Kami mohon maaf sebab baru tergerak hati nak berkongsi dan menulis kat blog keluarga. Sila tunjuk ajar ya...Pada 12hb yang lalu kami berkesempatan hadir 2 kenduri sebenarnya. Selepas Abg Saipu buat medical check-up tahunan di klinik Fong, Chaileng Park, kami terus ke kenduri di Batu Kurau Perak. Rumah kawan lama di tempat kerja, Zaharimi Tajeidri. Hampir 10 tahun tak jumpa. Sekarang dia dah kerja kat BASF, Gebeng, Pahang.
Jam 11:30 kami dah sampai tapi orang kampong dah ramai yang dok menjamu selera. Ni la suasana yang sempat dirakamkan.
Geng-geng tukang masak tengah berehat sambil menjamu selera.
Lauk-pauk yang di masak
Ok setakat ni dulu ya....
Ikhlas dari kami sekeluarga, Penaga, Pulau Pinang.
Sedapnya gulai malaysia..mengidam lak nak rasa nak makan...hu3..
ja
kita tunggu majlis Ja plak..
so kena bersungguh2 la kat sana bagi cepat abis belajar... balik2 Malaysia boleh buat majlis terus.
from: kas & za
tahniah kat abg saipu krn berjaya kongsi ceritta kat penang...
pepn, kita akan cuba support & buat yg terbaik untuk kenduri ja nanti...
bawa naik lebu keliling kampung...
baru gempak...
shamsueri@melaka
bila hari kawin dah segan la makan banyak... sebab orang duk tengok.... insyallah ja kat sini tinggal 2 subjek je lagi. pastu tinggal buat skripsi dan kursus wajib selama 45 hari..
Ja
konvo bulan brapa dah...?
shamsueri@melaka
Best gak tu pi sbrang. Leh pekena nasi padang puas2. Kat sini mahal sangat. Pecal lele pun dah lama tak makan.
Kendri Ja mesti special punya. Kambing golek ada kot?
Siifu
betul2, penutup ni mesti mantap..