Tags:

DEMI MASA

AYAHANDA

AYAHANDA
HUSSIN BIN OMAR

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

ANAK BERANAK


WE LOVE TOK GURU

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

Sidang Skripsi, Yudisium dan Laporan Lawatan ke Aceh

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Monday, February 14, 2011
        Assalamulaikum wrt. wbr. kepada semua keluarga dan pembaca blog keluarga. Mungkin sudah telalu lama blog keluarga tak diupdate. Malah berita dari ja pun dah tertunda-tunda untuk dimasukkan kerana terpaksa menumpukan kepada skripsi dan balik kampung lebih sebulan. Untuk pengetahuan keluarga semua Alhamdullah sekarang ja berjaya menamatkan pengajain peringkat Ijazah. Kali ni nak cerita sikit sebanyak perjalan akhir sebelum menamatkan pengajian..

Sidang Skripsi
        Selepas beberap bulan menyiapkan skripsi akhirnya sampai masa untuk diuji. Di Aceh agak sikit berbeza dari segi penulisan skripsi, kebanyakan pensyarah suruh membuat skripsi ala tesis (untuk master). Walaupun merumitkan, tetapi terlalu banyak yang dapat belajar dari penulisan tu. Maka bermulalah ujian skripsi....
 Ja yang sedang memerah otak untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan orang 4 orang pensyarah penilai skripsi . (Penguji: Dr. Fauzi Saleh Lc. MA., Drs. Damanhusi Basir M.Ag., Samsul Bahri, M.Ag, dan Muhammad Zaini M.Ag)

Berdiri untuk menunggu keputusan samaada skripsi diterima atau ditolak, Allhamdullah skripsi yang Ja bawa diterima sebulat suara dan boleh diangkat untuk kajian lebih mendalam pada peringkat Master.

Bergambar kenangan selepas selesai sidang skripsi.

Yudisium
     Mungkin ramai tak tahu apa maksud Yudisium. Ja pun tak tahu yudisium tu singkatan atau memang satu kata. Di sini(aceh) sebelum Majlis Konvokesyen akan ada Majlis penyerahan Ijazah peringkat fakulti masing-masing. Manakala konvokesyen majlis gabungan semua fakulti. Nak senang faham, Yudisium tu seperti akad Nikah dan wajib dihadiri oleh Mahasiswa yang akan konvokesyen akan datang. Manakala Konvokesyen tu seperti Majlis Jamuan/Pesta sahaja..jadi Yudisium lebih penting dari Konvokesyen...

 Majlis Yudisium (penganugerahan Ijazah dan Gelaran Sarjana Muda dari Dekan Usuluddin) kalu di Aceh menulis nama pun dah ada tambahan di belakang, S. Th.(Mohd Faizal bin Hussin S. Th)

Mendengar pengumuman pencapaian keseluruhan

 
 Ketua Dekan dan ketua-ketua Jabatan semasam Acara Yudisium
 
 Amanat terakhir dari Rektor IAIN Ar-Raniri kepada Lepasan Mahasiswa dari Usuluddin.

  
Bergambar dengan Ketua Jabatan (Dr. Abdul Wahid) yang banyak membantu pelajar-pelajar Malaysia yang berada  di Aceh.
 
 
 Makan-makan sebelum perpisahan....

 Lawatan Ke Aceh
         Untuk makluman semua, lawatan ke Aceh sempena Majlis konvokesyen ja setakat ni berjalan lancar lagi dari segi urusan dan lain-lain. Akan pergi seramai 7 orang (Mek Ayah, Kak Mah, A.Nik, Joe, Fatehah, Asma' dan Moksoh) semua urusan pasport dan tiket sudah dibeli. Sepatutnya 5 hari sahaja berada di sini, tetapi terpaksa menjadi 7 hari apabila tarikh konvokesyen yang diumumkan terpaksa di tunda tiba-tiba kerana dewan perlu digunakan untuk majlis lain. Kampus tempat belajar tu dah ditutup hampir 100% untuk membina semula keseluruhan Kampus selepas Thunami dahulu. Jadi terpaksa menyewa dewan lain sebab tu terpaksa tunda tarikh bila dewan yang ingin disewa digunakan oleh tuan rumah.

       Tarikh bertolak pada 28 feb 2011 dan pulang pada 6 Mac 2011, tentatif cadangan juga sedikit berubah termasuk bajek. Apa-apa pun ja cuba susun supaya bajek diminimunkan dan selesa. Tentatif ni ja dah cuba rincikan dan beberapa penambahan yang ja buat selepas seminggu ja servey tempat dan berbincang dengan Wakil Wisata (Pelancongan) di Pejabat Pelancongan Aceh. 

Tentatif:
CADANGAN TENTATIF LAWATAN KE ACEH

HARI PERTAMA (28 Feb 2011/Isnin):
3.00 petang             Chek in di Lapangan Terbang LCCT untuk ke Aceh
4.50 – 5.30ptng      Menaiki Pesawat di LCCT
5.30 – 8.00              Rehat di Rumah Anak Malaysia
8.00 – 10.30            Rehat dan Makan Malam Restoran Malaysia
                                (Penginapan: Rumah Anak Malaysia di Aceh)

HARI KEDUA (1 Mac 2010/Selasa)
6.30 – 8.00              Makan Pagi
8.00 – 12.00            Jalan-jalan kawasan kesan Thunami
- Rumah-rumah kebudayaan Aceh
- Kapal Atas Atap
- Rumoh Aceh
- Muzium Thunami
- PLTD Apung (Yang dihanyutkan Thunami)
- Kuburan Massal
- Masjid Ulee Lhea (Antara Masjid Selamat waktu Thunami)
- Solat Zohor dan Rehat di Masjid Baiturrahman (Masjid Agung Yang Selamat Waktu Thunami
- Makan Makanan Aceh
12.00 – 4.00            Bertolak ke Rumah Keluaga Angkat
4.00 – 5.30              Beli barang untuk berada di rumah keluarga angkat (Pekan Beurnouen)
5.30 – mlm              Rehat dan Makan bersama
                                (Penginapan: Rumah Keluarga Angkat)

HAIR KETIGA (2 Mac 2011/Rabu)
6.00 – 7.00              Bersiap untuk sarapan di Pantai Manoharan
7.00 – 10.00            Bersiar-siar dan Bakar Ayam di Pantai Manoharan
10.00 – 12.00          Bersiap-siap dan Makan
12.00 – 5.00            Bertolak pulang ke Banda Aceh
5.00 – 8.00              Chek in Hotel dan Rehat
8.00 – 10.00            Makan Malam(Ayam Bamboo/Penyet restoren Wong Solo)
                                (Penginapan: Hotel Nuri)

HARI KEEMPAT (3 Mac 2011/Khamis)
7.00 – .8.30             Makan Pagi
8.30 – 9.00              Bertolak ke Terminal Feri Ulee Lheue untuk ke Pulau sabang
9.00 – 10.00            Berada Di Terminal Feri
10.00 – 11.00          Naik Feri ke Pulang Sabang
11.00 – 3.00            Melihat Gunung Berapi
                                Tugu Kilometer 0
3.00 – 6.30              Ke Pulau Iboih dan bersiar-siar dengan menaiki bot
6.00 – 10.00            Pulang ke Penginapan, Makan dan  bersiar-siar
                                (Penginapan: Hotel Pulau Iboih)

HAIR KELIMA (4 Mac 2011/Jumaat)
7.00 – 8.00              Makan Pagi
8.00 – 12.00            Pulau Rubiah
Snokeling
Dan lain-lain (berdasarkan kesesuian tempat dan masa)
12.00 – 1.30            Makan dan Rehat
1.30 – 2.00              Menuju ke Terminal Feri Pulau Sabang
2.30 – 3.30              Perjalanan dengan Feri
3.30 – 8.30              Rehat, dan bersiap-siap di penginapan
8.00 – 10.00            Makan di Restoren Mamat (Canai Mamat Aceh) bersama beberapa keluarga 
                                Mahasiswa Malaysia yang datang
                                (Penginapan: Hotel Nuri)

HARI KENAM (5 Mac 2011/Sabtu)
6.30 – 7.30pg          Bertolak ke tempat wisuda (Konvokesyen) dan makan pagi
7.30 – 2.00              Wisuda (konvokesyen)
2.00 – 4.30              Rehat dan Makan tepi pantai Lampuuk
                                Melihat Masjid Lampuuk antara selamat dari Thunami.
4.30 – 8.00              Rehat dan persiapan
8.00 – 10.30            Makan Ikan Bakar Aceh
                                (Penginapan: Hotel Nuri)

HARI KETUJUH (6 Mac 2011/Ahad)
7.00 – 8.30              Makan Pagi
9.30 – 1.00              Membeli belah kawasan Banda Aceh
1.00 – 3.30              Persiapan untuk pulang ke Malaysia
4.00 – 5.00              Bertolak Ke Bandara Sultan Iskandar Muda (Banda Aceh)
5.30 – 7.00 mlm      Bertolak dari Aceh – Malaysia. (Sampai sekitar jam 8.15 waktu
Malaysia)

        Ada beberapa aktiviti mungkin yang menjadi persoalan, contoh melihat Gunung Berapi. Sebenarnya gunung berapi ini kecil sahaja dan tidak begitu aktif, akan tetapi boleh lihat ciri-cirinya, antaranya Keluar Asap di lubang-lubang yang ada di gunung itu, setiap lopak-lopak air yang ada bergelegak seperti mendidih, bau yang hangit seperti ada kebakaran dan lain-lain. Gunung tu berada Pulau Sabang dan tidak merbahaya kepada pengunjung. Cuma kena jalan kaki je sikit nak sampai ke sana. Insyllah akan dibawa oleh pemandu pelancong.
        Menginap di rumah Anak Malaysia di Aceh tu disebabkan dijemput oleh anak-anak Malaysia, ja hanya terima satu malam sahaja dan lain tidur di Hotel dan Rumah Kelarga Angkat ja. Hanya waktu di Pulau Sabang sahaja dibawa oleh pemandu pelancong, 4 hari lain kereta dibawa sendiri oleh Ja/Joe supaya mudah untuk kemana-mana.

       Boleh sesiapa nak cadang, kos secara rinci tu masih tidak dapat dibuat selepas masalah kena tunda tiket. Kalu yang lain nak pergi lain kali (keluarga sahaja), insyallah kos lingkungan rm200 untuk tiket dan Kos di Aceh lingkungan Rm150-200 dah cukup untuk dewasa termasuk Pengangkutan, Hotel, dan lain-lain untuk selama 4hari.

Sekian....


Disediakan Oleh :
Faizal

3 Responses to Sidang Skripsi, Yudisium dan Laporan Lawatan ke Aceh

  1. Anonymous Says:
  2. Tahniah utk Ja kerana berjaya mengegam segulung Ijazah.

    Wow bercuti sakan la. Bestnya.
    Abg jugak tak leh joint.

    from: KAS

     
  3. Anonymous Says:
  4. tahniah 3x...
    moga ja dapat berbakti kepada agama & mek ayah bila balik nanti...

    selamat bercuti dan melancong ke acheh...

    shamsueri sekeluarga

     
  5. Anonymous Says:
  6. aslm tuan,
    saya mohd Faizal hasan. saya sekeluarga akan ke banda aceh pada bulan ramadan tahun hadapan. boleh tak bantu saya untuk mendapatkan info berkenaan perginapan.
    no tel saya 019-7293800
    email faizal.hassan@infineon.com

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAKLUMAN

Sekiranya display cerita hanya memaparkan satu / dua cerita sahaja, Para tetamu blog boleh menekan topik-topik yang berada di bawah ini untuk tatapan atau bacaan. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

(masalah teknikal display/publishing ini tidak dapat diatasi walaupun pelbagai cara telah dilakukan. Sekiranya mana-mana tetamu blog yang pakar dalam bab ni, bolehlah memberi cadangan penyelesaian melalui kotak borak-borak)

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KELUARGAKU

KELUARGAKU

KAWAN-KAWAN