Assalamualaikum w.b.t.
Saya nak kongsi sedikit cerita semasa berlaku PRK Dun Galas. Walaupun berlaku kekalahan dalam Parti islam dalam memartabatkan Islam sebagai AdDin di Tanah Melayu, semangat juang para pejuang tetap teguh malah semakin meningkat dengan pelbagai perancangan dan strategi baru.
30 Nov 2010, saya mengetui 15 petugas Jentera Pilihanraya Parlimen Maran. Kami bertolak dari pejabat Pas Kawasan jam 10pg. Yang tengah tu Pemangku YDP Pas Kawasan Maran.
Petugas Maran & Negeri Pahang diletakkan di UPU Lepan Jaya/Tupai. Alhamdulillah hampir 50 orang petugas dari Pas Negeri Pahang.
Dengan tak "semene2" , saya telah dilantik beberapa jawatan yang tak pernah diminta. antara jawatan yang diamanahkan ialah KETUA PENYELARAS PEMUDA PAS PAHANG, KETUA ICT PAS PAHANG & KETUA KESELAMATAN PEMUDA. Maka bermulalah mesyuarat sehingga 5x sehari. Pelbagai aktiviti dirancang dan dilaksana dengan bantuan YB Permatang Pasir & Pemuda Pasir Mas.
Antara aktiviti pemuda yg diketuai oleh saya n the geng iailah perlawanan Takraw antara pemuda Ladang Chin Tek. Banyak pengalaman ditimba dalam PRK Galas. Apa yang pasti, mengharap agar Allah berkati usaha yang sedikit ini.
Sempat ambil gambar Tuang Guru & Calon YB PAS Dr Zul semasa lawatan ke UPU Lepan Jaya hari pembuangan undi.
Walaupun atas kertas, PAS mengalami kekalahan teruk, tetapi dalam perjuangan Islam, tiada Istilah kalah. Allah telah janjikan Syurga kepada orang2 Islam yang memperjuangkan agamanya. Bersama2lah dengan Jemaah PAS, kerana Islam adalah asas perjuangan.
Islam Adil Untuk Semua
InsyaAllah... ISLAM pasti menang.
Nampaknya, Keluarga Hussin & Halimah bakal melahirkan YB pada masa akan datang... InsyaAllah.
Tahniah!!!
from.
Kas