Tags:

DEMI MASA

KOLEKSI CERITA

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

WE LOVE TOK GURU

BlogMalaysia.com

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

TANGKAP IKAN DI KOLAM

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Thursday, June 11, 2009
Pada 3 Jun 2009 (Rabu) semasa kas bercuti di kampung, aktiviti menangkap ikan di kolam telah dilaksanakan dengan jayanya. Idea, menangkap ikan ni datang dari Mek. Mek lah yang bagi idea kepada anak-anaknya dan menantunya agar pergi tarik pukat di kolam. Akhirnya petang hari tersebut, aktiviti itu dilakukan dengan disertai oleh hampir semua adik beradik.

Gambar di atas ni menunjukkan ikan-ikan yang kas perolehi daripada memancing. Pandai tak? Sebenarnya ikan-ikan tu bukan dari memancing, tapi dari aktiviti menarik pukat di kolam ikan. So, nak bagi nampak gaya memancing, maka kas ambil la gambar sorang-s0rang dengan pancing bersama hasil tangkapan.
Kolam ikan ni terletak di 500meter dari belakang rumah di tanah Kak Ma. Kolam ini terdiri dari kolam besar dan kolam kecil. Di tengah-tengah kolam ni ada dua biji wakaf dan satu pulau. Satu wakaf terletak di atas pulau, dah satu lagi terletak di atas air sebagaimana yang di gambarkan di dalam gambar di atas. Kolam ini dikelilingi dengan pagar bagi tujuan keselamatan agar orang-orang luar tidak mencuri ikan-ikan yang dipelihara di dalam kolam tersebut.
Gambar di atas menunjukkan, hasil-hasil tangkapan yang diperolehi hasil aktiviti menarik pukat di dalam kolam. Banyak ekor jugak dapat.....dan ikan tu besar-besar. Memang meriah dan seronok dengan aktiviti menangkap ikan ni...hampir setahun sekali akan dibuat aktiviti ini apabila semua ahli keluarga berkumpul di kampung.Gambar di atas pula menunjukkan kolam kedua yang terletak 200meter dari kolam yang pertama. Kolam ini pula lebih besar dan ditengahnya terdapat satu pulau dah satu wakaf yang hampir runtuh di mamah usia.


Apabila hasil tangkapan telah diperolehi, maka malamnya makam malam bersama2 dengan ahli keluarga. Lauk pauk adalah terdiri dari ikan yang diperolehi masa aktiviti menarik pukat di kolam. Best tau..makan ramai-ramai.

Kesimpulannya... aktiviti menangkap/memancing/tarik pukat adalah antara aktiviti tahunan yang akan dilaksanakan/dijalankan oleh Keluarga Hussin & Halimah. Aktiviti ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli keluarga, tapi boleh meningkatkan kefahaman dan kemesraan serta keakraban di kalangan ahli keluarga dalam usaha mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia.


Disediakan oleh: Mohd Kasturi

2 Responses to TANGKAP IKAN DI KOLAM

  1. menarik berita yang di edit oleh abg kas. San dok fkr jgk nak masukkan berita ni sblm ni. Tp fikir saje tiga empat hari.. hehehe

     
  2. shamsueri Says:
  3. XPE SAM MEMANG BANYAK MIKIR... tu yang melayakkan jadi profesor...
    kijo prof,pikir3x...
    tapi, hasilnya fuh... power...
    pepn, moga keluarga kita bahagia selamanya...

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN