Tags:

DEMI MASA

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

WE LOVE TOK GURU

BlogMalaysia.com

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

2HARI 1MALAM DI KOLAM AIR PANAS ULU LEGONG PERAK

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Friday, March 19, 2010

Pada 13/3/2010 selepas majlis perkahwinan Hafsan di Perlis. Rombongan ahli keluarga dan saudara mara telah bercadang untuk berkhelah dan beristirehat di Kolam Air Panas Ulu Legong, Perak. Dari Perlis, ahli keluarga berhenti rehat di R&R Gurun, sebaik tiba di perhentian gurun, kereta Abg Kamir telah mengalami masalah yang akhirnya terpaksa di tarik oleh penarik kereta untuk dibaiki. Kemudian, ahli rombongan keluarga terus bergerak ke tempat yang dituju. Alhamdulillah semua selamat tiba di tempat rekreasi kolam air panas. Disitulah ahli rombongan mengambil pakej homestay 2hari 1malam.Pengarah Projek bagi program ini ialah Abg Saipu & Kak Ma.

Suasana Homestay yang didiami oleh ahli-ahli rombongan keluarga. Selepas solat berjemaah dan makan malam, maka bermulalah aktiviti mandi manda di dalam kolam air panas yang disediakan. Tiket masuk ialah RM4 untuk sehari.

Pendek kata ramai betul orang yang mandi manda di dalam kolam air panas yang disediakan. Kolam air panas terdiri daripada beberapa kategori iaitu kategori kanak-kanak, kategori suam-suam, kategori panas sederhana dan panas meletup.

Selepas penat mandi untuk kali pertama, maka ahli rombongan keluarga balik berehat untuk tidur. Kemudian pada pukul 5 pagi, aktiviti mandi di kolam air panas kembali berlangsung. Ramai ahli rombongan bangun awal untuk mandi manda di kolam panas di waktu pagi dan ada juga ahli rombongan yang tidur dengan nyenyaknya.

Pada pagi 14/3/2010, aktiviti memasak nasi goreng yang diketuai oleh MokLong telah berlangsung. Ahli keluarga dan saudara-mara menikmati juadah makanan pagi. Kemudian dalam masa yang sama, aktiviti memotong kek kahwin Hafsan telah dilakukan. Kek tersebut dipotong dan dirasmikan oleh Abdullah Harith (Anak Shamsuri).

Selepas selesai makan dan minum pagi, ahli keluarga dibawa oleh tuan rumah untuk mandi manda di sungai sejuk yang berhampiran dengan rumah mereka.
Tak sangka, rupa-rupanya di Ulu Legong ni terdapat kolam air panas dan sungai air sejuk. Maka pada pagi tersebut, ahli keluarga pakat mandi manda di sungai air sejuk tersebut. Kemeriahan dan kecerian terpancar di wajah setiap ahli keluarga apabila dapat mandai beramai-ramai. Suasana romantik juga telah menghiasi pasangan-pasangan suami isteri.

Selepas penat mandi manda dan beristirehat di Ulu Legong. Maka aktiviti pulang ke kampung bermula, namun ditengah jalan, pihak rombongan telah singgah di rumah Wan (Suami Hamidah) yang terletak berhampiran dengan ulu legong.

Selepas minum dan makan kuih muih di rumah wan (Hamidah), maka ahli keluarga mula bertolak untuk balik ke Kelantan. Kemudian, ahli keluarga singgah di perhentian Perah - Jalan Gerik untuk menikmati makan tengahari dan menunaikan solat. Alhamduillah best-best makanan yang disediakan di gerai-gerai yang ada di situ.
Selepas selesai makan dan solat, maka ahli keluarga bertolak balik ke Kelantan. Pemandangan indah dapat di lihat sepanjang l

Alhamduillah, semua ahli rombongan telah selamat sampai di kampung.

Disediakan oleh:

Kas & Iza (19/3/2010)

1 Response to 2HARI 1MALAM DI KOLAM AIR PANAS ULU LEGONG PERAK

  1. Anonymous Says:
  2. wah... best cite yg kas olah...
    pepun, semoga keluarga kita akan terus akrab dan bahagia selamanya...

    shamsueri sekeluarga

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN