Tags:

DEMI MASA

AYAHANDA

AYAHANDA
HUSSIN BIN OMAR

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

ANAK BERANAK


WE LOVE TOK GURU

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

Kumpulan Nasyid Saujana ke Aceh dan Kemeriahan Futsal Malaysia

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Friday, April 30, 2010 4 Pendapat


Assalamualaikum dan salam dari aceh....maaf kerana lama tak hantar kabar barita dari sini.. sejak hari tu ada juga berita yang nak dikongsi tetapi hp pulak buat masalah tak leh nak transfer gambar masuk ke dalam komputer...Kerana berita dulu dah makin ketinggalan maka beberapa aktiviti ja kat sini termasuk pe bisnes ja buat kat sini yang menjadi tanda tanya, bisnes apa? besar ke kecil?...maka bermula la kisahnya.. dimulai sari berita utama :

KUMPULAN NASYID SAUJANA KE ACEH

Pada 24 April kumpulan saujana dijemput membuat persembahan di Universiti Unsyiah Syah Kuala Banda Aceh sempena majlis Wisuda(Konvokesyen) dan Unsyiah Fair di sana. Universiti ini satu pagar dengan tempat ja belajar. walaupun ada kelas, ja dan kawan-kawan sempat juga pergi menjenguk dan berjumpa serta menyambut sebagai tuan rumah  sementara...he3. Kehadiran saujana disambut meriah oleh penduduk di kawasan aceh dan beberapa kumpulan nasyid Indonesia. Di sini, setakat ja duduk, lagu-lagu nasyid dari Malaysia begitu popular dan sering dinyanyikan dan digunakan waktu pertadingan nasyid peringkat sekolah dan Universiti. Sehingga hampir keseluruhan peserta menggunakan nasyid dari Malaysia.

Kerana masa terlalu padat dan waktu tu hari kuliah, ja dan kawan-kawan hanya sempat mendengar 3lagu sahaja dari kumpulan saujana. Di indonesia juga popular lagu nasyid yang menggunakan musik dengan mulut hingga setiap pertandingan satu lagu yang menggunakan musik mulut ini wajib di bawa untuk dipertandingkan. Hari itu juga beberapa persembahan puisi, syair, dan lain-lain yang begitu unit dan ada sedikit kelainan apa yang ada di Malaysia. Kumpulan saujana juga sempat melambai dan menegur pelajar-pelajar Malaysia ketika berada di pentas tanda kehadiran mereka disambut.

PERTANDINGAN FUTSAL TERTUTUP PELAJAR MALAYSIA MERIAH

25 April, Persatuan Kebangsaaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Aceh (PKPMI-CA) telah menganjurkan pertandingan futsal tertutup di Zidane Darussalam Futsal. Pertandingan ini atara salah satu acara untuk mengerakkan ukhuwah antara pelajar-pelajar Malaysia di sini. Pendaftara dibuka secara individu-individu dan tidak ada berkumpulan atau pasukan. Ini kerana, kumpulan-kumpulan ini akan ditentukan secara undian untuk memastikan semua kumpulan bercampur diantara pelajar sinior dan jnior. Dengan cara ini, permainan menjadi lebih meriah dengan penyokong dan pemain yang bercampur-campur.

Waktu tu ja sebenarnya nak sertai juga, tetapi kerana keesokan harinya terpaksa membentang dua asgment yang agak rumit juga untuk disiapkan. Maka ja hanya sempat tengok sahaja. Insyallah tahun hadapan ja cuba masuk. Program ini dirasmikan oleh Rektor IAIN Profesor Dr. Farid Wajdi yang mengangap kami di sini sebagai anak angkat beliau.Waktu perasmian lagu Negaraku dinyanyikan. Manakala penutup pula dirasmikan oleh Pak Nasir Budiman yang merupakan penasihat Persatuan pelajar Malaysia di Aceh.



BISNES SAMBILAN JA DI ACEH:

Pada mulanya ja tak rancang nak ceritakan bisnes sambilan ja kat sini. tetapi kerana rasa keunikannya rasa nak juga dikongsi bersama. Kadang-kadang rasa menarik juga, kalu tak biasa dengar ada yang agak lucu. Sebenarnya bisnes antara hobi dan minat Ja sambil mengisi masa lapang. Maka ja mulakan bisnesnya..

Nak dijadikan cerita, besnes ni ja mula terfikir sebelum ja balik cuti bulan dua baru ni lagi. mula-mula terfikir bila ja jadi bendahari. waktu tu ramai yang bayar dengan duit syiling rupiah yang susah nak guna untuk membeli..akhir-akhir ja terpaksa tanggung duit-duit tu ketika nak bayar elktrik dan beli barang. Jadi bertambung le duit syiling. Waktu balik baru ni ja kerja dan kumpul duit maka dapat la sikit2 modal untuk buat besnes....Maka..........

Jen-jen lahirla besnes kecil tapi duitnya besar kalu kira kot RM. Namanya ja pun tak tahu yang penting Pusat Cetakan,jilid dan sewaktu denganya. Selama seminggu ja urus duk pegi mari dengan motor kesayangan ja tu..akhirnya dengan bermodalkan 1juta ja dapat membeli sebuah mesin cetak dan alat jilid asgment. Perkhidmatan ja pada mulanya hanya print, fotostat dan jilid sahaja. Maka berjalan la selama seminggu dan jualan pun agak baik. ja menjangkakan menadapatkan suma modal ja dalam masa 3 atau 4 bulan. Jualan pada minggu pertama hampir mencecah 200ribu. Selepas agak sedikit tersusun baru ja mula menambahkah beberapa perkhidmatan seperti cuci gambar, gambar pasport, buat takwin, upah taip (tapi bersyarat kepada pelajar supaya tak nak jadi pemalas) dan beberapa perkhidmatan lain lagi.

Pada bulan pertama ja hanya menjagkakan jualan sekitar 600ribu dengan keuntungan 40-50%. Pada bulan kedua nanti ja menjagkakan jualan mencecah 1juta-1.4 juta jualan. Bagi mencapai pencapaian tu maka ja rancang untuk membuka cawangan. selama 3,4 hari juga nak kaji, selidik dari segi pasaran, persaingan, risiko dan lain-lain yang diperhatikan oleh orang buat projek-projek juta. Selepas membuat penilian dan mesyuarat sorang-sorang maka 28 April 2010 secara rasmi cawangan ja berjaya dibuka di sebuah rumah pelajar Malaysia dengan menambahkan modal sebanyak 900ribu yang ja luluskan. he3..besar kan modal...

Ja pun cuba rancang untuk meningkatkan jualan pada bulan ke3, melihat kepada situsi pelajar ja menjangkankan jualan melebihi 2juta  atau mencapai 3juta Insyallah. Itu pun kalu betul analisis yang ja cuba buat kerana waktu tu musim hantar asgmt dan kemungkinan besar bermula membuat skripsi untuk pelajar ijazah serta beberapa faktor lain.. untuk mengembangkan bisnes ni lagi ja pun kena tengok banyak benda sebab cabaran ja nak buat bisnes kat sini perlu masa yang terlalu singkat dan perancangan hanya sekitar 1thun. Ja jangka duk sini dalam masa 1thun lagi..jadi terpaksa sederhanakan bisnes..yang penting bagi ja pengalaman dan ilmu yang dapat..dari segi akademik pun ja dah selesaikan banyak kerja sperti asgmt, pembentangan pada awal sem lagi sampai hampir tiap-tiap minggu ada pembentangan..skrng dah tenang sikit..skiann

begitula cerita ja. walaupun kecil ja anggap benda tu besar sebab melibatkan juta-juta lagi..he3..
moga bisnes ja ni dapat berjalan dengan lancar sebab bagi ja walaupun nampak berat tapi ringan je sebab perlu ambil masa setengah jam je sehari untuk tu... yang penting bagi ja walaupun kecil biarla dapat dijalankan secara sistematik, profesional dan berkebajikan sebab melibatkan sama-sama kawan..

maka skian cerita ja disini..
wassalam......:-)

MILIK SIAPAKAH INI...

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Tuesday, April 20, 2010 14 Pendapat

Assalamualaikum w.b.t., Terlebih dahulu abang sekeluarga memohon ampun dan maaf kerana dah lama tak upload citer terbaru daripada keluarga Abang di pahang. InsyaAllah, abang masih mengedit cerita aktiviti abang kat cni. Yang banyaknye berkenaan dengan persiapan PRU/PRK akan datang. Abang ditugaskan sebagai penceramah JPN/ICT negeri untuk persiapan PRU/PRK di seluruh negeri pahang.

Oklah, cuba teka kenapa abang letak gambar kat bawah ni....?


Apa pendapat tentang kereta ni....? harga kurang daripada RM60k... murah daripada produa nautica...

4X4... sesuai untuk semua golongan... saiz mcm mitsubisi pajero... tinggi dan mantap...


Untuk makluman semua, mek & ayah ada nyatakan untuk memiliki keretabaru dalam masa terdekat... cadangan pertama adalan nautica... abang kurang setuju... dan abang jangkakan yang lain2pun kurang setuju... sebab harga mahal... minyak banyak... kecil dan kontot... (bila dah tak suka....)




atas dasar tersebut, sam buat penilaian dan pemerhatian terhadap beberapa model... maka inilah model terbaik dan murah... SCORPIO MAHINDRA... 4X4... harga RM57K... bulanan 600 lebih je... tahan lasak dan smart untuk dimana2 jalan... InsyaAllah Hafsan akan present kat mek & Ayah dalam masa terdekat.
Bila dah jadi nanti, blehlah balik test kete baru ni...

Sekian,

iKHLAS... sHAMSURI Sekeluarga... pahang

Kajian Impak + Kajian Semula = Impak Maksima

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Tuesday, April 13, 2010 0 Pendapat

Pada 5 - 9/4/2010, Kas sekali lagi kena pergi berkursus di AKMAL, Melaka. Kas pergi ke sana untuk mengikuti Kursus Kajian Impak selama seminggu. Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan para peserta dengan ilmu-ilmu dan pengetahuan serta kemahiran untuk membuat kajian impak ke atas setiap dasar/program yang dijalankan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Kursus ini dilaksanakan dengan aktiviti kuliah dan aktiviti kumpulan. Aktiviti kuliah disampaikan oleh seorang penceramah dari pihak MAMPU, dan penceramah dari orang-orang HQ bahagian Korporat. Teori-teori asas diajar dan format kajian didedahkan kepada para peserta agar para peserta dapat melakukan kajian impak dengan berkualiti dan berkesan.

Selepas kuliah diberi dalam dua hari. Maka aktiviti membuat kajian secara berkumpulan dilaksanakan. Selepas kajian selesai dibuat, maka setiap kumpulan perlu membentangkan hasil-hasil tugasan di depan semua orang. Oleh kerana di dalam kumpulan kas ada yang memiliki kelulusan master, maka tugasan tersebut dapat disiapkan dengan jayanya dan dibentangkan oleh mereka yang memiliki kelulusan  master.

Sekembali peserta-peserta kursus di pejabat masing-masing dengan membawa satu tugas dan bebanan yang besar iaitu dipertanggungjawabkan melaksanakan kajian impak di peringkat stesen/negeri masing-masing. Kajin impak dan kajian semula ini perlu dibuat bagi memenuhi kehendak Sistem Star Rating (SSR).

Gambar di atas ni merupakan kumpulan yang kas sertai. Kumpulan ini ditugaskan untuk membuat kajian keberkesanan SSR ke atas prestasi JKDM.

Sekian.

Disediakan oleh:
Kas (13/4/2010)

Jalan-Jalan Ke Tanjung Piai, Pontian, Johor

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Monday, April 5, 2010 2 Pendapat


Alhamdulillah, sedikit perkongsian cerita yang ingin dikongsi bersama adik beradik dan pelawat blog keluarga. San dan Ashiah sempat jalan-jalan ke satu pusat perlancongan yang agak terkenal di Johor iaitu Taman Negara Tanjung Piai. Memang banyak perkara yang menarik disini.



Suasana hutan paya bakau yang sungguh menenangkan. Subhanallah sungguh catik. Nanti keluarga datang ke johor, San akan bawa jalan-jalan ketempat ini.

Sekaarang kami berada di penghujung Benua Asia, disini kita akan nampak kapal-kapal dagang melalui Selat Melaka ke pelabuhan-pelabuhan di Johor. Sangat menarik.



 







Daripada Hafsan & Ashiah

Melawat Binatang di Zoo Melaka

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Sunday, April 4, 2010 3 Pendapat

3 April 2010 (Sabtu): Alhamdulillah, diberi peluang juga untuk Keluarga Shamsueri mencoretkan sedikit berita untuk dikongsi dengan semua ahli keluarga dan sahabat pelayar setia blog ibnuhussin.com.


Seperti yang semua maklum, sekarang ni Kak Sue praktikum Guru KPLI di Sekolah Keb. Tanjung Minyak , Melaka sehingga Mei 2010. Oleh itu, Ambo bersama Harith & Fahmy akan ke Melaka setiap ujung minggu. Manakal Naufal pula tinggal di Melaka bersama Umminya. (ada orang jaga).

Sabtu lepas, kami sekeluarga mengambil peluang untuk melawat binatang2 peliharaan di Zoo Melaka. Walaupun dah setahun lebih berulang alik ke Melaka, nilah kali pertama kami sekeluarga masuk Zoo tu. Sebelum ni kami hanya melawat Bandar Hilir, Pantai Puteri dan Beberapa pantai lain kat Melaka.

Alhamdulillah, selama kami melawat zoo Melaka, banyak binatang yang dapat kami tonton dan yang paling seronok apabila Harith & fahmy dapat melihat dan mengenal pelbagai binatang yang sebelum ini hanya dilihat di dalam TV dan buku2 sahaja. Keseronokan mereka sehingga mereka terlupa akan kepenatan berjalan yang agak jauh (tak kurang 4km kot) untuk menghabiskan pusingan.

Selepas penat kami menziarah binatang2 tersebut, kami ke Giant untuk menjamu selera di medan Selera Giant sambil Harith & Fahmy bermain di taman yang disediakan.

Alhamdulillah, kami menjamu selera dengan menu Nasi Ayam dan Shizzeling Mee Hangus (terlebih masak). InsyaAllah, Minggu depan kami akan ke Melaka lagi dan tak pasti lagi ke mana kami akan ziarah....


disediakan oleh:
Shamsueri Sekeluarga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAKLUMAN

Sekiranya display cerita hanya memaparkan satu / dua cerita sahaja, Para tetamu blog boleh menekan topik-topik yang berada di bawah ini untuk tatapan atau bacaan. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

(masalah teknikal display/publishing ini tidak dapat diatasi walaupun pelbagai cara telah dilakukan. Sekiranya mana-mana tetamu blog yang pakar dalam bab ni, bolehlah memberi cadangan penyelesaian melalui kotak borak-borak)

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KELUARGAKU

KELUARGAKU

KAWAN-KAWAN