Tags:

DEMI MASA

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

WE LOVE TOK GURU

BlogMalaysia.com

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

Alhamdulillah, Gerak Kerja Pembukaan Kedai Baru Sedang Giat Dijalankan

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Saturday, July 10, 2010
Alhamdulillah, selepas beberapa prosidur yang San lalui. Akhirnya dapat juga San melancarkan empayer niaga san dan rakan niaga San (Seorg sahabat OKU).  Bayangkan hanya ada 10 Lot kedai, dan sangat ramai pelajar yag masuk tender termasuklah mereka wakil dari persatuan, kolej, perkongsian dan individu. Pelbagai tapisan demi tapisan dibuat oleh pihak pentakbir UTM. Alhamdulillah, akhirnya San dan sahabat berjaya bersaing.

Sedikit San ingin berkongsi latar belakang perniagaan san. Syarikat asal San yang telah awal berdaftar diberi nama Microsystem Embroidery Enterprise dan Sahabat San (Ruzimi mrupakan seorg OKU) memiliki syarikat sendiri bernama IMI Creative Enterprise. Mulanya kami berminat memasuki tender dgn pihak UTM dan kami menghantar proposal dan bentangkan. Selepas perbincangan dibuat, atas cadangan pihak UTM, menghendakki kami bergabung menjadi sebuah syarikat. Atas permintaan tersebut, kami berbincang, dan hasil persepakatan kami mewujudkan suatu syarikat baru bernama Embroidery Technology Enterprise. Kami membuat proposal baru, dan kertas kerja kami diterima sebulat suara oleh pihak UTM. Alhamdulillah.

Sekarang ni, San sedang giat menyusun ruangan kedai. Alhamdulillah, syarikat San dapat bekerjasama dengan pihak Eppal untuk membuat kelas jahitran berkala di dalam UTM ni. Dan pelbagai lagi peluang peniagaan yang telah San dan kawan niaga rancang. Berikut benner yang akan kami naikkan dalam UTM ni:-


InsyaAllah, kami akan mula beoperasi sepenuhnya pertengahan bulan 7 ini. Semua modal San setakat ni menggunakan modal sendiri dan dipinjam dari ahli keluarga. San megalu-alukan sebarang pelaburan adik beradik, pulangan yang setimpalnya akan diberi ketika bayaran balik. insyaAllah peluang perniagaan disini sangat luas.

Sedikit san perkenalkan rakan kongsi san. Mungking adik beradik ingin tahu. Ketika cadangan pertama San usulkan hajat ini pada Ayah, Syarat pertama yang Ayah bagi adalah jangan berkongsi berniaga. Selepas cadangan untuk berkongsi dikemukan oleh pihak UTM. San perkenalkan rakan kongsi kepada Ayah. Memang selepas dicerita Ayah kenal orangnya dan pernah datang kerumah beberapa kali. Selepas itu ayah galakkan untuk berkongsi niaga dengannya. Namanya Ruzimi Bin Mohamad@Mohamed. Dia merupakan seorang OKU dan sekarang megambil pengajian peringkat Serjana(Master) dalam Keusahawanan Teknologi Maklumat di UTM. Tahun akhir. Asal Kota Bharu. Sangat bijak dalam bidang pengurusan, perancangan, dan lain-lain. Beberapa program peringkat universiti dan national dimana dia menjadi pengerusi program termasuk program Deligasi Akademik dari UTM ke Shang Hai ke China menjadi Pengarah program. Maka ia bukan calang-calang orang walaupun hanya memiliki tangan kanan untuk bergerak. Dibaawah sedikit gambar beliau yang merupakan rakan kongsi perniagaan San ini.

Alhamdulillah, setiap orang Allah kurniakan kelebihan masing-masing. Dengan gabungan ideal, gerak kerja, perancangan, pengurusan San dan Ruzimi akan menjadikan perniagaan ini berkembang maju dan menjadi suatu rangkaian niaga bumi putra yang bersaing di masa hadapan. Serta salah satu penjana ekonomi umat islam san suntikan modal untuk perjuangan Islam. InsyaAllah.

Gambar kedai akan san upload di lain waktu.. Kerana sekarang ni masih berselerak lg..=)

Daripada:-
Hafsan & (Disokong, pemberi semangat isteri kesayanganku Ashiah)
Rakan niaga (Ruzimi)

3 Responses to Alhamdulillah, Gerak Kerja Pembukaan Kedai Baru Sedang Giat Dijalankan

  1. Anonymous Says:
  2. Tahniah buat san dan rakan kongsi.
    Semoga berjaya di dalam bidang yang diceburi.

    Good LUck

    from Kas & za

     
  3. Anonymous Says:
  4. Tahniah....

    Syukur akhirnya San berjaya buka kedai ssebagaimana yg diimpikan. Jadikan pengalaman lampau sebagai semapdan. Semoga gigih berusaha untuk kejayaan mendatang.

    Ikhlas dari Penang.

     
  5. Anonymous Says:
  6. TAHNIAH...
    Semoga kejayaan sam akan menjadi peransang kepada adik beradik yang lain...
    kami sekeluarga sentiasa memberi sokongan...
    9/10 hasil datang dari dunia perniagaan...
    9/10 juga manusia tewas dalam dunia perniagaan...
    9/10 hasil perniagaan disalahgunakan...
    9/10 berlaku penipuan dan penyelewengan dalam dunia perniagaan...

    Semoga Allah merahmati kita semua...
    Good Luck...

    Shamsueri Al-Chenory...

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN