Tags:

DEMI MASA

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

WE LOVE TOK GURU

BlogMalaysia.com

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

Showing posts with label 08-Kas. Show all posts
Showing posts with label 08-Kas. Show all posts

KAWAD HARI KASTAM 2011

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Tuesday, February 1, 2011 1 Pendapat

Assalamualikum semua,

Apa kabar? Dah lama blog family ni tak di kemaskini dengan berita atau cerita terkini dari ahli keluarga masing-masing. Mungkin kerana kesibukan semua menyebabkan blog keluarga hampir di pinggirkan. 

Kas kat sini pun dah susah sikit nak online sebab kat rumah dah tak de internet, tunggu rezeki lebih sikit baru nak pasang streamyx/unifi/P1wimax. Tapi tak tau la bila leh pasang semua tu.

Sekarang dah masuk bulan Februari 2011, cepat sungguh masa berlalu. Banyak cerita-cerita yang tak sempat untuk dikongsi bersama untuk ahli keluarga. Apapun, dikesempatan ini belum terlewat untuk kas berkongsi cerita kas mengenai kawad untuk hari kastam 2011.

Pada 16/1/11, kas kena mendaftarkan diri di AKMAL Melaka bagi mengikuti latihan kawad untuk hari kastam bermula pada 17 -26/1/11. Manakala hari kastam sedunia disambut pada 27/1/11. Berikut merupakan sedikit gambar semasa latihan kawad di melaka.

 

 Sepanjang di melaka, macam-macam aktiviti yang dirancang oleh ahli kawad. Antaranya ialah menikmati ikan bakar di Umbai bersama jurulatih kawad.
 
 Menikmati yong tau fu dan roti john melaka.
 

 Menikmati Roti Terbang yang selalu kuar di dalam TV.
   
 
 Menikmati makan malam di dalam majlis penganugerahan pingat jasa kepada Kontigen Istiadat dan jurulatih kawad.
 
 


Gambar-gambar semasa majlis sambutan Hari Kastam Sedunia 2011 pada 27/1/11.
 
 
 
 
 

Disediakan oleh:
Mohd Kasturi (1-2-2011)

KL INTERNATIONAL MOTOR SHOW 2010

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Sunday, December 12, 2010 7 Pendapat

Pada 4 Disember 2010 (Sabtu) yang lalu, kas sempat pergi ke Kuala Lumpur International Motor Show 2010 di PWTC. Pameran kerana ini berlangsung pada 3 - 12 Disember 2010. Tiket masuk waktu hari cuti ialah RM20 seorang bagi dewasa. Walaupun tikenya agak mahal, tapi orang yang datang untuk melihat kereta-kereta yang dipamerkan agak memeranjatkan apabila, perpusu-pusu orang datang, bahkan sekitar pukul 11pagi sudah kena beratur panjang untuk membeli tiket masuk.
Oh ya.... sebenyar yang menarik ramai orang untuk berkunjung ke Pameran Kereta ni adalah kerana hadiah cabutan bertuahnya iaitu sebiji Toyota Pirus...dua biji Saga BLM...dan 10 biji motor Naza. 

Jom kita tengok apa kereta-kereta yang dipmaerkan dalam Motor Show ini.

Mula-mula masuk, kereta perodua Bezza menjadi tatapan pertama para pengunjung. Berkonsepkan teknologi masa hadapan dengan reka bentuk yang agak menawan.

Di sebelah perodua pula.....terdapat pamerah kereta oleh Proton. Pelbagai kereta konsep dan kereta lotus dipamerkan oleh Proton. Kereta-kereta konsep proton dinaman dengan nama 5 pahlawan melaka.

A) Kereta "TUAH"

B) Kereta "JEBAT"

C) MPV "LEKIU"

D) Kereta "KASTURI"

E) Kereta "LEKIR"

Ni plak kereta Emas dan Lotus.
 

Yang warna kuning plak, ialah kereta Bumble Bee Transformers.... iaitu kerena Chevrolet.
Ini plak kerete yang dipamerkan oleh Naza. Pelbagai kereta mewah yang dipamerkan.

 


Ini plak salah satu kerena konsep oleh Nissan.

Ini kereta-kerata Hyundai. Rekabentuk kereta-keretanya Hyundai agak menarik.

Ini salah satu kereta Lexus yang dipamerkan.

Ini kereta CR-Z jenama Honda yang mampu memikat semua pengunjung.

Antara kereta-kereta jenama Peugeot yang dipamerkan.

Antara motor yang dipamerkan.

Kat bawah ni kereta Batman dan Bumble Bee Transformer yang dipamerkan. Bayaran dikenakan bagi siapa-siapa yang nak bergambar dengan kereta Batman dan Bumble Bee.
 
Pendek kata, pelbagai kereta-kereta model baru dan model konsep dipamerkan. Namun pameran kereta ini nampaknya tidak sesuai untuk dikunjungi oleh golongan "Keluarga" kerana setiap kereta yang dipamerkan akan diletakkan satu model wanita yang terlalu sexy dan tidak sesuai di tonton oleh semua orang.

Sekian sahaja cerita dari kas di sini.

Disediakan oleh:
Kas (12-12-2010)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN