Tags:

DEMI MASA

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

WE LOVE TOK GURU

BlogMalaysia.com

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

Showing posts with label 11-Jo n Fatihah. Show all posts
Showing posts with label 11-Jo n Fatihah. Show all posts

SEDAR TAK SEDAR DAH MASUK MUSIM DURIAN!!!

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Wednesday, July 7, 2010 7 Pendapat

Begitu la keadaan sekarang. Dek kerana sibuk sangat dengan tugasan harian tambah pula Joe & Isteri  sedang menghadapi peperiksaan akhir semester yang disusun pada dua kali hujung minggu. minggu sebelum peperiksaan pula Jo & Fatehah jaga pameran.. sampai tak sedar yang kita dah mula melangkah ke musim durian. Walaupun diperingkat awal musim durian, tetapi kemeriahannya tetap terasa apabila di makan secara beramai-ramai.

Oleh itu, Jo pun merancang untuk balik kampung selepas tamat peperiksaan pada hari Ahad sebab dapat cuti pada hari peperiksaan tersebut. Selepas tamat peperiksaan pada Jam 11 pagi Jo&Isteri pun terus bertolak balik sebab hari Isnin dah kerja. Jadi, bila dah balik ni, macam biasa lah. Aktiviti makan beramai-ramai merupakan salah satu benda yang memeriahkan suasana walaupun pertemuannya hanya sekejap. Adalah, sedikit sebanyak gambo yang sempat dirakam...

Semuanya pakat mengadap durian yang baru je cari pada petang tersebut. Jo pergi cari dengan ditemani oleh Fatehah dan Hamidah.. Boleh la dalam satu kereta tolok ( kereta sorong) n satu guni.. Lembik Jo munggoh sore-sore.. Pergi bertiga pun dua orang tengah sarat mengandung n terpaksa bawa perut masing2..hehe

Ni pulak duyan yang tengah dimakan.. semangat ayah ni siap duk depan talam lagi..

Ayah yang tengah termenung. kat tepi tu pulak Aji n Mek

Yang ni Bahagian Mek bersama dengan Mak-Mak dara.. tengah semangat duk makan durian

Pakar belah durian.. bila makan beramai-ramai, Mek la yang akan membelah durian-durian ni dengan mudah dilihat kat mata, bila wat sendiri.. susoh jugok..

Ni pulak orang Johor yang lama senyap menyunyi. sekarang dah duk kat kampung cuma tunggu hari Je untuk melahirkan anak..


JAMUAN MIHUN SUP SAMBIL MAKAN DUYAN

Nak dijadikan kerja.. Sebelum balik lagi anak sedara telefon suruh beli Kek dua tingkat nak makan ramai-ramai (sebab hari jadi poksu dia lani). Jadi Kek dua tingkat tak sempat beli, kami pun masak la mihun Sup untuk dihidangkan beramai-ramai.. satu mangkuk besar Sup Daging yang sedia di makan..


Ni pulak, Mihun yang penuh satu mangkuk.. Tapi tak sempat nak ambil gambar yang penuh.. banyak dah kena ambil..

yang ni pula, pencuci mulut.. Ni la nama Cempedak Nangka.. Buah cam nangka, bentuk Isi pun cam nangka tapi isinya Lembik Cam cempedak

Sayur-sayur tambahan sup

Minuman standard la.. Teh o

Ayah yang tengah kusyuk makan.. Ayahlah orang pertama sekali tambah satu pinggang lagi.. sedap ke Ayah...:-)

Maka... Habis.....................

Begitulah ceritanya yang sempat Jo kongsi sehari Jo balik rumah.. Lepas selesai semua aktiviti malam tu, Jo, Fatehah n Azi pun bersiap-siap la balik ke Kota Bharu.. Esok dah mula kerja..
Disediakan Oleh:
Jo&Fatehah

JAGA PAMERAN DI PESTA BUKU ISLAM ANTARABANGSA

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Tuesday, July 6, 2010 6 Pendapat

Beginilah kerja yang Jo duk buat sekarang. Iaitu bahagian Promosi dan Perhubungan Awam KIAS. Disamping menguruskan hal-hal lawatan dari luar ke KIAS, Joe juga bertanggungjawab merancang dan melaksanakan tugas-tugas promosi dan publisiti KIAS. Memang tugas yang sangat berat yang terpaksa Jo pikul sampai tidak menang tangan Jo mengurus. Beberapa hari sebelum ini, Jo menguruskan lawatan dari Universiti Lubnan dan ada buat MoU, masa tu memang kalut bebenar. Mujurla ada Isteri tersayang yang backup beberapa tugas yang Jo tak sempat untuk urus masa waktu pejabat. Apapun, banyak cerita suka duka Jo sepanjang dipertanggungjawabkan memegang jawatan ini. 

Antara kerja yang sentiasa Fatehah bantu adalah, menjaga pameran yang dibuat di beberapa tempat Negeri Kelantan. Yang terakhir baru ni Jo buka pameran di Pesta buku Islam Antarabangsa. Adalah sedikit sebanyak benda yang mengisi masa sepanjang menjaga pameran.

Haaa.... Upin Dan Ipin... Susah tau nak boleh tangkap dengan Upin dan Ipin ni... Biasa orang masyhur ni, sentiasa diserbu orang. beberapa kali dicuba akhirnya berjaya juga ambil gambar wat kenangan..

 Yang ni pula, semasa Sesi lawatan selepas perasmian di buat. Jo yang sedang menerangkan sesuatu kepada YB Dr Fadzli bin Haji Hassan, Exco Bahagian Penerangan, Komunikasi dan ICT Kelantan yang melawat bersama pengarah program.

Masa malam pula sempat beramah mesra dan bergambar dengan kumpulan Nasyid Nowseeheart dan bergambar dengan kumpulan Nasyid ni. Sambil-sambil tu Jo bagi la cenderahati sebagai kenangan untuk mereka.

Akhir sekali, acara yang Jo tak berapa nak.. Iaitu soal jawab berkaitan dengan Kolej bersama dengan wartawan Majalah Jutawan di hadapan pengunjung Pesta Buku. Al-Maklumla, Jo dijemput untuk sesi soal jawab hanya diberitahun beberapa minit sebelum bermula. Tapi sebab kepentingan publisiti Joe tetap terima pelawaan tersebut dan cakap la apa yang patut..hehe

Begitu la sedikit sebanyak coretan sepanjang menjaga pameran. Walau letih, tapi Jo tetap mengharapkan dapat pengalaman yang bermakna..
Disediakan Oleh:
Jo&Fatehah




JAMUAN RINGKAS SEMPENA HARI LAHIR AYAH

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Wednesday, June 30, 2010 3 Pendapat

Assalamualaikum semua, Alhamdulillah telah berlalu Sambutan Hari Kelahiran beberapa ahli keluarga yang  diraikan hari lahirnya pada JUN ini. Mungkin bulan JUN ni ada sedikit istimewa apabila bukan sahaja Ayah yang sahaja yang lahir pada bulan JUN tetapi diapit oleh anak yang paling Sulung sekali (Kak Ma) dan Anak yang paling bongsu sekali (Jo n Ja) turut dilahirkan pada bulan JUN. Di rumah pula, sempena menyambut hari kelahiran ayah, Jo n Isteri, Abe Kamil n Isteri, Kak Mah n Suami dan Azi telah merancang untuk mengadakan jamuan kesyukuran dirumah.

Disebabkan Jo pun kena bertugas di tempat pameran hujung minggu pertama, pada final exam sem ni pulak pada dua hujung minggu ni, jadi jamuan ni telah dibuat pada hari bekerja waktu malam. Antara makanan Istimewa malam tersebut ialah Satey Baung. Satey ni masyhur di Kota Bharu ni, Jadi Jo n Fatehah pun telah beli sendiri di kampung kelahiran satey ni iaitu di Kampung Baung, Kota Bharu. Sempat juga membeli Sebiji Kek Coklat yang berlapis untuk jamuan pada malam tersebut. Sedikit gambar yang sempat dirakam melalui telefon bimbit...

gambar Mek n Ayah yang merasmikan simbolik membelah kek.. tangan sebelah kiri ayah tu bukan nak karate tapi tak beres lagi kot doa..hehehe

 
Ni la Satey Jambi. memang menyelerakan sebab ayam dia dijaga dan berkualiti..

Ni pulak cam biasa la, Nasi dan Kuahnya. kalu tak de yang ni tak lengkap la makan satey

 Air Teh O Beng dan Air milo jadi pilihan..

Pandangan Dekat Kek.

 
 Majlis dimulai dengan bacaan Doa...

 
 Mek n Ayah sedang membahagikan Kek untuk diberikan kepada Anak-anak n cucu-cucu...


 Malam romantik ni.. semua pasangan menggunakan satu pinggang waktu makan Satey.. termasuk Mek n Ayah.. Cuma Jurugambar je tak de dlm gambar.. tapi kongsi jugak tau..hehehe


 
Akhirnya.. habisla Semuanya  Makanan dan tinggal la pinggang kosong je..

Inilah sedikit sebanyak cerita tentang jamuan di rumah. Walaupun ringkas tetapi tetap meninggalkan kenangan Indah..:-) Selamat Hari Lahir Ayah.. Moga Dimurahkan Rezeki, Diberikan Kesihatan yang Baik dan Di panjangkan Umur.. 

Disediakan Oleh:
Faizul & Fatehah


2HARI 1MALAM DI KOLAM AIR PANAS ULU LEGONG PERAK

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Friday, March 19, 2010 1 Pendapat


Pada 13/3/2010 selepas majlis perkahwinan Hafsan di Perlis. Rombongan ahli keluarga dan saudara mara telah bercadang untuk berkhelah dan beristirehat di Kolam Air Panas Ulu Legong, Perak. Dari Perlis, ahli keluarga berhenti rehat di R&R Gurun, sebaik tiba di perhentian gurun, kereta Abg Kamir telah mengalami masalah yang akhirnya terpaksa di tarik oleh penarik kereta untuk dibaiki. Kemudian, ahli rombongan keluarga terus bergerak ke tempat yang dituju. Alhamdulillah semua selamat tiba di tempat rekreasi kolam air panas. Disitulah ahli rombongan mengambil pakej homestay 2hari 1malam.Pengarah Projek bagi program ini ialah Abg Saipu & Kak Ma.

Suasana Homestay yang didiami oleh ahli-ahli rombongan keluarga. Selepas solat berjemaah dan makan malam, maka bermulalah aktiviti mandi manda di dalam kolam air panas yang disediakan. Tiket masuk ialah RM4 untuk sehari.

Pendek kata ramai betul orang yang mandi manda di dalam kolam air panas yang disediakan. Kolam air panas terdiri daripada beberapa kategori iaitu kategori kanak-kanak, kategori suam-suam, kategori panas sederhana dan panas meletup.

Selepas penat mandi untuk kali pertama, maka ahli rombongan keluarga balik berehat untuk tidur. Kemudian pada pukul 5 pagi, aktiviti mandi di kolam air panas kembali berlangsung. Ramai ahli rombongan bangun awal untuk mandi manda di kolam panas di waktu pagi dan ada juga ahli rombongan yang tidur dengan nyenyaknya.

Pada pagi 14/3/2010, aktiviti memasak nasi goreng yang diketuai oleh MokLong telah berlangsung. Ahli keluarga dan saudara-mara menikmati juadah makanan pagi. Kemudian dalam masa yang sama, aktiviti memotong kek kahwin Hafsan telah dilakukan. Kek tersebut dipotong dan dirasmikan oleh Abdullah Harith (Anak Shamsuri).

Selepas selesai makan dan minum pagi, ahli keluarga dibawa oleh tuan rumah untuk mandi manda di sungai sejuk yang berhampiran dengan rumah mereka.
Tak sangka, rupa-rupanya di Ulu Legong ni terdapat kolam air panas dan sungai air sejuk. Maka pada pagi tersebut, ahli keluarga pakat mandi manda di sungai air sejuk tersebut. Kemeriahan dan kecerian terpancar di wajah setiap ahli keluarga apabila dapat mandai beramai-ramai. Suasana romantik juga telah menghiasi pasangan-pasangan suami isteri.

Selepas penat mandi manda dan beristirehat di Ulu Legong. Maka aktiviti pulang ke kampung bermula, namun ditengah jalan, pihak rombongan telah singgah di rumah Wan (Suami Hamidah) yang terletak berhampiran dengan ulu legong.

Selepas minum dan makan kuih muih di rumah wan (Hamidah), maka ahli keluarga mula bertolak untuk balik ke Kelantan. Kemudian, ahli keluarga singgah di perhentian Perah - Jalan Gerik untuk menikmati makan tengahari dan menunaikan solat. Alhamduillah best-best makanan yang disediakan di gerai-gerai yang ada di situ.
Selepas selesai makan dan solat, maka ahli keluarga bertolak balik ke Kelantan. Pemandangan indah dapat di lihat sepanjang l

Alhamduillah, semua ahli rombongan telah selamat sampai di kampung.

Disediakan oleh:

Kas & Iza (19/3/2010)

BERKELAH DI PANTAI IRAMA, BACHOK

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Monday, March 1, 2010 8 Pendapat

Selepas selesainya majlis perkahwinan hafsan kat Perlis, keluarga kat kampung pun rehat la seminggu kat rumah. Seminggu lepas pada tu Hafsan pun pulang ke kampung tapi keseorangan lagi dan Asiah akan menyusul balik dengan bas dari kuantan. Nak dijadikan cerita, kebetulan masa tu Jo, Ja n Se yang berkumpul dengan keluarga termasuk kak mah sekali pun duk borak-borak depan tv terdetik untuk berkelah ke pantai beramai-ramai. Tambah2 Hafsan dan Isterinya (menantu baru la) pun pulang dan Ja pun dah lama teringin nak jalan2 kat pantai. Pada awalnya semua setuju untuk ke Pantai Tok Bali sambil-sambil nk cari ikan untuk bakar.. Jadi, dibawah ni ada sedikit sebanyak cerita yang berlaku kat pantai..:-)


Ni la persiapan di rumah sblm bertolak.. nasi satu periuk besar menjadi bekalan ke pantai yang di bawa oleh orang aceh tu. kat kiri pulak, kanak-kanak yang siap sedia menjalankan misi mandi pantai dengan pelampung keselamatan siap dipakai dari rumah lagi...


jo & isteri bertolak dari KB ke tok bali. keluarga lak dari t. Merah. Sampai je di Tok bali, kami lihat tempatnya tidak berapa sesuai untuk bermain-main, tmbh2 ombaknya terlalu besar masa tu. Jadi, bincang punya bincang dengan semua, maka bersetuju la tukar tempat ke Pantai Irama, Bachok yang memang dah masyhur tempatnya dijaga... kami pun bertolak ke sana..


Sebelum bertolak ke Pantai Irama, kami sempat la singgah kejap di tempat ikan di naikkan.. tetapi masa tu kedai tutup lagi dan akan buka petang..



sampai je kat pantai Irama, perut berbunyi.. jadi aktiviti pertama gak.. mencari makan pagi la dulu bagi perut kenyang baru sedap main..

lepas peruk kenyang, mata pun dah fokus ke pantai, kanak2 pun duk melompat2 nak turun.. akhirnya, mandi pantai pun bermula.. tmpt mandi pun dipilih btl2 tepi post pengawal keselamatan...


sambil-sambil tu, budak2 dan orang besar ada jugak yang main wau yang dijual sekitar pantai..


ni pulak bahagian pompuan. sambil2 gi main pantai, acara masak memasak utk mkn petang tetap di laksanakan. gambar sblah kanan tu Ayah (tengah landing), Mek n Kak Mah tengah siap-siap apa yang patut. pah2 pulak gmbr kiri tu tukang masak yang tak asing lagi yg dibarisi oleh menantu, Asiah n Fatehah serta cucu mek, Azi.. tengah kerjakan ikan n sotong yg dibeli..

yang belah lelaki dan kanak2 pulak masih asyik dengan permainan bola dengan pelbagai cara. ada cara main rebut, ada cara bola tampar, bola sepak dan smpai cara yang tak tahu buh nama pun tetap dimainkan masa tu..


gelagat jong masak tetap menarik perhatian dengan gaya tersendiri.. sempat lagi la bergaya depan camera..


ni pulak gaya pengantin baru tengah memasak ikan n udang celup tepung


lepas badan pun letih, perut pun lapar, solat pun dah selesai. Maka, acara penutupnya ialah makan beramai2.. ikan bakar, ikar n sotong celup tepung, telur, ulam, budu, sup dan ntah pe lagi menjadi hidangan petang tu..


Lepas semua selesai, kami pun bersiap-siap untuk pulang.. semua kenangan telah dinukilkan dlm blog ni..:-) sekian Wassalam...

Jurugambar:
Abang Nik

Olahan Cerita Oleh:
Jo & Fatehah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN