Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana dah lama tak berkongsi cerita dengan ahli keluarga dan pelayar web ibnuhussin.com.
Untuk makluman semua, saya telah menetap di Melaka selama seminggu dan InsyaAllah terus menetap di sini sehingga habis cuti sekolah kerana Isteri Tersayang (Suhana/Kak Sue) menghadiri kursus Induksi (urusan gomen). Oleh kerana tempoh menetap di Melaka agak lama, maka kami tumpang di rumah sepupu Kak Sue (Ijan - Bujang Lagi) kat Taman Bukit Beruang, Air Keroh, Melaka.
\
Maka bermula hidup saya sebagai babysitter. Bangun pagi, hantar Isteri ke Maktab Perempuan Melayu Melaka (10min dr rumah), balik mandikan anak (Harith, Fahmy & Naufal), sediakan breakfast... basuh baju... jemur baju... berehat... kul 2ptg-4.00ptg, bawa anak jalan2 kat maidin ke... giant ke... jusco ke... tesco ke... (mcm2 pasaraya kat cni)... kul 4.30ptg, ambil isteri kat Maktab. Pastu bawa bwa ke taman permainan... 7.00ptg, blik umah... berehat... tdo.... itulah rutin seharian.
InsyaAllah, kalau tak ada masalah, Kak Sue dijangka masuk ke sekolah daerah Maran hujung bulan jun/awal jul 2010. Tapi, kalau nama tak tersenarai juga, paling lambat posting jan 2011. Alamtnya cuti panjanglah nanti...
Berbalik pasat tajuk cite ni...
WARNA TEMA BAJU RAYA IDULFITRI 2010...
Walaupun Raya masih lambat lagi, ada baiknye kalau kita buat perancangan awal (taklah mendahului persiapan ibadah puasa) bagi memudahkan ahli keluarga lain membuat perancangan awal.
Kalau takde masalah, kita pelan tema warna yang sama, cuma corak & rekabentuk berdasarkan kreativiti keluarga masing-masing.
Oleh itu, ahli keluarga semua dicadangkan agar memberi idea dan akhirnya mendapat kata putus berdasarkan perbincangan dalam blog ni.
So, Warna apa kita nak jadikan tema tahun ni...?
disediakan oleh:
Tahun Lepas warna apa ye...?
Tahun ni abg raya kt Kg Kelate...
shamsueri
Tema terpulang la. kami minta maaf sbb kak Ma dah beli kain utk raya masa offer kat Alamoda SP akhir April lepas.
Kak Ma kata kalau nak warna ungu mungkin boleh sbb bnyk kain yg warna ungu dia beli. nak start jahit seminggu dua lagi. Sblm tmpahan orang lain mai. Tak mau last minute cam tahun lepas dah.
Dok Melaka? Tak pi muktamar la....Tak pa berkorban utk isteria dan keluarga.
Siifu
Asalnye memang jadi perwakilan...
tup2 ada masalah sikit...
tup2 tersenarai nama wartawan media utk pahangkini.net...
tup2 jadual berubah sbb nk kene jadi babysitter...
terpaksa korbankan semua...
muktamar tahun ni tiada pemilihan... so, tak dpt g tak terkedu sangat...
pasal baju tu...
ok gak colour unggu...
tapi kita dengar pendapat yg lain plak...
shamsueri@melaka
he3 kalu baju aceh warna ungu pun cantik gak ni..hi3..
ja
jo...? sam...? kas...? abg kamir...? tup2... klu sapa dpt kontek midah ok x...?
SHAMSUERI@MELAKA
ehem ehem.. serok tekok nak kecek ni sebab tok lekat pejabat loni duk kulu kilir 3,4 hari ni.. bagi Jo, ok jugak warna ungu. Jo pun dah nak beli ni baju terdekat ni.. terutamanya kat fatehah sebab kebanyakan baju dah tak boleh pakai dah. baisala, satu baju nak masuk dua org. baru beli sehelai je baju mengandung. jadi nk g beli terdekat ni boleh stnby utk pakai raya nanti terus.. Jo setuju la warna ungu kalu yang lain ok..:-)
faizul&fatehah
Warna unggu ke? kas ok je..line clear.
kas & za
abang dh bli kat first laddy semlm...
RM59.50 SEPASANG...
murah sangat...
tahun lepas, beli kain rm60... upah jahit rm80.00...
=RM140.00 sepasang... ni... kain ok... design terkini... memang puas hati...
shamsueri@melaka
Abe syam memang mantap. Boleh dicontohi. ttg warna tema tu menarik, san setuju warna unggu.