Tags:

DEMI MASA

AYAHANDA

AYAHANDA
HUSSIN BIN OMAR

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

ANAK BERANAK


WE LOVE TOK GURU

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

JAGA PAMERAN DI PESTA BUKU ISLAM ANTARABANGSA

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Tuesday, July 6, 2010
Beginilah kerja yang Jo duk buat sekarang. Iaitu bahagian Promosi dan Perhubungan Awam KIAS. Disamping menguruskan hal-hal lawatan dari luar ke KIAS, Joe juga bertanggungjawab merancang dan melaksanakan tugas-tugas promosi dan publisiti KIAS. Memang tugas yang sangat berat yang terpaksa Jo pikul sampai tidak menang tangan Jo mengurus. Beberapa hari sebelum ini, Jo menguruskan lawatan dari Universiti Lubnan dan ada buat MoU, masa tu memang kalut bebenar. Mujurla ada Isteri tersayang yang backup beberapa tugas yang Jo tak sempat untuk urus masa waktu pejabat. Apapun, banyak cerita suka duka Jo sepanjang dipertanggungjawabkan memegang jawatan ini. 

Antara kerja yang sentiasa Fatehah bantu adalah, menjaga pameran yang dibuat di beberapa tempat Negeri Kelantan. Yang terakhir baru ni Jo buka pameran di Pesta buku Islam Antarabangsa. Adalah sedikit sebanyak benda yang mengisi masa sepanjang menjaga pameran.

Haaa.... Upin Dan Ipin... Susah tau nak boleh tangkap dengan Upin dan Ipin ni... Biasa orang masyhur ni, sentiasa diserbu orang. beberapa kali dicuba akhirnya berjaya juga ambil gambar wat kenangan..

 Yang ni pula, semasa Sesi lawatan selepas perasmian di buat. Jo yang sedang menerangkan sesuatu kepada YB Dr Fadzli bin Haji Hassan, Exco Bahagian Penerangan, Komunikasi dan ICT Kelantan yang melawat bersama pengarah program.

Masa malam pula sempat beramah mesra dan bergambar dengan kumpulan Nasyid Nowseeheart dan bergambar dengan kumpulan Nasyid ni. Sambil-sambil tu Jo bagi la cenderahati sebagai kenangan untuk mereka.

Akhir sekali, acara yang Jo tak berapa nak.. Iaitu soal jawab berkaitan dengan Kolej bersama dengan wartawan Majalah Jutawan di hadapan pengunjung Pesta Buku. Al-Maklumla, Jo dijemput untuk sesi soal jawab hanya diberitahun beberapa minit sebelum bermula. Tapi sebab kepentingan publisiti Joe tetap terima pelawaan tersebut dan cakap la apa yang patut..hehe

Begitu la sedikit sebanyak coretan sepanjang menjaga pameran. Walau letih, tapi Jo tetap mengharapkan dapat pengalaman yang bermakna..
Disediakan Oleh:
Jo&Fatehah




6 Responses to JAGA PAMERAN DI PESTA BUKU ISLAM ANTARABANGSA

  1. wah.. mantap jo & fatehah.. teruskan usaha..

    drp: san&Ashiah

     
  2. Anonymous Says:
  3. Tahniah kat joe...
    segala pengalaman yg joe dapat sukar untuk diperolehi oleh org lain...
    Semoga joe akan menjadi berjaya dan terus berjaya...

    shamsueri al-chenory

     
  4. Anonymous Says:
  5. Tahniah buat jo..
    semoga terus berjaya.

    from
    kas & iza

     
  6. Anonymous Says:
  7. Wah hebatnya. Kena bhg promosi! Tak lama lagi kena buat promo kat TV lak ler. Teruskan usaha...

    siifu04

     
  8. Anonymous Says:
  9. Tula, Jo dapat banyak sangat pengalaman masa pegang promosi ni.. tapi tersangat berat la nak pikul tugas ni.. tak menang tangan sebab tak cukup kakitangan nak urus.. Kalu dapat promosi dalam TV gak, gembira la Jo tapi yang masalahnya, tak de bajet la nak buat.. hehe. promosi kat lain pun suma kena jimat. tu yang banyak keje dibuat sendiri..hehehe

    Jo&Fatehah

     
  10. Anonymous Says:
  11. tahniah gak jo. Pengalaman sebagai Presiden Persatuan Pelajar Malaysia di Kolej tu dapat sedikit sebanyak pengalaman untuk meneruskan tugas yang diberikan oleh KIAS. Kias caya tu yang bagi tugas penting-penting..

    Ja

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAKLUMAN

Sekiranya display cerita hanya memaparkan satu / dua cerita sahaja, Para tetamu blog boleh menekan topik-topik yang berada di bawah ini untuk tatapan atau bacaan. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

(masalah teknikal display/publishing ini tidak dapat diatasi walaupun pelbagai cara telah dilakukan. Sekiranya mana-mana tetamu blog yang pakar dalam bab ni, bolehlah memberi cadangan penyelesaian melalui kotak borak-borak)

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KELUARGAKU

KELUARGAKU

KAWAN-KAWAN