Jeram Pekasam (bahasa originalnya Jeghe kase) adalah tempat perkelahan yang baru nak masyhur kerana memiliki ciri-ciri yang tersendiri. sebelum ini, Jeram Pekasam merupakan tempat yang jarang dikunjungi manusia kerana terletak di dalam hutan yang jauh dan memiliki sejarah yang tersendiri. Tetapi disebabkan penanam getah dan pembukaan kebun-kebun getah yang baru disekitarnya, kawasan jeram Pekasam ini sudah menjadi tempat yang selamat dikunjungi malah jalan untuk ke sana pun lebih mudah.
persiapan di rumah menggunakan Hilux Poksu. kanak-kanak hanya duduk di belakang Hilux untuk bertolak ke Jeram Pekasam.
Lantaran itulah, rombongan yang dirancang asalnya sedikit untuk mengunjungi jeram Pekasam tetapi bila perancangan terakhir buat, sambutan yang menggalakkan apabila hampir satu Kampung akan menjadi tetamu Jeram Pekasam pada hari tersebut. Sebanyak 15 buah Kereta, Hilux dan Pajero bergerak ke Jeram Pekasam ini. Jurugambar (Abang Nik) sempat merakam gambar kenangan rombongan kampung ke sana...
ketibaan di Jeram Pekasam. kereta yang diparking hanya beberapa dari Jeram Pekasam yang hendak dituju.
ni pula, bekal makanan yang dibawa. disebabkan ramai yang datang, makanan yang mencukupi telah disediakan.. selera dalam hutan ni memang beza dengan makan biasa..:-)
turut dibawa oleh kaum ibu ialah pakaian-pakaian untuk dibasuh. Air di kampung terlalu sedikit kerana musim yang terlalu panas dan masalah saluran paip semenjak dua menjak ni.
bersusun-susun yang datang tu bukan orang lain tapi semua ni yang datang satu kampung ke sini.
Ni Plak suasana tempat letak barang dan ada yang dah terjun untuk mandi..
Air yang sejuk begitu menyeronokkan. tempat pun boleh dikatakan selamat dengan kanak-kanak yang bermain.
Poksu dengan anak lelakinya yang wat2 berani main air.. tengok muka pun dah tahu..hehe. amin amin
Sibuk dengan aktiviti mandi manda dan membasuh, menikmati makan di dalam hutan tetap menjadi kenangan manis...
Anak kecil pun turut hadir... boleh segar2kan badan sikit.
Kaum ibu yang membasuh kain beramai-ramai... Mek antara yang joint.
Ni plak Khemah yang dipasang untuk dijadikan perteduhan
Posing sikik.....
Aik... Habis bekalan nampak.. korek la setakat yang ada..hehe
Ni duk berehat dalam air saje-saje ke...
ni baru betul.. sambil landing dalam air, sambil tu makan buah tembikai... ish3x. Macam promosi makan tembikai je 3 orang tu...:-)
Tamat la citer. Begitula suasana yang sempat dirakam oleh Abang Nik sepanjang aktiviti Mandi Jeram Pekasam. Lepas daripada first time pergi ke Jeram Pekasam ni ramai-ramai, makin kerap kunjungan-kunjungan yang diterima samaada secara beramai-ramai atau kumpulan yang kecil.. Lepas pada ni, Masyhur la Kawasan Kampung ni..:-)
Dioleh cerita Oleh :
Faizul@Fatihah
Jurugambar & Cerita Asal:
Abang Nik & Keluarga
Bestnya. dah lama tak g mandi d jere kase.
Balik nanti boleh la a.kas & k.iza p mandi manda situ.
Dari: kas & iza.
Salam...
Saya Fakhrul dari Pasir Puteh.Baru pertama kali singgah ke blog ni.Menarik dan cantik susunannya. Cantik sungguh tempat ni,sesuai untuk aktiviti riadah keluarga. Kat mana letaknya Jeram Pekasam ni,kalau boleh upload sekali dengan peta jalannya supaya senang nak orang pergi....
Terima kasih. harap maaf kalau tersilap bagi komen..
Salam...
Selamat datang buat fakhrul ke laman keluarga hussin. tntang tempat ni sbnarnya di masih tidak dibangunkan spt tmpt2 len spt Lata Jeram Linang, Jeram mengaji n len2. dia msih keadaan asal lagi trletak brdekatan hutan simpan. tempat tu di Daerah Tanah Merah, dan akan melalui jalan ke Air Naga, Gual Ipoh. Nak tengok peta tu tak jmpa sbb jalan kmpung y paling dkt tu baru ditarkan. CUma kena pergi brkumpulan la buat masa ni sbb tidak dibangunkan sepenuhnya lagi..
mgkn Se lebih arif tempat tu..:-)
tempat tu diketahui olh penduduk sekitar Gual Ipoh, Tanah Merah. Itu pun tak semua, apatah lg tanya orang Tanah Merah, memang mrk tak tahu dan tak pernah dgr. Memang tempat itu belum diterokai dan dibagunkan. Mungkng kerajaan x th lg. Tempatnya sangat cantik, spt diatas ia jeram luas dan landai. Jika berjalan ikut sungai, dlm 200meter lbh kita akan jumpa air terjun dgn kolam semulajadi yg agak luas. Lagi seronok naik atas. Tempat ni yg tahu jeram pekasam pun ramai tak tahu atas sana ada air terjum yg agak tinggi. San pergi dulu bersama rombongan budak PSSGM. Waktu tu x da jalan lg. Lagi mencabar. Pok Mat Pomen jadi penunjuk jalan. Sekarang ni ada jalan kerana org buat jalan utk ke kebun2 getah. Dulu jalan kaki jauh jgk. Getah2 sekitar baru berumur 2 or 3 tahun sebesar lengang br. Tambahan pl waktu tu dlm tahun 2002 ada kes org kena makan ke harimau di kwsn itu. Jd jarang sangat yg nak ke jeram tu waktu dulu.
Waktu tu Pok Mat Penunjuk jalan, sampai tgh hutan. Kami budak2 PSSGM Tanah Merah berehat. Pok Mat memulakan bicara "kenapa perlu takut pada harimau?, ni (dia tunjuk golok ditangannya)". Semua tercegang.. knp pak cik ni buat bual dlm hutan.. aduh.. Baru je diberitahu penemuantengkorak m'sia yg dibaham harimau. memang kami waktu hilang fokus. tapi teruskan jg program sampai akhir. Bila balik, san tanya mek, rupanya pok Mat ada ilmu. Sebab tu dia megusik nak tahu keberanian kami. Alhamdulillah.
Jadi kawasan sekitarnya bersemak samun. Skrn ni getah dah boleh buka, jd kebun2 dah terang. Skrn ni mudah. Jeran pekasam lebih cantik dr jeram linang, jerang megaji dan lain2, kerana ia sungai cetek yg luas dan byk air.
Mcm mana nak g, memang susah nak bagi peta. Bayangkan jalan nak ke kebun2 getah. Jadi utk ke sana, dari pasir putih ke tanah Merah, Cari Gual Ipoh, sampai situ, cari ke Peralla. Jumpa Kg Peralla, cari pemuda2. isi minyak mtr dia sikit. mintak dia tunjuk jalan. InsyaAllah. Sampailah. tanya dulu budak tu, tahu ke tak. Tahu, baru isi sikit minyak. hehe. Budak peralla jg ramai yg tahu wpun kwsn mereka. San ramai kenalan dgn budak2 Peralla ni. Kwn San yg Anak Tokey getah Peralla pun tak tahu. Skrn ni agak terkenal sikit tepat tu. Ramai dah tahu. Cuba lag g. Nak g tu, jgn g sorang dua. Gi lah ramai2. Setiap kali san g sana. Ramai mat2 indo dan thailand dok cari ikan, burung. Memang itu tempat mereka. Jgn tkejut kalu terserempak dgn mrk.
Sedikit pkongsian ttg pengalaman dan sejarah dr San. Boleh g beramai2. tempat yg sangat menarik. Hari2 dah org ada kat sana. Ia sangat selamat.
Wow cantik dan menarik tempat tu...
Tapi sedih dah 12tahun kawin tak pernah pi pun kat situ.
Lain kali kami ikut sama.
Siifu
ambo balik minggu lepas... dan juga manji kat cni... fahmy pun mandi... memang best, cuma jagan datang sorang dua, bahaya... ramai org siam... mungkin tidak menyenangkan golongan muslimah...
shamsueri