Tags:

DEMI MASA

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

WE LOVE TOK GURU

BlogMalaysia.com

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

Showing posts with label 10-Hafsan n Ashiah. Show all posts
Showing posts with label 10-Hafsan n Ashiah. Show all posts

Alhamdulillah, Gerak Kerja Pembukaan Kedai Baru Sedang Giat Dijalankan

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Saturday, July 10, 2010 3 Pendapat

Alhamdulillah, selepas beberapa prosidur yang San lalui. Akhirnya dapat juga San melancarkan empayer niaga san dan rakan niaga San (Seorg sahabat OKU).  Bayangkan hanya ada 10 Lot kedai, dan sangat ramai pelajar yag masuk tender termasuklah mereka wakil dari persatuan, kolej, perkongsian dan individu. Pelbagai tapisan demi tapisan dibuat oleh pihak pentakbir UTM. Alhamdulillah, akhirnya San dan sahabat berjaya bersaing.

Sedikit San ingin berkongsi latar belakang perniagaan san. Syarikat asal San yang telah awal berdaftar diberi nama Microsystem Embroidery Enterprise dan Sahabat San (Ruzimi mrupakan seorg OKU) memiliki syarikat sendiri bernama IMI Creative Enterprise. Mulanya kami berminat memasuki tender dgn pihak UTM dan kami menghantar proposal dan bentangkan. Selepas perbincangan dibuat, atas cadangan pihak UTM, menghendakki kami bergabung menjadi sebuah syarikat. Atas permintaan tersebut, kami berbincang, dan hasil persepakatan kami mewujudkan suatu syarikat baru bernama Embroidery Technology Enterprise. Kami membuat proposal baru, dan kertas kerja kami diterima sebulat suara oleh pihak UTM. Alhamdulillah.

Sekarang ni, San sedang giat menyusun ruangan kedai. Alhamdulillah, syarikat San dapat bekerjasama dengan pihak Eppal untuk membuat kelas jahitran berkala di dalam UTM ni. Dan pelbagai lagi peluang peniagaan yang telah San dan kawan niaga rancang. Berikut benner yang akan kami naikkan dalam UTM ni:-


InsyaAllah, kami akan mula beoperasi sepenuhnya pertengahan bulan 7 ini. Semua modal San setakat ni menggunakan modal sendiri dan dipinjam dari ahli keluarga. San megalu-alukan sebarang pelaburan adik beradik, pulangan yang setimpalnya akan diberi ketika bayaran balik. insyaAllah peluang perniagaan disini sangat luas.

Sedikit san perkenalkan rakan kongsi san. Mungking adik beradik ingin tahu. Ketika cadangan pertama San usulkan hajat ini pada Ayah, Syarat pertama yang Ayah bagi adalah jangan berkongsi berniaga. Selepas cadangan untuk berkongsi dikemukan oleh pihak UTM. San perkenalkan rakan kongsi kepada Ayah. Memang selepas dicerita Ayah kenal orangnya dan pernah datang kerumah beberapa kali. Selepas itu ayah galakkan untuk berkongsi niaga dengannya. Namanya Ruzimi Bin Mohamad@Mohamed. Dia merupakan seorang OKU dan sekarang megambil pengajian peringkat Serjana(Master) dalam Keusahawanan Teknologi Maklumat di UTM. Tahun akhir. Asal Kota Bharu. Sangat bijak dalam bidang pengurusan, perancangan, dan lain-lain. Beberapa program peringkat universiti dan national dimana dia menjadi pengerusi program termasuk program Deligasi Akademik dari UTM ke Shang Hai ke China menjadi Pengarah program. Maka ia bukan calang-calang orang walaupun hanya memiliki tangan kanan untuk bergerak. Dibaawah sedikit gambar beliau yang merupakan rakan kongsi perniagaan San ini.

Alhamdulillah, setiap orang Allah kurniakan kelebihan masing-masing. Dengan gabungan ideal, gerak kerja, perancangan, pengurusan San dan Ruzimi akan menjadikan perniagaan ini berkembang maju dan menjadi suatu rangkaian niaga bumi putra yang bersaing di masa hadapan. Serta salah satu penjana ekonomi umat islam san suntikan modal untuk perjuangan Islam. InsyaAllah.

Gambar kedai akan san upload di lain waktu.. Kerana sekarang ni masih berselerak lg..=)

Daripada:-
Hafsan & (Disokong, pemberi semangat isteri kesayanganku Ashiah)
Rakan niaga (Ruzimi)

Alhamdulillah, Keluarga Ashiah Selamat Tiba Di Tanah Air Selepas Terkandas Seminggu Di Jeddah

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Thursday, July 1, 2010 2 Pendapat

Pada mulanya San dan keluarga Ashiah di Malaysia khususnya Perlis amat terkejut bilamana mendapat tahu mak, pak, tok, wan dan adik beradik tidak dapat pulang ke Malaysia seperti tarikh yang sepatupnya. Kelewatan tersebut menyebatkan banyak perancangan dan program mereka lari dari jadual. Mulanya mereka akan tiba pada 21/06/2010(Isnin)di KLIA. Pd hr tersebut mak, pak dah belikan tiket kapal terbang tok& wan ke Kepala Batas dan Adik Ashiah telah membeli tiket untuk balik ke Sabah. Semua tiket2 itu burn. Namun perancangan Allah sebaik-baik. Disebalik kelewatan tu ada hikmahnya.


Pada 20/06/2010(Ahad), Selepas para jemaah membuat tawaf wida' di sebelah pagi. Mereka bertolak ke Lapangan terbang Jeddah. Mrk check-in pkl 2.30ptg. Setibanya di sana, mereka mendapat tahu pihak air port telah menukar tiket mereka sebanyak 15tiket ke sebelah pagi tanpa pegetahuian Agen dan jemaah (mrk seramai 35org). Atas kesilapan pihak air-port. Mrk membuat kptsn utk pulang bersama2. Mereka dapat tiket pada hari Khamis. Menurut mak, mereka dihantar kehotel yg sangat mewah. Diberi makan percuma selama mana mereka tinggal. Diizinkan Allah, seorang jemaah yg merupakan seorg cikgu telah menghembuskan nafas selepas solat magrib di hotel tersebut. Inilah hikmahnya Allah menagguhkan mereka dari meneruskan perjalanan untuk pulang. Jika jadual tak tertangguh, mking kes ni akan berlaku di atas kapal terbang dan transit ke Cairo dan transit ke Bangkok sblm k KLIA. Menurut mak, jika kematian berlaku di Bangkok. Teramat susah untuk meguruskannya. Sehingga pernah suatu kes, suatu jenazah terpaksa diletakkan dlm kaedaan duduk dlm keta untuk keluar dr Bangkok kerana susahnya pegurusan disana. Ditambah pula bukan negara islam. Syukur sgt2 kerana mereka ditangguhkan perjalanan ini. Jemaah sekali lagi membuat keputusan untuk pulang bersama2 isteri aruah selepas menguruskan hal2 berkaitan jenazah. Jenazah diuruskan sepenuhnya oleh sukarelawan Jeddah dan disemadikan di Jeddah. Allah menjempunya disaat ia umpama kain putih.. Smga rohnya berseri2 berjumpa Allah dan bersama org2 soleh.  Bayangkan yg jadi cikgu tak ke sekolah seminggu, yg meninggalkan anak di rumak atok2 mrk(mak-maknya asik menagis terigat kat anak di tanah air, dan macam2 lg perasaan ahli jemaah. Namum ukhwah yg mantap, mereka sanggup tunggu menemani isteri aruah utk meguruskan dokument2. Tarikh ditunda lagi sehingga mereka dapat balik pada 28/06/2010(Isnin) dan tiba di KLIA pada 8mlm. Alhamdulillah, jemaah ditarbiyyah secara lansung dari Allah dari awal hingga akhir perjalanan mereka menunaikan ibadah Umrah. Disaat kita merancang, Allah juga merancang. dan perancangan Allah adalah sebaik2nya.


Sedikit gambar meyambut keluarga kat KLIA

Kisah san pula, pada Jumaat malam san naik bas ke Kangar(kerana tinggal keta kat Perlis). Pada Ahad pagi san bertolak ke Penang. Singgah rumah kak Norma& Wan. Tido semalaman di rumah Kak Norma& Wan. Sempat kak ma buat nasi kerabu istimewa. Mantap.. sungguh sedap. Mintak kak ma bungkus utk buat bekal perjalanan lg.. (n_n).. Petang Isnin san bertolak ke KLIA. (Sgt berhajat nak jumpa mak, pak sebelum san balik ke Johor dan Ashiah balik ke Kuantan. San & Ashiah tiba di KLIA pada 7.30mlm dan keluarga tiba pada 8mlm. Pak tinggal kereta Unser kepada sedara yang tinggal dekat KLIA. 2 org sedara mak pak tumpan untuk balik. Selepas isi barang2, tak muat pula. Bincang punya bincang... buntu... Slps san bcng dgn Ashiah(pujuk memujuk berlaku dlm seminit lbh -maklumlah penyelia Ashiah nak jumpa ke esokkannya). San membuat keputusan untuk patah balik ke Perlis.. Keputusan yang melegakan dan megembirakan mak, pak di saat ini. Barang diisi dan 2 org adik naik dgn san. Alhamdulillah san pun bertolak ke perlis. Sampai tepat subuh.. Slpas solat subuh, terus pensang sepengsang2nya... Selasa tgh hari kami bertolak balik(krn kami dah lewat sehari. Sepatupnya selasa san ada meeting.. dah janji on. San dah cencel last minute. Dari Kangar melaluai lebuh raya Utara-Selatan ke KL masuk lebuh raya Timur-Barat dr KL ke Kuantan (Alhamdulillah isteri tersayang memandu separuh slps melihat suaminya kepenatan. Alhamdulillah jg Doktor disebelah.. Sakit ka? sakit kat mana? boleh bengkok tak? ubatnya...ok buat mcm ni... Last megantuk, ubatnya Doktor jg kena bawa..(n_n) ) . Dari Kuantan lalu segamat terus ke Johor. Fuhh.. Subhanallah, inilah perjalanan memandu paling jauh yang san bawa. Kangar-KL-Kangar-KL-Kuantan(897KM). Kuantan-JB(346KM). Jumlah memandu sejauh 1247KM.. em, tak sangka. Mking isteri disebelah tak rasa sangat. Balik ni kena servis keta. Balik Johor lewat, tapi hati tenang kerana sempat jumpa keluarga Ashiah. Kalu balik awal, sangkut jg fikir nak balik Perlis lg. Tp hakikatnya hebat perancangan Allah.. Balik Johor dapat Kunci kedai (Alhamdulillah, Isnin ni pegawai UTM ajak bagi pilih nak lot mana satu sebelum dia putuskan kpd yg lain). Alhamdulillah. berkat doa mek ayah, mak pak dan keluarga, dan redha' mereka, mudahlah jalan2 ini..

daripada:
Hafsan&Ashiah

Menghantar Mak, Pak, Tok, Wan dan Adik Beradik Ashiah Tunaikan Ibadah Umrah

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Tuesday, June 8, 2010 2 Pendapat

Pada 7 Jun, keluarga Ashiah seramai 8 orang (mak, pak, tok, wan, 3 adik, dan kakak) bertolak untuk menunaikan Umrah dari KLIA. Jadual penerbangan pada pukul 9malam. San dari Johor terus bertolak ke KLIA.  Alhamdulillah san tiba awal di KLIA dan keluarga pun awal. Sempatlah kami bersembang dan lain-lain. Waktu cuti sekolah, memang ramai jemaah yang akan menunaikan Umrah.





 Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik.. Ashiah skarang masih kat Indonisia. Doakan semoga kesihatannya baik. Semoga sang mujahid kecil yang menemaninya sihat dan selalu menberinya semangat.



SATU KAMPUNG BERKELAH DI JERAM PEKASAM

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Sunday, May 23, 2010 6 Pendapat


Jeram Pekasam (bahasa originalnya Jeghe kase) adalah tempat perkelahan yang baru nak masyhur kerana memiliki ciri-ciri yang tersendiri. sebelum ini, Jeram Pekasam merupakan tempat yang jarang dikunjungi manusia kerana terletak di dalam hutan yang jauh dan memiliki sejarah yang tersendiri. Tetapi disebabkan penanam getah dan pembukaan kebun-kebun getah yang baru disekitarnya, kawasan jeram Pekasam ini sudah menjadi tempat yang selamat dikunjungi malah jalan untuk ke sana pun lebih mudah.

persiapan di rumah menggunakan Hilux Poksu. kanak-kanak hanya duduk di belakang Hilux untuk bertolak ke Jeram Pekasam.
 
Lantaran itulah, rombongan yang dirancang asalnya sedikit untuk mengunjungi jeram Pekasam tetapi bila perancangan terakhir buat, sambutan yang menggalakkan apabila hampir satu Kampung akan menjadi tetamu Jeram Pekasam pada hari tersebut. Sebanyak 15 buah Kereta, Hilux dan Pajero bergerak ke Jeram Pekasam ini. Jurugambar (Abang Nik) sempat merakam gambar kenangan rombongan kampung ke sana... 
 
 ketibaan di Jeram Pekasam. kereta yang diparking hanya beberapa dari Jeram Pekasam yang hendak dituju.

ni pula, bekal makanan yang dibawa. disebabkan ramai yang datang, makanan yang mencukupi telah disediakan.. selera dalam hutan ni memang beza dengan makan biasa..:-)

turut dibawa oleh kaum ibu ialah pakaian-pakaian untuk dibasuh. Air di kampung terlalu sedikit kerana musim yang terlalu panas dan masalah saluran paip semenjak dua menjak ni.
bersusun-susun yang datang tu bukan orang lain tapi semua ni yang datang satu kampung ke sini.


Ni Plak suasana tempat letak barang dan ada yang dah terjun untuk mandi..

Air yang sejuk begitu menyeronokkan. tempat pun boleh dikatakan selamat dengan kanak-kanak yang bermain.
 Poksu dengan anak lelakinya yang wat2 berani main air.. tengok muka pun dah tahu..hehe. amin amin
Sibuk dengan aktiviti mandi manda dan membasuh, menikmati makan di dalam hutan tetap menjadi kenangan manis...
Anak kecil pun turut hadir... boleh segar2kan badan sikit.

Kaum ibu yang membasuh kain beramai-ramai... Mek antara yang joint.

Ni plak Khemah yang dipasang untuk dijadikan perteduhan
Posing sikik.....

Aik... Habis bekalan nampak.. korek la setakat yang ada..hehe

Ni duk berehat dalam air saje-saje ke...

ni baru betul.. sambil landing dalam air, sambil tu makan buah tembikai... ish3x. Macam promosi makan tembikai je 3 orang tu...:-)

Tamat la citer. Begitula suasana yang sempat dirakam oleh Abang Nik sepanjang aktiviti Mandi Jeram Pekasam. Lepas daripada first time pergi ke Jeram Pekasam ni ramai-ramai, makin kerap kunjungan-kunjungan yang diterima samaada secara beramai-ramai atau kumpulan yang kecil.. Lepas pada ni, Masyhur la Kawasan Kampung ni..:-)

Dioleh cerita Oleh :
Faizul@Fatihah

Jurugambar & Cerita Asal:
Abang Nik & Keluarga

Pemanduan Dari Kangar Perlis Ke Johor Bahru

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Tuesday, May 18, 2010 9 Pendapat

Sebelum memulakan suatu perjalanan yang agak jauh bagi san. Perkara utama yang diberi penekanan adalah kaedaan prestasi kereta adalah yang terbaik. San akan buat peperiksaan sendiri kaedaan kereta. Jika kaedaan masih belum memuaskan hati, San akan bawa kereta tersebut kepada yang lebih pakar. Mungking perkara-perkara ringan dan biasa san akan periksa dan buat sendiri. Perkara-perkara berat san akan buat kat bengkel.
 
 
 
 
Selepas tangan-tangan berminyak menyentuh, kereta ini akan dibasuh sepenuhnya. Agar kelihatan bersih dan berkilat.


 

 Hantar Ashiah ke Lapangan Terbang Kepala Batas, Kedah.

Seawal 6.30 pagi, San bersama Mak, Pak bersiap-siap untuk menghantar Ashiah ke Lapangan Terbang Kepala Batas. Beliau akan turun ke Lapangan Terbang KL(LCCT) untuk bertolak ke Acheh. Alhamdulillah, kami tiba awal. Sempat kami berehat-rehat sekejap.

Kami menunggu sehingga kapal terbang berlepas. Selepas itu, selepas berbincang dengan mak dan pak. San meneruskan perjalanan ke Johor. Dalam perjalanan pulang, sempat san singgah ke rumah Abe Pu dan Kak Norma. Sempat rehat dan makan di sini.

Berehat di Rumah Kak Norma dan Abe Pu

Selepas makan dan sembang-sembang, San diberitahu oleh kak Norma bahawa pada dahan pokok Pauh di depan rumahnya juga ada tertulis kalimah "Allah". Jika diperhatikan memang jelas tulisan tersebut. Subhanallah. Makhluk Allah taskhil(mgigatkan) kita agar sentiasa igatkan Allah. Berikut sedikit gambar yang sempat diambil.
Dari Perlis lagi, badan terasa tak berapa sihat. Selepas menelan ubat, rehat sekejap san teruskan perjalanan. Sampai di R&R Negeri Sembilan, berhenti rehat, solat, makan dan telan ubat. Badan terasa letih dan terus tido. Pukul 7pg keesokkan teruskan perjalanan. Alhamdulillah sampai juga di Johor. Deman juga sehari dua.

Ashiah sekarang sedang membuat elektif posting kat Acheh sehingga 13Jun ini. Semoga dia dan kawan-kawan seperjuangannya sentiasa dalam rahmat dan jagaan Allah. Untuk makluman juga pada 5 Jun ini, mak, pak, tok, wan dan adik beradik akan bertolak ke Tanah Suci untuk menunaikan Umrah. Seramai 8 orang dalam keluarga akan pergi. Sama-sama kita doakan untuk mereka.


Daripada:
Hafsan&Ashiah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN