Begitu la keadaan sekarang. Dek kerana sibuk sangat dengan tugasan harian tambah pula Joe & Isteri sedang menghadapi peperiksaan akhir semester yang disusun pada dua kali hujung minggu. minggu sebelum peperiksaan pula Jo & Fatehah jaga pameran.. sampai tak sedar yang kita dah mula melangkah ke musim durian. Walaupun diperingkat awal musim durian, tetapi kemeriahannya tetap terasa apabila di makan secara beramai-ramai.
Oleh itu, Jo pun merancang untuk balik kampung selepas tamat peperiksaan pada hari Ahad sebab dapat cuti pada hari peperiksaan tersebut. Selepas tamat peperiksaan pada Jam 11 pagi Jo&Isteri pun terus bertolak balik sebab hari Isnin dah kerja. Jadi, bila dah balik ni, macam biasa lah. Aktiviti makan beramai-ramai merupakan salah satu benda yang memeriahkan suasana walaupun pertemuannya hanya sekejap. Adalah, sedikit sebanyak gambo yang sempat dirakam...
Semuanya pakat mengadap durian yang baru je cari pada petang tersebut. Jo pergi cari dengan ditemani oleh Fatehah dan Hamidah.. Boleh la dalam satu kereta tolok ( kereta sorong) n satu guni.. Lembik Jo munggoh sore-sore.. Pergi bertiga pun dua orang tengah sarat mengandung n terpaksa bawa perut masing2..hehe
Ni pulak duyan yang tengah dimakan.. semangat ayah ni siap duk depan talam lagi..
Ayah yang tengah termenung. kat tepi tu pulak Aji n Mek
Yang ni Bahagian Mek bersama dengan Mak-Mak dara.. tengah semangat duk makan durian
Pakar belah durian.. bila makan beramai-ramai, Mek la yang akan membelah durian-durian ni dengan mudah dilihat kat mata, bila wat sendiri.. susoh jugok..
Ni pulak orang Johor yang lama senyap menyunyi. sekarang dah duk kat kampung cuma tunggu hari Je untuk melahirkan anak..
JAMUAN MIHUN SUP SAMBIL MAKAN DUYAN
Nak dijadikan kerja.. Sebelum balik lagi anak sedara telefon suruh beli Kek dua tingkat nak makan ramai-ramai (sebab hari jadi poksu dia lani). Jadi Kek dua tingkat tak sempat beli, kami pun masak la mihun Sup untuk dihidangkan beramai-ramai.. satu mangkuk besar Sup Daging yang sedia di makan..
Ni pulak, Mihun yang penuh satu mangkuk.. Tapi tak sempat nak ambil gambar yang penuh.. banyak dah kena ambil..
yang ni pula, pencuci mulut.. Ni la nama Cempedak Nangka.. Buah cam nangka, bentuk Isi pun cam nangka tapi isinya Lembik Cam cempedak
Sayur-sayur tambahan sup
Minuman standard la.. Teh o
Ayah yang tengah kusyuk makan.. Ayahlah orang pertama sekali tambah satu pinggang lagi.. sedap ke Ayah...:-)
Maka... Habis.....................
Begitulah ceritanya yang sempat Jo kongsi sehari Jo balik rumah.. Lepas selesai semua aktiviti malam tu, Jo, Fatehah n Azi pun bersiap-siap la balik ke Kota Bharu.. Esok dah mula kerja..
Disediakan Oleh:
Jo&Fatehah
subhanallah, seronoknya.. teringat nak balik kg.. nak makan durian..
hebat2.. macam2 aktiviti.
meriah kalu makan ramai2 macam tu.
from
kas & za
Ja jugak rancang balik seblum puasa terpaksa tunda kemunggkinan seminggu seleps puasa sebab sbb nak habiskan baki 2 subjek yang masih tinggal.. Harap duyang ada lagi...mengidam nak rasa durian..kat sini pun nak beli mahal... mungkin yang bawa dari medan..
Ja say...
rasa-rasa bulan puasa ni sempat lagi kot durian. sebab durian tahun ni banyak peringkat. ada yang masih kecil dan ada yang dah mula luruh... buah2 lain cam dokong, rambutan dah mula membesar dan ada yang mula nak masak dah...
Jo&Fatehah
besnya jamuan...
asyik buat jamuan time abg takdok je...
Pepn,
Semoga Allah sentiasa merahmati kebahagian keluarga kita...
Shamsueri Al-Chenory
Islam Adil Untuk Semua
Fuyyooo syoknya....Durian lagi....K Ma dah kecur liur tu. Br ni beli 3 biji je RM6/kg. Pagi2 lagi sarapan pulut drian. Pah tu tnya bila nak bli lagi. Tak cukup la tu. Suruh dia balik dgn bas, dia kata nanti difikirkan...Hantu durian sgguh kakak awak nih.
Maaf la kami x leh balik, Tolong makan utk kami yek.
Penang mari....
kikiki.. nak kena balik kampung jugak la tu gamaknya..hehehe...
Jo&Fatehah