Tags:

DEMI MASA

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

WE LOVE TOK GURU

BlogMalaysia.com

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

Kumpulan Nasyid Saujana ke Aceh dan Kemeriahan Futsal Malaysia

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Friday, April 30, 2010

Assalamualaikum dan salam dari aceh....maaf kerana lama tak hantar kabar barita dari sini.. sejak hari tu ada juga berita yang nak dikongsi tetapi hp pulak buat masalah tak leh nak transfer gambar masuk ke dalam komputer...Kerana berita dulu dah makin ketinggalan maka beberapa aktiviti ja kat sini termasuk pe bisnes ja buat kat sini yang menjadi tanda tanya, bisnes apa? besar ke kecil?...maka bermula la kisahnya.. dimulai sari berita utama :

KUMPULAN NASYID SAUJANA KE ACEH

Pada 24 April kumpulan saujana dijemput membuat persembahan di Universiti Unsyiah Syah Kuala Banda Aceh sempena majlis Wisuda(Konvokesyen) dan Unsyiah Fair di sana. Universiti ini satu pagar dengan tempat ja belajar. walaupun ada kelas, ja dan kawan-kawan sempat juga pergi menjenguk dan berjumpa serta menyambut sebagai tuan rumah  sementara...he3. Kehadiran saujana disambut meriah oleh penduduk di kawasan aceh dan beberapa kumpulan nasyid Indonesia. Di sini, setakat ja duduk, lagu-lagu nasyid dari Malaysia begitu popular dan sering dinyanyikan dan digunakan waktu pertadingan nasyid peringkat sekolah dan Universiti. Sehingga hampir keseluruhan peserta menggunakan nasyid dari Malaysia.

Kerana masa terlalu padat dan waktu tu hari kuliah, ja dan kawan-kawan hanya sempat mendengar 3lagu sahaja dari kumpulan saujana. Di indonesia juga popular lagu nasyid yang menggunakan musik dengan mulut hingga setiap pertandingan satu lagu yang menggunakan musik mulut ini wajib di bawa untuk dipertandingkan. Hari itu juga beberapa persembahan puisi, syair, dan lain-lain yang begitu unit dan ada sedikit kelainan apa yang ada di Malaysia. Kumpulan saujana juga sempat melambai dan menegur pelajar-pelajar Malaysia ketika berada di pentas tanda kehadiran mereka disambut.

PERTANDINGAN FUTSAL TERTUTUP PELAJAR MALAYSIA MERIAH

25 April, Persatuan Kebangsaaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Aceh (PKPMI-CA) telah menganjurkan pertandingan futsal tertutup di Zidane Darussalam Futsal. Pertandingan ini atara salah satu acara untuk mengerakkan ukhuwah antara pelajar-pelajar Malaysia di sini. Pendaftara dibuka secara individu-individu dan tidak ada berkumpulan atau pasukan. Ini kerana, kumpulan-kumpulan ini akan ditentukan secara undian untuk memastikan semua kumpulan bercampur diantara pelajar sinior dan jnior. Dengan cara ini, permainan menjadi lebih meriah dengan penyokong dan pemain yang bercampur-campur.

Waktu tu ja sebenarnya nak sertai juga, tetapi kerana keesokan harinya terpaksa membentang dua asgment yang agak rumit juga untuk disiapkan. Maka ja hanya sempat tengok sahaja. Insyallah tahun hadapan ja cuba masuk. Program ini dirasmikan oleh Rektor IAIN Profesor Dr. Farid Wajdi yang mengangap kami di sini sebagai anak angkat beliau.Waktu perasmian lagu Negaraku dinyanyikan. Manakala penutup pula dirasmikan oleh Pak Nasir Budiman yang merupakan penasihat Persatuan pelajar Malaysia di Aceh.



BISNES SAMBILAN JA DI ACEH:

Pada mulanya ja tak rancang nak ceritakan bisnes sambilan ja kat sini. tetapi kerana rasa keunikannya rasa nak juga dikongsi bersama. Kadang-kadang rasa menarik juga, kalu tak biasa dengar ada yang agak lucu. Sebenarnya bisnes antara hobi dan minat Ja sambil mengisi masa lapang. Maka ja mulakan bisnesnya..

Nak dijadikan cerita, besnes ni ja mula terfikir sebelum ja balik cuti bulan dua baru ni lagi. mula-mula terfikir bila ja jadi bendahari. waktu tu ramai yang bayar dengan duit syiling rupiah yang susah nak guna untuk membeli..akhir-akhir ja terpaksa tanggung duit-duit tu ketika nak bayar elktrik dan beli barang. Jadi bertambung le duit syiling. Waktu balik baru ni ja kerja dan kumpul duit maka dapat la sikit2 modal untuk buat besnes....Maka..........

Jen-jen lahirla besnes kecil tapi duitnya besar kalu kira kot RM. Namanya ja pun tak tahu yang penting Pusat Cetakan,jilid dan sewaktu denganya. Selama seminggu ja urus duk pegi mari dengan motor kesayangan ja tu..akhirnya dengan bermodalkan 1juta ja dapat membeli sebuah mesin cetak dan alat jilid asgment. Perkhidmatan ja pada mulanya hanya print, fotostat dan jilid sahaja. Maka berjalan la selama seminggu dan jualan pun agak baik. ja menjangkakan menadapatkan suma modal ja dalam masa 3 atau 4 bulan. Jualan pada minggu pertama hampir mencecah 200ribu. Selepas agak sedikit tersusun baru ja mula menambahkah beberapa perkhidmatan seperti cuci gambar, gambar pasport, buat takwin, upah taip (tapi bersyarat kepada pelajar supaya tak nak jadi pemalas) dan beberapa perkhidmatan lain lagi.

Pada bulan pertama ja hanya menjagkakan jualan sekitar 600ribu dengan keuntungan 40-50%. Pada bulan kedua nanti ja menjagkakan jualan mencecah 1juta-1.4 juta jualan. Bagi mencapai pencapaian tu maka ja rancang untuk membuka cawangan. selama 3,4 hari juga nak kaji, selidik dari segi pasaran, persaingan, risiko dan lain-lain yang diperhatikan oleh orang buat projek-projek juta. Selepas membuat penilian dan mesyuarat sorang-sorang maka 28 April 2010 secara rasmi cawangan ja berjaya dibuka di sebuah rumah pelajar Malaysia dengan menambahkan modal sebanyak 900ribu yang ja luluskan. he3..besar kan modal...

Ja pun cuba rancang untuk meningkatkan jualan pada bulan ke3, melihat kepada situsi pelajar ja menjangkankan jualan melebihi 2juta  atau mencapai 3juta Insyallah. Itu pun kalu betul analisis yang ja cuba buat kerana waktu tu musim hantar asgmt dan kemungkinan besar bermula membuat skripsi untuk pelajar ijazah serta beberapa faktor lain.. untuk mengembangkan bisnes ni lagi ja pun kena tengok banyak benda sebab cabaran ja nak buat bisnes kat sini perlu masa yang terlalu singkat dan perancangan hanya sekitar 1thun. Ja jangka duk sini dalam masa 1thun lagi..jadi terpaksa sederhanakan bisnes..yang penting bagi ja pengalaman dan ilmu yang dapat..dari segi akademik pun ja dah selesaikan banyak kerja sperti asgmt, pembentangan pada awal sem lagi sampai hampir tiap-tiap minggu ada pembentangan..skrng dah tenang sikit..skiann

begitula cerita ja. walaupun kecil ja anggap benda tu besar sebab melibatkan juta-juta lagi..he3..
moga bisnes ja ni dapat berjalan dengan lancar sebab bagi ja walaupun nampak berat tapi ringan je sebab perlu ambil masa setengah jam je sehari untuk tu... yang penting bagi ja walaupun kecil biarla dapat dijalankan secara sistematik, profesional dan berkebajikan sebab melibatkan sama-sama kawan..

maka skian cerita ja disini..
wassalam......:-)

4 Responses to Kumpulan Nasyid Saujana ke Aceh dan Kemeriahan Futsal Malaysia

  1. Anonymous Says:
  2. Salam, Dah jd jutawan rupanya yer. Patut la senyap je kat sana. Tahniah kerna berjaya jgk cari makan kat tmpt org.
    Ingatkan depa jer boleh cr makan kat cni. Semoga trus berjaya.

     
  3. Anonymous Says:
  4. Hebat ja..projek juta-juta. Apa2pun good luck semoga berjaya dalam semua bidang yang diceburi :)

    Daripada: Kas & Iza

     
  5. Anonymous Says:
  6. he3 kalu kira kot RM berapa sangat modal..bila kita duk negera orang ni kadang-kadang kita nampak pe perniagaan. tapi waktu beljar ni bisnes lebih kepada pelajaran juga. pelajarn ni tak semestinya dalam kelas. sejak ada perniagaan ni tak de la waktu free lepas beljar duk main game, tngok cerita dan lain-lain. Perniagaan ni juga leh ajar kita hargai masa.. hi3..

    ja

     
  7. Anonymous Says:
  8. alhamdulillah dan tahniah kat ja...
    Moga Allah beri kejayaan kepada kita semua di dunia dan akhirat....

    shamsueri sekeluarga

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN