Tags:

DEMI MASA

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

WE LOVE TOK GURU

BlogMalaysia.com

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

Sambutan hari keluarga - Keluarga Kak Sue

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Saturday, November 13, 2010
 Asslamualaikum w.b.t.
Sempena dengan cuti sekolah ujung minggu, saya bersama keluarga menyertai Sambutan Hari Keluarga belah mertua yang diadakan di Resort, Pengkalan Balak, Melaka. Program bermula 12 - 13 Nov 2010.
 Pada peringkat awal, adik beradik Kak Sue (my wife) ingin berkumpul di Puncak Alam dan bertolak pagi  13/11/2010  secara serentak. Oleh kerana saya sekeluarga menggunakan kereta "terpower", maka saya mengambil keputusan untuk tidak joint komboi beramai2. Kalau ikut, kami mesti makan asap free.
 Saya sekeluarga bertolak malam sebelum program dan sampai di Pengkalan balak jam 3.30pg. Maka kami sekeluarga membuka khemah untuk berehat di Tepi pantai. Alhamdulillah, nyaman udara di sini dan best tidur dalam khemah bersama keluarga.
 Majlis Hari keluarga bermula jam 4ptg. Aktiviti pertama adalah sukan untuk kanak2. Selepa itu baru disusuli dengan sukaneka orang dewasa dan berkeluarga.
 Pelbagai juadah makanan disediakan oleh bibik2 dan isteri2 yang solehah. Semoga Allah memberkati dan membalas mereka dengan ganjaran pahalan yang berganda2.
 Yang muslimin sibuk dengan mandi manda & lowyer sorang ni jek yang nak memancing.
 Pelbagai hadiah disediakan oleh ahli keluarga yang ditugaskan. Abg Ngah bahagian penempatan. Abg Esa bahagian makanan. Abg Teh bahagian aktiviti. Wardah (Keluarga peguam) bahagian hadiah. Abg Long, bahagian pemantauan. MyFamily... penyertaan semata2... sebab dok tempat yg paling jauh & berekonomi paling sederhana. Takpelah, moga tinggi di sisi Allah di dunia dan akhirat.
Program ini akan dilaksanakan setiap tahun dengan tujuan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara adik beradik, ipar, dan anak2. Semoga Allah letakkan keluarga ini di kalangan keluarga yang mempertahankan kesucian Islam serta berjuang agama Allah dalam bentuk perjuangan yang terpilih.

Semoga sedikit cerita ini dapat manambahkan idea kepada kita untuk laksanakan di peringkat keluarga masing2.


Ikhlas,
Shamsueri Sekeluarga
Melaka

0 Responses to Sambutan hari keluarga - Keluarga Kak Sue

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN