Tags:

DEMI MASA

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

WE LOVE TOK GURU

BlogMalaysia.com

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

PERKEMBANGAN PERJALANAN ROMBONGAN KE ACEH (update 2 mac)

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Monday, February 28, 2011
Tengah Check in di lapangan terbang
bergambar sebelum bertolak
tiba di hotel dan berehat untuk solat magrib
Aktiviti pertama, pergi makan malam di Restoren Malaysia di Aceh
Pemandangan dari atas kapal terbang

Waktu menaiki kapal terbang.. terpaksa berjalan jauh sebab parking kapal terbang penuh kot...
Abang nik tengah promosi makanan masa atas kapal terbang kat ayah n Mek.. Mana tahu Ayah nak try makan atas kapal terbang


Ni pulak, setibanya dia lapangan terbang banda aceh


Mek n Ayah yang duk bersama dalam kapal terbang sentiasa ceria dan stedy walau kali pertama menaiki kapal terbang



SARAPAN PAGI PERTAMA : NASI GURIH DAN KOPI ACEH
Ayah yang lipat lengan baju untuk sarapan dengan Nasi Guris

Ni pulak kopi aceh yang menjadi minuman pilihan

Nila dia nasi Gurih

Makan Malam di Restoren Malaysia di Aceh ( Tomyam, Telur Goreng, Daging kicap, sayur goreng dan lain-lain)

MELAWAT KAPAL DI ATAS BUMBUNG RUMAH

Beginilah keadaan kapal yang hanyut dan berlabuh di atas bumbung. Kapal ini telah menyelamat hampir 50 orang masa thunami berlaku. antara satu-satunya kapal yang selamat

Suasana atas kapal. Sewaktu kejadian, semasa orang ramai lari diatas bumbung tapi air dah mula ke paras leher, tiba-tiba datang sebuah kapal meluru ke rumah tersebut seperti dipandu untuk menyelamatkan mangsa yang berada diatas bumbung. bila kapal ini berhenti dan berpusing untuk memberi ruang untuk dinaik semua yang ada disitu terus diangkat naik temasuk bayi yang  berumur 3 bulan. bila di lihat tidak ada yang memandunya. sambil menyelamatkan orang yang hanyut, azan dilaungkan kerana lebih 10x gelombang ombak yang membadai..

ini lah gambar asal sebelum dibersihkan sempat diambil. mayat yang bergelimpangan di kawasan rumah terbabit dan rumah tuan rumah tersebut masih selamat walaupun sekitarnya musnah teruk

Jo yang menjadi wakil untuk menanda tangani buku pelawat di rumah tuan rumah. penghuni rumah ini menjadi saksi kekuatan thunami tersebut malah turut terselamat berada diatas kapal tersebut yang terletak diatas rumah jirannya.

Semua peralatan rumah masih selamat dan dikekalkan didalam rumah ini untuk dipamerkan. termasuk juga pinggang mangkuk dan lain-lain

inilah rumah yang bersebelahan dengan kapal tersebut. kesemua terselamat dari bencana itu.

Sempat bergambar sebelah kapal yang buat tempat khas untuk melihat lebih dekat

Mujib sedang menggambarkan suasana semasa dia dan mangsa lain menghadapi cabaran dan terselamat diatas kapal ketika dirempuh ombak yang besar. sehingga hanya mampu melaungkan azan diatas kapal yang menyebabkan ombak tenang setiap kali azan dilaungkan.

Inilah rumahnya dan kapal diatasnya beberapa hari selepas thunami berlaku.

Tepat jam 8.45 pagi adalah waktu air mula naik dan menengelamkan rumahnya menyebabkan jam di dinding rumahnya terus mati pada detik ini. Jam ini dikekalkan termasuk waktunya yang menunjukkan air naik sehingga menyebabkan dia terhenti.


Bergambar dari bawah kapal... Saksi Pertolongan dari Allah swt yang menyelamat hampir 50 orang penduduk. walaupun kedudukan kapal ini hampir 2 km dari laut sedang dibaiki kerana bocor sedangkan kapal yang lebih elok  dan besar hancur dibadai thunami..

MELAWAT RUMAH TRADISI ACEH DAN MUZIUM ACEH

Antara rumah tradisi aceh yang dipamerkan

Keunikan Senibina aceh sangat memukaukan

Mek dan rombongan sedang melihat pameran-pameran pelbagai jenis peralatan yang dipamerkan

Anak Kerbau yang berkepala dua telah diawetkan untuk dipamerkan telah menarik perhatian kami. Anak kerbau ini hanya sempat hidup 2 bulan sahaja.

Harimau

Ni pulak tengkorak yang ditemui dari manusia yang hidup pada zaman dahulu

Rumah Aceh Tamiang punyai ciri tersendiri

Al-Quran tulisan tangan yang besar turut dipamerkan




PLTD Apung adalah sebuah kapal terbesar yang hanyut ke darat dan tidak mampu dialihkan kembali ke Laut sejauh 5 km dari laut

 
Kami cuba naik ke tingkat atas sekali yang tingginya lebih 3 tingkat bangunan. Kapal ini adalah kapal penjana eletrik yang diberikan oleh kerajaan kalimantan untuk rakyat aceh yang baru lepas pergolakan.

Sauh yang begitu besar yang mustahil untuk diangkat masih kekal berada diatas PLTD Apung

Kami yang berada di tingkat atas sekali Kapal diterangkan dengan panjang lebar oleh penduduk kampung di situ. Kapal ini mempunyai 6 orang pekerja dari Kalimantan tetapi hanya seorang yang terselamat kerana yang lain terjun dari kapal ditakuti terbalik semasa dipukul ombak

Kapal ini dikatakan berhenti betul-betul tepat diatas rumah orang paling kaya di kawasan tersebut. Ayah sedang melihat kesan tapak rumah dibawah kapal tersebut. Orang kaya tersebut terselamat dari thunami kerana berada di Medan semasa kejadian berlaku.

Beginilah keadaan ketinggian di atas kapal dan dibelakang jauh itu lah laut yang dilanda thunami dalam 3 penjuru dan bertemu penjuru tepat dikapal ini.

Pandangan dari bawah di hapan kapal PLTD Apung

Kami sempat melihat gambar-gambar thunami yang ditayangkan di muzium mini sambil diterangkan oleh penduduk kampung tentang suasan masa itu

Gambar-gambar thunami yang memilukan

Suasana orang dari pelbagai negara untuk melihat sendiri keadaan dan kesan thunami

Tangga yang tinggi menyulitkan unuk turun dari PLTD Apung

Pandangan dari jauh PLTD Apung yang berada di betul2 ditengah kawasan penduduk kampung.

 SELEPAS INI, KAMI TERUS UNTUK PERGI KE RUMAH KELUARGA ANGKAT JA....

Bersambung..........


Banyak lagi berita bergambar akan dimuatkan..

4 Responses to PERKEMBANGAN PERJALANAN ROMBONGAN KE ACEH (update 2 mac)

  1. Anonymous Says:
  2. Pergh Tahniah ler..pada yg pergi tu... Hu hu kami tak leh ikut.
    Semoga semuanya berjalan lancar dan selamat kembali nanti. Enjoy.....

    Siifu.

     
  3. Anonymous Says:
  4. wow seronoknya..
    macam2 cite n tempat dilawati..

    from: KAS

     
  5. Sangat menarik.. Tak sabar tunggu eposod seterusnya..

    hafsan, ashiah and nuha.

     
  6. Anonymous Says:
  7. alhamdulillah,
    walaupun tak pergi... tapi dapat rasai suasana kat sana... semoga berada dalam keadaan selamat sejahtera

    shamsueri sekeluarga..

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN