Tags:

DEMI MASA

AYAHANDA

AYAHANDA
HUSSIN BIN OMAR

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

ANAK BERANAK


WE LOVE TOK GURU

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

الله اكبر الله اكبر الله اكبر

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Saturday, November 27, 2010
Assalamualaikum wrt. Kepada semua pembaca blog keluarga ini dan rasanya masih tidak terlewat untuk Ja mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada keluarga dan semua yang membaca berita ini, Maaf Zahir dan Batin.

    Sebelum berita sambutan hari raya keluarga menyusul, kali ini, ja ingin berkonsi berita selama lebaran di perantauan campur dalam praktikal Kuliah Pengabdian Masyarakat (KPM) di Aceh. Pada asalnya kebanyak anak Aceh pulang ke kampung untuk lebaran, tetapi dibatalkan kerana tinggal ja seorang kat rumah keluarga angkat dan akhirnya semua membuat keputusan berhari raya di tempat Praktikal. Maka hari raya pertama agak meriah sedikt, cuma hari hara kedua dan ketiga sahaj tinggal Ja sorang di rumah sebagai suri rumah, yang lain semua pulang selama 3 hari 2 malam. Seperti biasa, berita raya ini kebanyakan bermula dengan berita membuat kek raya.

MEMBUAT KUIH RAYA
Maka bermulalah membuat kuih raya, lebih 5 jenis kuih yang dapat dibuat.
Kuih Kepik
 
Begitulah bahan-bahan kuih kepik yang dibuat ramai-ramai bersama di rumah keluarga angkat.
 
Selepas sehari maka siaplah kuih kepik ini

Kuih Bawang
Menggunakan alat yang khusus untuk memastikan adunannya nipis dan rangut apabila dimakan.

Kuih Ketimpang (kuih tradisional Aceh)
 Sebelah kanan, anak-anak aceh sedang membuat bahan untuk dijadikan ketimpang dan ja tolong bungkus sebelum di kukus. Kuih ini boleh dikatakan wajib ada setiap kali raya dan tidak lengkap jika tidak ada kuih ini. Ketika jalan rumah ke rumah, kuih ketimpang kebiasaan ada di hidangkan untuk tetamu.

Kek Milo dan Kuih Milo

Di sebelah kiri, sedang membuat kek milo dan sebelah kuih milo dan beberapa jenis kek lain. Tidak ada dalam gambar adalah Maruku dan Kacang Tepung.


MEMBELI DAGING DI PASAR PAGI
  

Ja dan Bapak (tuan rumah) turun seawal selepas subuh untuk mengelakkan daging habis kerana di Aceh susah untuk mendapatkan daging dan jarang dijual pada hari biasa mungkin kerana mahal, hampir RM40/kg. Waktu ja sampai, kebanyakan tulang kaki telah ditempah dari awal oleh orang. Mungkin ditempat sebelum sembelih lagi..
  

Inilah antara panorama yang menarik yang sempat Ja rakamkan ketika membeli. Dikeranakan ja antara anak paling rapat, kebiasan Bapak sering ajak ja untuk kemana-mana termasuk ke pasar, kenduri, kebun dan lain-lain.

HARI MAGAM.
    Kebiasaan adab orang aceh, sehari sebelum hari raya dibuat hari magam iaitu hari untuk membeli daging dan makanan lain untuk dimakan bersama ahli keluarga. Kebiasan hari ini makanan lebih banyak dan lebih enak dari biasa.


             Ja yang sedang membasuh daging untuk dimasak dan kanan akhirnya dapatla makan sup tulang, gulai daging dll. Di sini daging merupakan makanan istemewa kerana kebanyakan masyarakat hanya makan daging dua tahun sekali sahaja (2hari raya) kecuali ada waktu majlis pernikahan yang menyediakan masakan daging.

TAKBIR KELILING



Pada malam sebelum raya, masyarakat di Aceh kebiasaan membuat takbir keliling. Pada mulanya selepas solat Isyak, penduduk akan bergabung dan bekumpul beramai-ramai, dan beberapa kenderaan seperti Toyota disediakan untuk pengangkutan. Selepas itu, penduduk akan bertakbir raya beramai-ramai sambil mengelilingi kampung sekitar  sehingga jam 11 malam. Suasana malam begitu beriah. Cuma ja je tidak sempat nak mengikutinya kerana tidak ada kenderaan untuk keluar ke tampat berkumpul. Maka tak sempat la nak lihat..hu

MAKA TIBA LA HARI RAYA.


Solat hari raya di Masjid berdekatan.

  Mujurla kebetulan di kampung itu ada buat korban 3 ekor lembu Maka anak-anak KPM di jemput untuk membantu orang kampung.
 

Beginilah suasana anak-anak mik (kanak-kanak) dan orang kampung yang datang berhari raya ke rumah tempat tinggal ja.

    Bak kata orang, semeriah mana pun raya di perantauan, tidak akan sama  raya di kampung halaman bersama Keluarga. Dan terakhirnya ja ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga angkat ja di Desa Daboih yang melayan kami seperti anak sendiri.. Sekian…


Disediakan Oleh:
Mohd Faizal

3 Responses to الله اكبر الله اكبر الله اكبر

  1. ibnuhussin Says:
  2. Alhamdulillah... sungguh meriah suasana raya di sana...
    walau di mana kita berada...
    hari raya tetap disambur dengan meriah...
    cuma... kekadang kita bersama keluarga tersayang...
    kekadang kita perlu berpisah untuk sementara waktu...
    yang penting keredhaan Allah dalam semua keadaan...
    Semoga Ja tabah berada di perantauan...

    shamsueri sekeluarga

     
  3. Anonymous Says:
  4. Alhamdulillah....meriah hari raya ja di sana walaupun jauh di perantauan. Semoga terus mendapat ilmu-ilmu dan pengalaman di sana
    ~kas~

     
  5. Alhamdulillah, tahniah Ja krn dah berjaya buktikan yg terbaik.. Ahli keluarga di kg menanti kepulangan Ja disana.

    hafsan, Ashiah dan little mujahidah

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAKLUMAN

Sekiranya display cerita hanya memaparkan satu / dua cerita sahaja, Para tetamu blog boleh menekan topik-topik yang berada di bawah ini untuk tatapan atau bacaan. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

(masalah teknikal display/publishing ini tidak dapat diatasi walaupun pelbagai cara telah dilakukan. Sekiranya mana-mana tetamu blog yang pakar dalam bab ni, bolehlah memberi cadangan penyelesaian melalui kotak borak-borak)

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KELUARGAKU

KELUARGAKU

KAWAN-KAWAN