Tags:

DEMI MASA

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

WE LOVE TOK GURU

BlogMalaysia.com

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

Showing posts with label 03-Norma n WSaipu. Show all posts
Showing posts with label 03-Norma n WSaipu. Show all posts

Koleksi Baju Raya

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Friday, July 16, 2010 6 Pendapat


Assalamualaikum.

 Hari ni nak kongsi tentang koleksi baju. Kita nak raya dah tak lama lagi kan? Walaupun belum berpuasa, tapi baju  kena tempah awal tau.
Tapi sebelum tu nak tanya gambar ni diambil dari mana ya?

Sebenarnya koleksi baju di atas adalah tempahan yang telah siap dan sedang dijahit oleh K. Ma. Kalau sebelum ni baju-baju tu dok tersangkut kat merata-rata. Sekarang ni K. Ma dah siap dengan almari ala pameran lagi tu.
     
 Ni jubah yang sedang dijahit, tunggu jahit tangan dan kancing je. Cikgu sekolah yang tempah.









Kebanyakan yang tempah baju ni cikgu-cikgu yang berbadan besar dan agak sukar untuk membuat ukuran dan proses memotong kain. Tapi bila mereka tak kisah kalau kain dicantum, maka kerja K. Ma jadi senang sikit. Ikut pandai la nak potong & letak kat mana-mana, janji jangan ketara sangat.



Ni baju anak-anak yang dah siap jahit tu. Tunggu masa untuk pakai jer....Bila tu? Tungggguuuuu






Kalau ada yang tempah tu jangan segan-segan sembang dengan K. Ma. Harga boleh dibincang nanti. 

Ok sekian sahaja dari kami. Wan Saipu & Norma.

Koleksi Bunga dari Penang

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Tuesday, July 13, 2010 8 Pendapat

Salam, semua...
Baru habis Plant Shutdown, baru la lapang sikit masa. Boleh la kongsi cerita yang dah lama terperap dalam kamera.

Koleksi 1. Bunga Bakawali.
Balik keja hari tu, K. Ma bgtau malam ni Bunga Bakawali akan "berkembang". Slps tengok bola & tggu game ke-2, intai lah kat tepi tingkap. Kebetulan dah hampir jam 12:00 mlm, masa dia kembang habis tapi7pg dia kecut terus layu.
Kalau tengok drama "Suri Bakawali' bunga bakawali depa kelopak dia jenis besar dan wangi. Abang Harun kata ada puteri tggu. Nak jmpa kena minta petua dari dia la...

 Jam 12mlm mekar cantik
Jam 7pg hilang dah kecantikan dia
Koleksi 2: Bunga apa ni?

Bunga ni K. Ma dpt dr kwn dia. Nama bunga tak pasti. Kalau sesiapa yang tahun tolong kongsi ya.


Yang menarik ttg bunga ni, warna ungu dia dan kelopak bertingkat dia. Kelopak 2& 3 terjulur keluar dari kelopak 1. Macam bunga dalam bunga la. Kelopak 2 & 3 bercantum (macam tangga spiral gitu).





Macam bunga kapas betul tak?






Koleksi 3: Bunga Melur.

Bunga melur ni dia kembang macam bunga Ros. Tak caya tengok.....

Itu saja lah dulu ya. Lain kali kita cerita pulak...
K. Ma & Abg. Saipu.

Mandi Air Panas & Sejuk kat Ulu Lenggong lagiiiiii

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Monday, June 14, 2010 4 Pendapat

Assalamulaikum.


Disebabkan kami tak balik kampong pada cuti sekolah kali ni. Anak-anak "demand" la...Lebih2 lagi Ainaa yang baru habis tusyen dari 7~10 Jun, nak release tension la katanya.... banyak tempat yang diorang minta. Bukit Merah la, Muzium padi la, Taman burung dll. Naik pening juga. Dengan  kuasa veto K.Ma, maka kami pilih ke Baling. Ahad 13hb jam 9 pagi baru confirm chalet dan berjanji akan sampai jam 4 @ 5pm. Aidaa & Aisyah paling awal bersiap. Jam 10 dah ready. K.Ma masak lebih kurang, maka jam 3 kami bertolak.
Lepas maghrib sesi mandi ayaq hangat bermula....


Skrin besar juga disediakan untuk kaki bola. Malangnya depa buka TV1 tiada siaran langsung hmmm sedihnya. . Maka jam 10.15 abg Saipu ajak depa balik. Aiman & Aisyah dah mengantuk. Depa tidur, abg Saipu keluar tengok bola kat warung sampai jam 3:30 pagi. Jam 6:30 K.Ma, Ainaa, Aiman & Aidaa turun mandi lagi. Abg Saipu & Aisyah layan tidur sampai jam 7:30pg.

Aisyah tak mau balik kalau tak pi mandi air sejuk kat Sg. Angkat. Maka Jam 11 kami check out dan mandi air sejuk pula. Anak2 je yang mandi. Kami berdua takut air...Serik hari tu lepas mandi Air Panas-Air sejuk, sakit urat wei....




Rama-rama pun friendly ler...Pakat berkumpul kat tempat kami mandi....



Lama-lama tengok baru perasan, rupanya depa nak bertelur kat atas tudung Aisyah...

Ok sekian dari kami sekeluarga dari Penang.

Kenduri 12hb Jun 2010 - Batu Kurau, Perak

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah 7 Pendapat

Assalamulaikum....

Kami mohon maaf sebab baru tergerak hati nak berkongsi dan menulis kat blog keluarga. Sila tunjuk ajar ya...Pada 12hb yang lalu kami berkesempatan hadir 2 kenduri sebenarnya. Selepas Abg Saipu buat medical check-up tahunan di klinik Fong, Chaileng Park, kami terus ke kenduri di Batu Kurau Perak. Rumah kawan lama di tempat kerja, Zaharimi Tajeidri. Hampir 10 tahun tak jumpa. Sekarang dia dah kerja kat BASF, Gebeng, Pahang.
Jam 11:30 kami dah sampai tapi orang kampong dah ramai yang dok menjamu selera. Ni la suasana yang sempat dirakamkan.


Geng-geng tukang masak tengah berehat sambil menjamu selera.
Lauk-pauk yang di masak

Ok setakat ni dulu ya....

Ikhlas dari kami sekeluarga, Penaga, Pulau Pinang.

2HARI 1MALAM DI KOLAM AIR PANAS ULU LEGONG PERAK

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Friday, March 19, 2010 1 Pendapat


Pada 13/3/2010 selepas majlis perkahwinan Hafsan di Perlis. Rombongan ahli keluarga dan saudara mara telah bercadang untuk berkhelah dan beristirehat di Kolam Air Panas Ulu Legong, Perak. Dari Perlis, ahli keluarga berhenti rehat di R&R Gurun, sebaik tiba di perhentian gurun, kereta Abg Kamir telah mengalami masalah yang akhirnya terpaksa di tarik oleh penarik kereta untuk dibaiki. Kemudian, ahli rombongan keluarga terus bergerak ke tempat yang dituju. Alhamdulillah semua selamat tiba di tempat rekreasi kolam air panas. Disitulah ahli rombongan mengambil pakej homestay 2hari 1malam.Pengarah Projek bagi program ini ialah Abg Saipu & Kak Ma.

Suasana Homestay yang didiami oleh ahli-ahli rombongan keluarga. Selepas solat berjemaah dan makan malam, maka bermulalah aktiviti mandi manda di dalam kolam air panas yang disediakan. Tiket masuk ialah RM4 untuk sehari.

Pendek kata ramai betul orang yang mandi manda di dalam kolam air panas yang disediakan. Kolam air panas terdiri daripada beberapa kategori iaitu kategori kanak-kanak, kategori suam-suam, kategori panas sederhana dan panas meletup.

Selepas penat mandi untuk kali pertama, maka ahli rombongan keluarga balik berehat untuk tidur. Kemudian pada pukul 5 pagi, aktiviti mandi di kolam air panas kembali berlangsung. Ramai ahli rombongan bangun awal untuk mandi manda di kolam panas di waktu pagi dan ada juga ahli rombongan yang tidur dengan nyenyaknya.

Pada pagi 14/3/2010, aktiviti memasak nasi goreng yang diketuai oleh MokLong telah berlangsung. Ahli keluarga dan saudara-mara menikmati juadah makanan pagi. Kemudian dalam masa yang sama, aktiviti memotong kek kahwin Hafsan telah dilakukan. Kek tersebut dipotong dan dirasmikan oleh Abdullah Harith (Anak Shamsuri).

Selepas selesai makan dan minum pagi, ahli keluarga dibawa oleh tuan rumah untuk mandi manda di sungai sejuk yang berhampiran dengan rumah mereka.
Tak sangka, rupa-rupanya di Ulu Legong ni terdapat kolam air panas dan sungai air sejuk. Maka pada pagi tersebut, ahli keluarga pakat mandi manda di sungai air sejuk tersebut. Kemeriahan dan kecerian terpancar di wajah setiap ahli keluarga apabila dapat mandai beramai-ramai. Suasana romantik juga telah menghiasi pasangan-pasangan suami isteri.

Selepas penat mandi manda dan beristirehat di Ulu Legong. Maka aktiviti pulang ke kampung bermula, namun ditengah jalan, pihak rombongan telah singgah di rumah Wan (Suami Hamidah) yang terletak berhampiran dengan ulu legong.

Selepas minum dan makan kuih muih di rumah wan (Hamidah), maka ahli keluarga mula bertolak untuk balik ke Kelantan. Kemudian, ahli keluarga singgah di perhentian Perah - Jalan Gerik untuk menikmati makan tengahari dan menunaikan solat. Alhamduillah best-best makanan yang disediakan di gerai-gerai yang ada di situ.
Selepas selesai makan dan solat, maka ahli keluarga bertolak balik ke Kelantan. Pemandangan indah dapat di lihat sepanjang l

Alhamduillah, semua ahli rombongan telah selamat sampai di kampung.

Disediakan oleh:

Kas & Iza (19/3/2010)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN