Sebelum ini, ayah dikatakan pernah pergi ke tempat pemotongan kayu untuk dijadikan papan. Mungkin disebabkan habuk-habuk di tempat pemotongan kayu itu masuk ke mata ayah, maka ia memberi kesan yang tidak baik ke atas mata ayah. Akhirnya kerja ayah sedikit terganggu terutamanya ketika menguruskan tender getah yang melibatkan nombor/angka serta pengiraan kerana mata ayah yang semakin kabur. Namun kesukaran tersebut dapat dibantu oleh Faizul apabila Faizul membantu ayah menguruskan hal-hal pengiraan tender tersebut dengan dibantu dan ditunjuk ajar oleh Ayah.
Bagi mengatasi segera masalah ini, pada 30 Mei 2009 (Sabtu) Ayah telah menjalani pemeriksan mata di Hospital Pakar Perdana Kota Bharu selepas membuat temujanji dengan Doktor pakar mata. Menurut Doktor, terdapat selaput mata pada mata ayah yang perlu dibuang tetapi hal-hal lain didapati tidak bermasalah.
Oleh itu, satu pembedahan kecil akan dibuat pada mata Ayah bagi mengatasi masalah ini. Terdapat dua pilihan untuk pembedahan dan Ayah telah memilih untuk menjalani pembedahan yang ringkas dan selamat walaupun kos agak mahal.
Segala sumbangan boleh disalurkan terus kepada Mohd Faizul (untuk dihimpun sebelum diserahkan kepada Ayah) di talian 013-7726897 atau boleh terus ke akaun Mohd Faizul bin Hussin, BIMB 03-054-02-012006-5 @ BSN 03100-29-00089129-4 @ Bank Muamalat 0301-0072475-72-4.
Sumbangkan yang dihulurkan amatlah dihargai. Sebarang kemasukan duit mestilah dimaklumkan melalui SMS atau telefon ke No tel 013-7726897. Setiap SMS perlu hantar Nama, Masa dan Jumlah dengan lengkap. - Ja&Joe
Alhamdulillah, walaupun baru terlibat dalam jemaah PAS Kaw., abang telah dilantik beberapa jawatan yang agak penting dan berat untuk dilaksanakan. Antaranya, AJK Kaw, Ketua Lajnah ICT Kaw., dan S/u Kerja Parlimen Maran.
Dalam usaha merealisasikan hasrat dan cita2 pihak pimpinan, abang telah berusaha membangunkan laman blog dan laman web dengan hasrat untuk berdakwah dan menyebarkan maklumat agar ahli jemaah di kawasan Maran dan umumnya seluruh dunia tahu aktiviti2 dan maklumat PAS Kaw. Maran.
So, sedikit rupa paras blog yang telah abang bangunkan. Kalau sape2 ada masa, bukaklah blog ni dari semasa ke semasa.
http://www.pasmaran.blogspot.com
Disediakan oleh: shamsuri
Usaha ayah bagi mengisi masa lapang dengan menanam sayur-sayuran terutamanya pada sebelah petang. Penanam ini turut dibantu oleh anak-anak dan cucu ayah sehingga ayah membeli penyiram sebiji seorang kat cucu-cucunya kerana berebut nak tolong siram. Antara tanaman yang diusahakan adalah lada, terung, kace mior, labu, betik, tembikai dan lain-lain. Kini, tanaman-tanaman tersebut mula mengeluarkan hasil malah telah beberapa kali dijual dan hampir kehabisan stok seperti kacang mior di beberapa kedai kawasan kampung kecuali tinggal lada tembikai sahaja yang hampir masak. Cuma akhir ini, Ayah kurangkan ke kebun kerana masalah kesihatan. - JA & JOE
Setelah lama ikan di dalam kolam yang menjadi kawasan aktiviti keluarga tidak di tambah, Mek & Ayah telah menambahkan beberapa jenis ikan ke dalam kolam. Antara anak ikan yang dilepaskan seperti Talapia, Jelawat dan lapan jawa. Dua peringkat pelepasan telah dibuat dengan jumlah hampir seribu ekor yang telah dibeli di kolam Yie di Perala. Penangkapan anak ikan dikolam tersebut menggunakan jala yang bersaiz dua jari bagi memastikan anak-anak ikan yang dilepaskan selamat daripada ancaman ikan yang memakan anak ikan. Setakat ini, kolam telah dibahagikan kepada dua bahagian, sebelah luas telah dijadikan kawasan ikan besar dan sebelah lagi yang lebih kecil ini dijadikan kawasan anak ikan kecil yang baru dilepaskan. Ikan yang sedia ada kini telah melebihi 1 kilogram seekor malah ada yang mencecah 2 kilogram. Kira bolehla nak wat pertandingan memancing keluarga bila-bila yang balik semua - JA&JOE
So tanpa membuang masa, kas pun mendaftarkan diri sebagai peserta untuk pertandingan tersebut bersama-sama kawan-kawan opis yang lain.
Pada hari pertandingan, kas menggunakan skills yang ada... terkejuz kas bila first time kas leh dapat point 177 dalam satu game. Tinggi tu..coz kas leh buat 5 strike. Biasa kalu p training dengan opismate, nak dapat point >100 mmg susah sangat2 coz bola bowling tu asyik masuk longkang or tak kena je... Tapi walaupun kas dapat point 177 untuk game tu......kas kalah jugak sebab pertandingan kena main 3game...so game 1 dan game 3, kas dapat teruk. Akhirnya kas dan kumpulan kas kalah jugak.....
Jadi, kas bergambar dengan hadiah tu adalah lakonan semata-mata. Biar kalah dalam pertandingan tapi jangan kalah dalam gambar. Betul tak?
Tunggu next pertandingan kot baru dapat menang betul-betul.
Ditulis oleh:
Mohd Kasturi
Dalam pertandingan ini, Kas diamanahkan sebagai pengurus pasukan PERTEK. So kas tak bermain la masa pertandingan tu..kas just tengok dan lihat sahaja serta bagi semangat kepada pemain-pemain. Kenapa kas jadi pengurus dan kenapa tak jadi pemain? Pendek citenya... kas jadi pengurus sebab sebelum pertandingan Darts Inter-Bahagian, Kas telah diamahkan untuk menganjurkan Pertandingan Darts peringkat Inter-Cawangan/Unit. Kas tak jadi pemain sebab kas mmg tak pandai main darts..First time kas kenal dengan "Darts" ini masa kas kena mengajurkan pertandingan darts peringkat inter-cawangan/unit. Masa tu la kas belajar main darts coz dalam masa yang sama kas kena jadi peserta. Main punya main..kas kalah teruk sebab bila lempar je anak panah tu (darts), selalu tersasar ke tempat lain. Bila bermain darts ni, rupa-rupanya baru kas faham cara-cara nak main darts ni. Ada beberapa jenis pertandingan darts iaitu antaranya ialah 501 dan double chek.
Berbalik kepada pertandingan Darts Inter-Bahagian, selepas sehari suntuk bertanding, akhirnya kumpulan Darts yang diwakili oleh Bahagian Pertek dapat mara ke suku-akhir. Tapi akhirnya kecundang apabila dalam 5 game yang dipertandingkan, kumpulan PERTEK kalah dengan hanya memperolehi 2 kemenangan dari 5 game. So tak dapat lah kejayaan yang diimpikan oleh kumpulan PERTEK.
Kena tunggu next year pulak la kalu nak menang pertandingan Darts ni.
Ditulis oleh:
Mohd Kasturi
Api mula membesar dan mula membakar kuali. Ia disedari oleh Mek yang baru pulang. Mek masuk menggunakan pintu dapur amat terkejut melihat api yang membakar kuali dan Mekterus mematikan api gas tersebut. Namun api dikuali tidak padam, lalu Mek mengambil bekas telur untuk dijadikan pelapit tangan dan mencapai kuali yang terbakar itu untuk dicampak ke bahagian bilik air, tetapi minyak tersebut telah tertumpah ke tangan Mek.
Ayah yang berada diruang tamu ketika itu segera ke dapur apabila mendengar kuali terjatuh. Mek telah dibawa ke klinik Ipoh dan dirawat di bilik kecemasan jam 2.15 petang. Mujurlah keadaan Mek tidak serius dan Mek boleh lakukan kerja-kerja biasa kecuali tangan kanan masih cedera.-JA&JOE
Rumahku Syurgaku....satu konsep yang sememangnya wajar di implimentasi dan diterapkan di dalam setiap keluarga di dunia. Melalui pendekatan itu yang disusur atur dan dihiasi dengan ISLAM, maka lahirlah sebuah keluarga yang bahagia dan sebuah keluarga yang dirahmati oleh-Nya dan sentiasa dimurahkan rezeki oleh-Nya.
Rumahku Syurgaku....inilah ungkapan yang boleh diriku ungkapkan kepada Rumah IbuBapaku di Kampung Btg Gedik, Jalan Peralla, Gual Ipoh. Di rumah itulah IbuBapaku berteduh dan membesarkan anak-anaknya. Di rumah itulah IbuBapaku memberi pendidikan, memberi makan minum dan melatih diriku dan ahli keluarga yang lain untuk menjadi seorang yang berguna di masa hadapan.
Rumahku Syurgaku...konsep inilah yang diterapkan oleh IbuBapaku yang akhirnya memberi satu impak yang besar dalam kehidupan ahli-ahli keluarga. Setiap kali perayaan, pasti diriku dan adik beradik yang lain akan dikuasi oleh semangat yang berkobar-kobar untuk pulang beraya ke kampung bersama Ayahanda & Bonda yang tercinta. Di rumah itulah kami berkumpul bersama-sama, bergelak ketawa bersama-sama. Ibarat riuh satu kampung apabila kami berkumpul.
Rumahku Syurgaku...Hanya di rumah IbuBapa ku tempat yang memberi ketenangan dan tempat yang memberiku keinsafan bagi diriku. Banyak pengorbanan yang telah dicurahkan oleh Ibubapa ku dalam mememastikan anak-anaknya berjaya dalam semua aspek kehidupan.
Bersama-samalah kita meneruskan kesinambungan Rumahku Syurgaku yang telah ditunjukkan oleh Ibubapa kita agar kegembiraan, keakraban, keceriaan, kesenangan dan kerahmatan terus dipelihara selama-lamanya.
Disediakan oleh:
Mohd Kasturi
Lakaran sejarah dicipta apabila buat pertama kalinya Hari Keluarga Hussin & Halimah berjaya dianjurkan pada 25 - 26 Januari 2009.
Hari Keluarga ini telah lama dirancang oleh ahli keluarga. Akhirnya beberapa ahli keluarga telah mengambil inisetif dengan merancang dan mengatur segala aktiviti agar program Hari Keluarga dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat. Akhirnya tarikh 25 - 26 Januari 2009 dipilih kerana pada masa tersebut ramai ahli keluarga akan pulang ke kampung sempena Cuti Perayaan Hari Raya Cina dan bersempena UlangTahun Kelahiran Mek.
- Bersiap-siap/berkemas-kemas untuk bertolak ke tempat lokasi perkehlahan Hari Keluarga iaitu di Chalet Pantai Sri Telung, Melawi, Bachok, Kelantan.
- Sampai di tempat lokasi, gotong royong memasak makanan tengahari.
- Aktiviti sukaneka:
* mencari ketam paling banyak kategori kanak-kanak.
* membina Istana Pasir kategori wanita
* pertandingan bola kategori lelaki
- Aktivit malam:
*BBQ
*Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari Lahir Ibu
*Majlis Penyerahan Bunga Mek & Ayah
*Majlis Memotong Kek
*Majlis Penyampaian Hadiah bagi pemenang sukaneka
- Aktiviti sukaneka:
* Kail botol kategori wanita, lelaki dan kanak-kanak.
* Tiup belon kategori wanita dan kanak-kanak
* Bowling buah kelapa kategori wanita dan lelaki
* Tarik tali kategori wanita dan lelaki
* Mencari harta karun
* Majlis Penyampaian Hadiah
InsyaAllah Hari Keluarga Hussin & Halimah kali ke-2 akan dianjurkan pada tahun 2010. Tunggu....
Disediakan oleh:
Mohd Kasturi