Assalamu’alaikum…
Sekarang hafsan berada di perlis. Baru beberapa malam di sini, terasa rindu pula kampung halaman. Sememangnya suasana di sini agak berbeza dari keadaan tanah tumpah darah, namun san sedar kini san dah punya tanggugjawab lain yang perlu san penuhi. Keluarga di sini semuanya dalam keadaan yang baik…Cuma isteri san ja yang agak kurang sihat, dan Alhamdulillah dah semakin pulih.
Alhamdulillah, kini dah hampir genap 3 bulan perkahwinan kami menjelang 13/5 ni. Dalam tempoh yang singkat ini, kami belajar untuk mengerti dan memahami akan sifat dan kebiasaan dalam diri kami. Kekadang bergurau dan ketawa, berbincang , membaca bersama. Ada ketika juga kami berdiam mencari cerita atau juga diam memujuk rasa. Bak kata P.ramlee, lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri. Tapi, ‘ala kulli hal, Alhamdulillah, kami mensyukuri kesamaan yang ada, dan kami hargai pada perbezaan yang meningkah.
Dan, dalam tempoh ini, kami diuji dengan sedikit kesedihan… khabaran daripada isteri seminggu lalu benar-benar mengejutkan san. Allah izin Ashiah keguguran pada ketika kandungan 5 minggu. Pada masa tu dia tengah memduduki peperiksan akhir posting orthopedic. San di Kelantan masa tu. Namun tak dapat segera bertemu isteri sebab perlu ke Johor dahulu menyelesaikan beberapa urusan. Selesai sahaja urusan disana, san terus bertolak ke Kuantan.. keletihan memandu, memaksa kami bertolak ke perlis keesokan harinya.
Seperti san katakan Ashiah dah semakin sihat dan makin ceria kembali. Dia takut nak berjumpa doctor semula untuk recheck, tapi katanya keadaan semakin pulih. Ah, bakal doctor pun takut jumpa doctor, susah nak pujuk. San ikutkan ja Ashiah tu. bakal doctor, pandai2 sendirilah.
Em… sememang hati terasa sedih,namun iman amat mengerti Allah lebih mengetahui akan segalanya.
Mohon doa daripada saudara sedarah sekalian.
Seperkara lagi, kami akan pulang ke Kelantan insyaAllah hari isnin malam menaiki bus dari kuala lumpur.. Balik jumpa mek ayah sebelum Ashiah bertolak ke Acheh pada 16Mei ni.
Daripada Hafsan&Ashiah
Harap San & Ashiah di sana bersabar. Lum ada rezeki lagi tu dan perjalanan masih lagi jauh..InsyaAllah suatu hari nanti akan sampai la masanya untuk San & Ashiah memiliki cahaya mata.
Cerita pasal gugur ni....sebenarnya Ashiah tak keseorangan. Kak Za hari tu pun pernah gak gugur coz minum air coke. Ramai yang gugur semasa awal perkahwinan. Jadikan pengalaman yang ada tu sebagai panduan dan pedoman untuk melalui kehidupan masa akan datang.
Then bab kata P.Ramlee "Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Inikan pula Suami Isteri". Ini sebenarnya lumrah dalam rumahtangga. Yang penting setiap masalah harus diselesaikan melalui perbincangan yang berhemah dah profesional.
Good Luck pada San & Ashiah.
Dari: Kas & Iza
Bersabar la san & ashiah, betul kata a.kas,belum ada rezeki. k.iza n a.kas pun masih sabar menunggu peluang ke 2...Insyaallah suatu masa nanti akan ada rezeki buat kita utk miliki zuriat...
rupanya yang baru kahwin ni ramai yang melalui hal macam ni. Fatehah pun penah terjadi benda macam ni bila fatehah yang memang minat makan tapai, tetapi masa hari raya haji masa tu tanpa disedari dia telah makan tapai di rumah mertua abgnya masa buat rumah terbuka raya haji. dah la makan sampai 3,4 bgkus, akhir2 tak sampai sehari telah trjadi benda yang tak djgka. apabila bnyk darah keluar. ramai y kata mgkin keguguran tapi jo ttap brharap ia hnya perkara biasa dan benda ni brlaku klu tak silap akhir nov. Alhamdullillah, lepas je berlaku bnda tu, kami cba mnjaga makanan n minuman, dan pada bulan feb tu baru la disahkan ada isi walau baru beberapa minggu dlm kndungan. Jadi, Insyaallah byk2 brsabar, tuhan dah atur bila spttnya rezeki tu diberikan. yang Penting kena brsabar:-)
faizul&fatehah
Salam...
Abang tumpang simpati dengan adinda2 semua...
Ujia yang mendatang sebenarnya diikuti dengan seribu hikmah dan rahmah...
Banyakkan bersabar... sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... Semua yang berlaku atas kehendakNya...
Moga Abang dapat anok sedara baru dalam masa terdekat... Banykkan berdoa... InsyaAllah akan dimakbul Allah...
Shamsueri