Pada 5 - 9/4/2010, Kas sekali lagi kena pergi berkursus di AKMAL, Melaka. Kas pergi ke sana untuk mengikuti Kursus Kajian Impak selama seminggu. Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan para peserta dengan ilmu-ilmu dan pengetahuan serta kemahiran untuk membuat kajian impak ke atas setiap dasar/program yang dijalankan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Kursus ini dilaksanakan dengan aktiviti kuliah dan aktiviti kumpulan. Aktiviti kuliah disampaikan oleh seorang penceramah dari pihak MAMPU, dan penceramah dari orang-orang HQ bahagian Korporat. Teori-teori asas diajar dan format kajian didedahkan kepada para peserta agar para peserta dapat melakukan kajian impak dengan berkualiti dan berkesan.
Selepas kuliah diberi dalam dua hari. Maka aktiviti membuat kajian secara berkumpulan dilaksanakan. Selepas kajian selesai dibuat, maka setiap kumpulan perlu membentangkan hasil-hasil tugasan di depan semua orang. Oleh kerana di dalam kumpulan kas ada yang memiliki kelulusan master, maka tugasan tersebut dapat disiapkan dengan jayanya dan dibentangkan oleh mereka yang memiliki kelulusan master.
Sekembali peserta-peserta kursus di pejabat masing-masing dengan membawa satu tugas dan bebanan yang besar iaitu dipertanggungjawabkan melaksanakan kajian impak di peringkat stesen/negeri masing-masing. Kajin impak dan kajian semula ini perlu dibuat bagi memenuhi kehendak Sistem Star Rating (SSR).
Gambar di atas ni merupakan kumpulan yang kas sertai. Kumpulan ini ditugaskan untuk membuat kajian keberkesanan SSR ke atas prestasi JKDM.
Sekian.
Disediakan oleh:
Kas (13/4/2010)
0 Responses to Kajian Impak + Kajian Semula = Impak Maksima