL MOTOR SHOW 2010

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Sunday, December 12, 2010 7 Pendapat

Pada 4 Disember 2010 (Sabtu) yang lalu, kas sempat pergi ke Kuala Lumpur International Motor Show 2010 di PWTC. Pameran kerana ini berlangsung pada 3 - 12 Disember 2010. Tiket masuk waktu hari cuti ialah RM20 seorang bagi dewasa. Walaupun tikenya agak mahal, tapi orang yang datang untuk melihat kereta-kereta yang dipamerkan agak memeranjatkan apabila, perpusu-pusu orang datang, bahkan sekitar pukul 11pagi sudah kena beratur panjang untuk membeli tiket masuk.
Oh ya.... sebenyar yang menarik ramai orang untuk berkunjung ke Pameran Kereta ni adalah kerana hadiah cabutan bertuahnya iaitu sebiji Toyota Pirus...dua biji Saga BLM...dan 10 biji motor Naza. 

Jom kita tengok apa kereta-kereta yang dipmaerkan dalam Motor Show ini.

Mula-mula masuk, kereta perodua Bezza menjadi tatapan pertama para pengunjung. Berkonsepkan teknologi masa hadapan dengan reka bentuk yang agak menawan.

Di sebelah perodua pula.....terdapat pamerah kereta oleh Proton. Pelbagai kereta konsep dan kereta lotus dipamerkan oleh Proton. Kereta-kereta konsep proton dinaman dengan nama 5 pahlawan melaka.

A) Kereta "TUAH"

B) Kereta "JEBAT"

C) MPV "LEKIU"

D) Kereta "KASTURI"

E) Kereta "LEKIR"

Ni plak kereta Emas dan Lotus.
 

Yang warna kuning plak, ialah kereta Bumble Bee Transformers.... iaitu kerena Chevrolet.
Ini plak kerete yang dipamerkan oleh Naza. Pelbagai kereta mewah yang dipamerkan.

 


Ini plak salah satu kerena konsep oleh Nissan.

Ini kereta-kerata Hyundai. Rekabentuk kereta-keretanya Hyundai agak menarik.

Ini salah satu kereta Lexus yang dipamerkan.

Ini kereta CR-Z jenama Honda yang mampu memikat semua pengunjung.

Antara kereta-kereta jenama Peugeot yang dipamerkan.

Antara motor yang dipamerkan.

Kat bawah ni kereta Batman dan Bumble Bee Transformer yang dipamerkan. Bayaran dikenakan bagi siapa-siapa yang nak bergambar dengan kereta Batman dan Bumble Bee.
 
Pendek kata, pelbagai kereta-kereta model baru dan model konsep dipamerkan. Namun pameran kereta ini nampaknya tidak sesuai untuk dikunjungi oleh golongan "Keluarga" kerana setiap kereta yang dipamerkan akan diletakkan satu model wanita yang terlalu sexy dan tidak sesuai di tonton oleh semua orang.

Sekian sahaja cerita dari kas di sini.

Disediakan oleh:
Kas (12-12-2010)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN