Tags:

DEMI MASA

AYAHANDA

AYAHANDA
HUSSIN BIN OMAR

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

ANAK BERANAK


WE LOVE TOK GURU

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

Cerita Sepanjang Kuliah Pengabdian Masyarakat KPM (1)

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Monday, November 15, 2010
        Assalamualaikum wth. wbr. kepada semua keluarga dan pembaca blog keluarga ini. Sebelum tu ja nak memohon maaf kerana telah lama tidak mengkhabarkan berita dari Aceh ini. Untuk pengetahuan keluarga, sekarang ja sedang menjalani proses terakhir untuk mendapat segulung Ijazah.

       Ringkasnya, dan berita pun ringkas sedikit ja nak kongsi cerita pengalaman ja sepanjang berada di tempat Kuliah Pengabdian Masyarakat selama 45 hari walaupun tak habis lagi. KPM ini wajib kepada pelajar IAIN pada semestar terakhir untuk menamatkan Ijazah dan akan dihantar ke tempat yang ditetapkan untuk berkhidmat kepada masyarakat. Maka bermula la ceritanya...

Beginilah suasana bermula jam 8.00 pagi semua peserta yang terpilih seramai 215 orang pada gelombang ja ikut berkumpul sebelum bertolak dengan L300 lebih 20buah. L300 adalah pengangkutan jarak sederhana yang biasa digunakan di Aceh. Jarak dekat dipanggil labi dan jarak jauh Bus dan Kapal Terbang.


 Setelah 4 jam ja sampai ke PD Jaya dari Aceh Besar, selepas taklimat ja dan kw2 diangkut lagi dengan menaiki Toyota untuk di hantar ke kampung2... best juga naik ni. Mujur ja antara kampung yang sederhana jauh berbanding yang lain. Ada sampai tidak dapat dilalui oleh kereta dan tidak ada talian tel dan eletrik.

Inilah tempat tingal ja.. walaupun sederhana tapi agak selesa dengan suasana kampung dan tuan rumah yang mesra sehingga tidak rasa asing di situ. cabaran ja paling besar ada komunikasi dengan ibu (tuan rumah) dan peserta lain kerana menggunakan bahasa Aceh.

Cam biasa kat rumah ni masih menggunakan dapur kayu dan dapur minyak tanah untuk memasak, di atas ibu dan peserta KPM yang membantu untuk menyediakan makanan. Selain itu, kawasan ini juga jarang sekali rumah yang ada air paip termasuk rumah ja. Tapi best juga mandi air telaga, sejuk dan memuaskan.
Ni Kawan sekumpulan yang lelaki, dari kiri Ja, Faisal dan Safrawi, suma orang aceh, ja je orang malaysia.
Dan ni pulak yang permpuan, nama Fauziah dan Irmayani, kedua-dua pun orang Aceh juga.

Hari mula-mula ni membuat hubungan silaturrahim dengan penduduk kampung, dengan penghulu kampung (pak Kecik), ketua pemuda kampung, setiausaha dan semua yang berkenaan termasuk tempat pengajian.

Pertemuan dengan anak-anak kampung untuk perkenalan dan merancang apa yang akan dilakukan sepanjang berada di Kampung itu (Kampung Daboih) dan membantu dari segi pengajian dan apa-apa yang patut.

        Setakat ini dulu secara ringkas kerana tak sempat ja nak susun berita supaya lebih teratur...untuk mengelakkan terlalu panjang sebab 45 hari ... maka ja letak pecah-pecahkan berita dari siri ke siri lain. termasuk aktiviti untuk masyarakat, adab-adab Aceh, dan aktiviti dengan keluraga angkat seperti memancing, tanam padi, ambil buah belinjo untuk dibuat kerepok, memproses kelapa untuk dijadikan minyak,buah kuih raya dan macam2 lagi...
Sekian....


Faizal

3 Responses to Cerita Sepanjang Kuliah Pengabdian Masyarakat KPM (1)

  1. MaranDaily Says:
  2. Alhamdulillah ja...
    teruskan usaha dan timba pengalamn sebanyak mungkin...
    kalau di lihat dalam gambar... dari segi kemajuan dunia... jauh kat sana agak ketinggalan... walau bagaimanapun, mungkin ilmu agamanya lebih tinggi dengan melahirkan pejuang2 Islam yang powerfull...

    shamsueri sekeluarga

     
  3. Anonymous Says:
  4. Salam,

    Tahniah & buat yg terbaik.
    Rindu rasanya tengok gambo dapur kayu & didnding buluh tu. Tapi kami dulu kurang tang TV je la...1980an baru ada V kat rumah.


    Siifu

     
  5. Anonymous Says:
  6. 5 Petua Lahir Anak Soleh

    Allah SWT berfirman dalam surah ar-Rum ayat 30 yang bermaksud: “(Tetaplah atas) fitrah Allah yang menciptakan manusia menurut fitrah itu. (Hukum-hukum) ciptaan Allah tidak dapat diubah. Itulah agama yang benar. Tapi sebahagian besar manusia tidak mengetahui.”

    Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah : “Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, “setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya yang menjadikannya seorang Yahudi atau Nasrani atau Majusi.”

    Sebenarnya, setiap manusia yang lahir ke dunia dalam keadaan suci bersih dan yang membentuknya menjadi baik atau buruk adalah kedua ibu bapanya sama ada secara langsung atau tidak Namun,
    mjmashie: sebelum mahu membentuk anak menjadi salih, ibu atau bapa hendaklah berusaha menjadi ibu yang salihah dan bapa yang salih

    pertama, perlu kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT

    Kedua, banyakkan memohon kepada Allah SWT dengan menggunakan doa yang ma’thur iaitu doa daripada al-Quran atau Hadis.

    Antaranya doa terbaik yang dipetik daripada al-Quran iaitu ayat 38 surah ali-Imran

    Ketiga, suami isteri perlu hindarkan diri daripada sering bertengkar

    Keempat, jauhi daripada melakukan perkara fasik atau maksiat

    Kelima, banyakkan membaca al-Quran ketika mengandung
    Sebaik-baiknya, baca sehingga khatam

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAKLUMAN

Sekiranya display cerita hanya memaparkan satu / dua cerita sahaja, Para tetamu blog boleh menekan topik-topik yang berada di bawah ini untuk tatapan atau bacaan. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

(masalah teknikal display/publishing ini tidak dapat diatasi walaupun pelbagai cara telah dilakukan. Sekiranya mana-mana tetamu blog yang pakar dalam bab ni, bolehlah memberi cadangan penyelesaian melalui kotak borak-borak)

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KELUARGAKU

KELUARGAKU

KAWAN-KAWAN