Tags:

DEMI MASA

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

WE LOVE TOK GURU

BlogMalaysia.com

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

ABANG KAMIL PUNYA CERITA

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Tuesday, January 12, 2010
Sudah terlalu lama abg kamil tidak memasukkan berita keluarga ni.. Mungkin sebab masalah internet kat rumah abg kamil tak masukkan lagi dan tambah pulak jo yang biasa tolong masukkan pun kesibukan dengan kerja dan final exam semester lepas hingga mengehadkan untuk jo membantu abg kamil menyiarkan beritanya. Walaubagaimana pun, abg kamil tetap bersedia dengan beritanya tersendiri setiap masa kerana ingin joint sekali dalam perkongsian maklumat keluarga dalam blog ini sebagai alat penghubung.

pertamanya abg kamil nak cerita hal anak-anak dulu sebab kerenah anak anak ni mmg tak penah sunyi kat rumah ni. bak kata, anak ni la yang jadi penghias suka duka kehidupan keluarga. sebelum ni lepas kakak (hafizah) mula memasuki sekolah rendah, kali ni giliran angah pulak yang 'berkonvo' di tadikanya untuk melangkah ke alam persekolah rendah. macam kita la, tamat sek rndah nak ke sekolah menengah dan seterusnya. sempatla abg kamil n k.yatie merakam saat-saat indah angah (farizah) berkonvo...
Ni la angah yang bergaya dengan baju konvonya..dan penerimaan penamatan belajar



ni plak gmbr di tebi banner dan persembahan yang dipersembahkan sempena majlis 'konvo'




Maka tamatlah angah belajar di tadika dan lepas tu angah mula bertukar suasana untuk mendaftar di sekolah rendah. Angah pergi mendaftar bersama dengan pelajar pelajar lain di sekolah kebangsaan bukit durian. dari baju biru tadika kepada baju putih di sekolah rendah. dari kawan yang terhad kepada ramai kawan. Itulah yang angah lalui... Pendaftaran sekolah pun bermula...

Sempat lagi bergaya dengan baju baru sebelum pergi sekolah. baju pun berbau kedai lagi..hehe


Begitula ceritanya hal angah ni. Tinggallah acik (infazah ) sorang-sorang di tadika lagi yang kena memujuk la sebab takda 'gu' nak pergi sekolah.

Lepas tu, abg kamil nak kongsi sedikit gmbr yang raya haji lepas bila tahun ni beraya kat perak. dah lama tak balik jadi raya haji lepas a.kamil rancang untuk balik kesana walaupun pagi hari raya baru bertolak pergi sebab nak urus tempahan ayam sehari sebelum raya...


Ni la suasana raya kat sana yang lain sikit bila kat sini sawah padi jadi perhiasan halaman rumah.. budak-budak pun teruja bila dah lama tak balik ke sini...

Akhir sekali, sebelum cerita abg kamil tamat, abg nak selit satu cerita yang jarang diceritakan dan diberitakan dalam mana-mana warta berita samaada yang sensasi atau tak.. iaitu, cerita tentang sang kambing abg kamil yang beli dulu seekor. sebab ada seekor je, abg pun pelihara la dulu smbil-smbil jual. tapi dlm diam2 kmbing tu plak jatuh hati kat kmbing jiran yang duk lepas untuk pergi ngorat. akhir-akhir, kmbing tu sekrang dh beranak sekor.. hehe. tengok la gaya kmbing ni..ish3x... 'moralnya' jangan duk tiru..kuikuikui..hehehe

nila dia kambingnya.. sebelah kanan plak ank kmbing yang hensem sekali..:-)

Tamat la ceritanya...

Disediakan Oleh:

Cerita Asal & Juru kamera:
Abg Kamil n Kak yati

Jong Cerito mula:
Jo&Fatehah

3 Responses to ABANG KAMIL PUNYA CERITA

  1. ganah2...siap ada jong cerito, cerita asal dan juru kamera lagi tu.
    Apa2pun thanks coz kongsi2 cite ni dalam upload. Kalu leh suruh abe kamir tu bagi maklumat banyak2 and selalu2 upload dalam blog ni..

     
  2. Jo & Fatehah Says:
  3. Tula... tak pasal2 jo kena jadi reporter..hehehe.. bnyk gk masa tu a.kmel bagi tapi gak tok dang sokmo..

     
  4. baguih2 byk cite... pepn tahniah kpd keluarga abg kamir krn sudi berkongsi cerita kat cni...
    insyaallah jo bleh jadi wartawan keluarga kalau selalu menulis...

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN