Tags:

DEMI MASA

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

WE LOVE TOK GURU

BlogMalaysia.com

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

AYAH AKAN MENJALANI PEMBEDAHAN MATA

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Saturday, May 30, 2009
30 Mei, Pada seminggu yang lepas ayah telah mengadu tentang matanya yang tetiba menjadi gelap dan tidak nampak sehingga hampir sehari. Namun beberapa hari yang lepas keadaan mata ayah semakin pulih walaupun mata sebelah kiri ayah menjadi kabur.

Sebelum ini, ayah dikatakan pernah pergi ke tempat pemotongan kayu untuk dijadikan papan. Mungkin disebabkan habuk-habuk di tempat pemotongan kayu itu masuk ke mata ayah, maka ia memberi kesan yang tidak baik ke atas mata ayah. Akhirnya kerja ayah sedikit terganggu terutamanya ketika menguruskan tender getah yang melibatkan nombor/angka serta pengiraan kerana mata ayah yang semakin kabur. Namun kesukaran tersebut dapat dibantu oleh Faizul apabila Faizul membantu ayah menguruskan hal-hal pengiraan tender tersebut dengan dibantu dan ditunjuk ajar oleh Ayah.

Bagi mengatasi segera masalah ini, pada 30 Mei 2009 (Sabtu) Ayah telah menjalani pemeriksan mata di Hospital Pakar Perdana Kota Bharu selepas membuat temujanji dengan Doktor pakar mata. Menurut Doktor, terdapat selaput mata pada mata ayah yang perlu dibuang tetapi hal-hal lain didapati tidak bermasalah.

Oleh itu, satu pembedahan kecil akan dibuat pada mata Ayah bagi mengatasi masalah ini. Terdapat dua pilihan untuk pembedahan dan Ayah telah memilih untuk menjalani pembedahan yang ringkas dan selamat walaupun kos agak mahal.

Pembedahan ini hanya memakan masa selama setengah jam dan boleh kembali kerumah selepas sejam berehat di wad yang akan dibuat pada 13 Jun 2009 pada jam10.00 pagi . Kos pembedahan ini dianggarkan sebanyak >RM 4000. Oleh itu, sumbangan daripada anak-anak amat diperlukan bagi memastikan pembedahan mata Ayah dapat dilaksanakan sebagaimana yang diracang.

Segala sumbangan boleh disalurkan terus kepada Mohd Faizul (untuk dihimpun sebelum diserahkan kepada Ayah) di talian 013-7726897 atau boleh terus ke akaun Mohd Faizul bin Hussin, BIMB 03-054-02-012006-5 @ BSN 03100-29-00089129-4 @ Bank Muamalat 0301-0072475-72-4.

Sumbangkan yang dihulurkan amatlah dihargai. Sebarang kemasukan duit mestilah dimaklumkan melalui SMS atau telefon ke No tel 013-7726897. Setiap SMS perlu hantar Nama, Masa dan Jumlah dengan lengkap. - Ja&Joe

1 Response to AYAH AKAN MENJALANI PEMBEDAHAN MATA

  1. InsyaAllah...balik kg nanti abang akan bagi sedikit sumbangan.

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN