Tags:

DEMI MASA

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

WE LOVE TOK GURU

BlogMalaysia.com

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

FUTSAL RAKAN BESTARI 2010

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Tuesday, November 9, 2010
Pada 30 Oktober 2010 (Sabtu), Persatuan Pegawai Kanan Kastam WPKL telah mengajurkan Kejohanan Futsal Rakan Bestari 2010. Program ini ini bertujuan untuk meningkatkan lagi hubungan yang terbentuk di antara pihak Kastam dengan pihak swasta. Program ini berlangsung di Sport Planet Subang Grand.
Pengarah Program ialah kawan kas sendiri iaitu Mohamad Syukri. Dipendekkan cerita, program ini dikendalikan oleh Syukri dan dibantu oleh geng-geng muda. Dalam program ni, kas terlibat secara langsung sebagai AJK Promosi yang bertanggungjawab membuat poster, banner, banting dan lain-lain sewaktu degannya.

Alhamdulillah, walaupun yuran penyertaan setiap pasukan ialah RM600, namun kejohanan ini telah berjaya menarik 37 penyertaan yang terdiri daripada syarikat-syarikat swasta seperti Maxis, Proton, Perodua, Toyota, CIMB, Western Digital, Freescale, Ericson, Takaful, Nestle, Maju Holding, Continental, SimeDarby, DRB Hicom, Edaran, TNB, Dutch Lady, Scomi, Inai Kiara, KB Tenik, ARA & Ass, Dagang Net, XyBase, GAB, PwC, EY, Folks DFK, dan dua pasukan dari Kastam.
 
 Tempat pertama akan mendapat tunai RM3,000, medal, piala pusingan dan hadiah sampingan. Manakala tempat kedua pula menerima  RM2,000, medal dan hadiah sampingan. Seterusnya hadiah ketiga ialah tunai RM1,000, medal dan hadiah sampingan.
Selain daripada hadiah-hadiah tempat pertama sehingga ketiga, Hadiah pemain terbaik dan penjaring gol terbanyak juga disediakan. Di samping itu, cabutan bertuah juga dilakukan dengan hadiah-hadiah menarik ditawarkan iaitu hamper, barang-barang sukan dan sebagainya.
 Alhmadulillah program ini telah berjaya dianjurkan buat kali pertama. Komitmen yang diberikan oleh jawatankuasa pelaksana telah memudahkan lagi segara perancangan yang telah dibuat oleh Syukri.
 Tempat pertama telah di menangi oleh Kumpulan Inai Kiara, Kedua oleh Perodua. Ketiga oleh ARA Associate dan Kempat oleh Toyota. Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang tersebut.





Disediakan Oleh:
Kas (8/11/10)

2 Responses to FUTSAL RAKAN BESTARI 2010

  1. Anonymous Says:
  2. wow bestnye...
    bila kastam nk wat family days...
    bleh abg tumpang jadi family kas...


    shamsueri sekeluarga

     
  3. Anonymous Says:
  4. Aik mananya kumpulan dari kastam...kena usaha lebih lagi tu untuk dapat no...mungkin kali pertama agak gementar....

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN