Assalamualaikum semua, Alhamdulillah telah berlalu Sambutan Hari Kelahiran beberapa ahli keluarga yang diraikan hari lahirnya pada JUN ini. Mungkin bulan JUN ni ada sedikit istimewa apabila bukan sahaja Ayah yang sahaja yang lahir pada bulan JUN tetapi diapit oleh anak yang paling Sulung sekali (Kak Ma) dan Anak yang paling bongsu sekali (Jo n Ja) turut dilahirkan pada bulan JUN. Di rumah pula, sempena menyambut hari kelahiran ayah, Jo n Isteri, Abe Kamil n Isteri, Kak Mah n Suami dan Azi telah merancang untuk mengadakan jamuan kesyukuran dirumah.
Disebabkan Jo pun kena bertugas di tempat pameran hujung minggu pertama, pada final exam sem ni pulak pada dua hujung minggu ni, jadi jamuan ni telah dibuat pada hari bekerja waktu malam. Antara makanan Istimewa malam tersebut ialah Satey Baung. Satey ni masyhur di Kota Bharu ni, Jadi Jo n Fatehah pun telah beli sendiri di kampung kelahiran satey ni iaitu di Kampung Baung, Kota Bharu. Sempat juga membeli Sebiji Kek Coklat yang berlapis untuk jamuan pada malam tersebut. Sedikit gambar yang sempat dirakam melalui telefon bimbit...
gambar Mek n Ayah yang merasmikan simbolik membelah kek.. tangan sebelah kiri ayah tu bukan nak karate tapi tak beres lagi kot doa..hehehe
Ni la Satey Jambi. memang menyelerakan sebab ayam dia dijaga dan berkualiti..
Ni pulak cam biasa la, Nasi dan Kuahnya. kalu tak de yang ni tak lengkap la makan satey
Air Teh O Beng dan Air milo jadi pilihan..
Pandangan Dekat Kek.
Majlis dimulai dengan bacaan Doa...
Mek n Ayah sedang membahagikan Kek untuk diberikan kepada Anak-anak n cucu-cucu...
Malam romantik ni.. semua pasangan menggunakan satu pinggang waktu makan Satey.. termasuk Mek n Ayah.. Cuma Jurugambar je tak de dlm gambar.. tapi kongsi jugak tau..hehehe
Akhirnya.. habisla Semuanya Makanan dan tinggal la pinggang kosong je..
Inilah sedikit sebanyak cerita tentang jamuan di rumah. Walaupun ringkas tetapi tetap meninggalkan kenangan Indah..:-) Selamat Hari Lahir Ayah.. Moga Dimurahkan Rezeki, Diberikan Kesihatan yang Baik dan Di panjangkan Umur..
Disediakan Oleh:
Faizul & Fatehah
Alhamdulillah...
Seronok dengan pelbagai aktiviti keluarga...
Pepn, trima kasih tak terhingga jo & Fathihah kerana sentiasa meluangkan masa bersama mek & ayah.
Abg mohon maaf kerana tak berpeluang bersama2 dalam majlis tersebut...
Moga keluarga kita akan terus bahagia dan dirahmati Allah...
Shamsueri Al-Chenory
Alhamduillah...
Tahniah kepada Jo & Fatihah sebab dapat buat sambutan Hari Lahir yang meriah. MOga2 kemeriahan dan kegembiraan terus terpancar di dalam keluarga kita semua.
Kas & iza
Alhamdulillah, tahniah kpd Jo dan Fatehah krn dpt menjayakan majlis yg amat bermakna ini. InsyaAllah kt akan buat hari keluarga bersama2 nanti.. Maaf San dan Ashiah seminggu lepas agak kalut sikit. Kerana kelewatan (lewat seminggu dr tarikh sepatupnya) kepulangan mak, pak dan kluarga dari ibadah umrah. Alhamdulillah mrk dah sampai dgn selamat. San skrn kar Jhr dan Ashiah kat UIAM Kuantan.
Hafsan&Ashiah