Tags:

DEMI MASA

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

WE LOVE TOK GURU

BlogMalaysia.com

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

Raya Oh Raya di Acheh

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Tuesday, December 15, 2009
Assalamualaikum.......

Apa kabar semua...maaf kerana telah lama tidak menyiarkan kabar barita dari aceh, sebenarnya akhir-akhir ni sibut sikit, kerana berkejar-kejar untuk siapkan kerja-kerja yang patut kerana semesta ini terpaksa dipercepatkan untuk pembinaan balik hampir keseluruhan bangunan-bangunan tempat belajar ini...

Pepe pun, kali ni ja nak kongsi sambutan Hari Raya Aidil Adha 2009 kat aceh ni..raya kali ni agak meriah sedikit bila dapat merasakan makanan-makanan tradisi Malaysia seperti ketupat,Leman, Rendang Nagori, Rendang Ayam dan macam-macam lagi.
kebanyakan makanan-makanan ini diimpot dari Malaysia hingga hampir satu lori sampai di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda, Aceh sehari sebelum hari raya..Hari raya kali ini juga dihadiri oleh Rombongan daripada PERKIM cawangan Kedah seramai 29 sembilan orang. Makanan-makan tadi disumbang oleh mereka kepada pelajar-pelajar malaysia dan penduduk aceh.

Pada asalnya, hari raya ni hanya mendapat 2 bahagian sahaja dan cukup untuk dua ekor kambing. mungkin faktor mahal mencecah lebih RM500 sehingga ramai yang tak mampu memberi sumbangan. Dua minggu sebelum raya Alhamdullah pihak PERKIM kedah tel akan usaha mencari 12 bahagian dan menghantar rombongan seramai 29 orang.

Ni la bennar yang sempat ja buat untuk majlis hari raya tu..wlaupun tak de laptop, tapi ja terima gak sikit-sikit tempahan mana-mana pertubuhan untuk mengelakkan terlupa apa yang telah ja belajar. Walaupun ringkas kerana terpaksa pg buat di komputer kedai tp Alhamdulillah bennar ni diterima untuk dicetak...


ni la bennar kedua, juga dicetak....

Beginilah persiapan dan suasana hari raya:

Mesyuarat untuk persiapan majlis hari raya, dihadiri lebih 30 orang pada setiap wakil rumah-rumah sewa pelajar Malaysia.

kiri : Ini bukan buah durian seperti yang digambarkan, tetapi buah nangka yang perlu dibelah pada malam hari raya lagi untuk gulai pada keesokannya...kanan : sedang membuang getah yang melekat di tangan...


pada malam raya tu, sempat lagi la kami bakar leman di tepi rumah, akan tetapi ja tak tahu dimana dan sempat masak ke laman tu sebab jangka masak waktu pagi raya, ja lak terpasa membuat tugas lain.

beginilah suasana pada waktu malam, kumpulan dikir barat sedang membuat latihan terakhir sebelum persembahan, walaupun peralatan tidak lengkap namun budaya kel tetap unggul bukan sahaja di seluruh malaysia tetapi luar negara....keahlian paling ramai dari kel, dan dibantu sebagai juru melaung dari perak, trenganu, johor, N9, dan beberapa negeri lagi.


Ja dan kawan-kawan sempat bergambar selepas solat sunat hari raya..



Penyambut tetamu yang setia menanti dengan pakaian melayu malaysia.



antara tetamu dari Malaysia dan Aceh sedang asyik mendengar ucapan dari Imam kampung, Kepala Kampung(ketua kampung) Wakil PERKIM Kedah dan YDP Persatuan Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Aceh. lebih 400 penduduk kampung yang hadir.

Ni la persembahan Dikir barat yang memegumkan penduduk aceh dan wakil PERKIM dari Malaysia. lagu yang berjudul RINDUNYA OH MALAYSIAKU dan ADIK-ADIK BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH (lagu ni khas untuk anak-anak yatim), Manakala Nasyid lak dibarisi kumpulan nasyid Malaysia yang pernah memasuki peringka akhir pertandingan nasyid peringkat aceh.

Bergambar beramai-ramai sebelum rombongan dari PERKIM seramai 29 orang bertolak balik dan pergi berjalan-jalan ke tempat lain.



Disediakan Oleh :
Mohd Faizal bin Hussin

3 Responses to Raya Oh Raya di Acheh

  1. Jo&Fatehah Says:
  2. seronoknya majlis kat sana.. tak puas tengok kat gambar2 ni...memang menarik sangat duk di aceh..:-)

     
  3. wow..macam2 aktiviti di Acheh semasa sambutan raya. Meriah tu, setidak2nya terubat rindu ja di kampung dengan sambutan raya yang meriah di sana.

     
  4. shamsuri Says:
  5. bestnye raya kat cne...
    baguslah ja teruskan kemahiran yg kreatif kat sana... siap bleh buat banner lagi...
    pepn, tahniah...

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN