Assalamualaikum.
Hari ni nak kongsi tentang koleksi baju. Kita nak raya dah tak lama lagi kan? Walaupun belum berpuasa, tapi baju kena tempah awal tau.
Tapi sebelum tu nak tanya gambar ni diambil dari mana ya?
Sebenarnya koleksi baju di atas adalah tempahan yang telah siap dan sedang dijahit oleh K. Ma. Kalau sebelum ni baju-baju tu dok tersangkut kat merata-rata. Sekarang ni K. Ma dah siap dengan almari ala pameran lagi tu.
Kebanyakan yang tempah baju ni cikgu-cikgu yang berbadan besar dan agak sukar untuk membuat ukuran dan proses memotong kain. Tapi bila mereka tak kisah kalau kain dicantum, maka kerja K. Ma jadi senang sikit. Ikut pandai la nak potong & letak kat mana-mana, janji jangan ketara sangat.
Ni baju anak-anak yang dah siap jahit tu. Tunggu masa untuk pakai jer....Bila tu? Tungggguuuuu
Kalau ada yang tempah tu jangan segan-segan sembang dengan K. Ma. Harga boleh dibincang nanti.
Ok sekian sahaja dari kami. Wan Saipu & Norma.
Baju Penganting boleh tempah juga ke...He3
Ja
wah, menariknya..
Pagi, Petang menjahit...Malam, awal2 lagi minta diri. Macam mana nak ambil tempahan banayk2 ni. Ada saper2 nak tolong tak?
Siifu04
bleh tolong... tapi online jek...
pepn, tahniah...
klu bleh buka butiq kat area kepala batas/penaga... tp, tak de takpe yg penting...
sale bleh buat secara online...
bolej jadi jutawan senyap ni....
shamsueri Al-Chenory
Oo, nak hantar kedai jahit kat utm ni jauh.. Kak Ma kena ada seorg pembantu jurujahit ni. Penat juga buat sorang2..
kena buka butik tu.
kami jugak belum cari lagi baju raya.
nak kena beli yang dah siap la jawabnya nanti.
from KAS