Selamat Hari Ibu buat Bonda di Kampung - 9 Mei 2010

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Saturday, May 8, 2010
9 Mei 2010 - Seluruh Malaysia akan menyambut Hari Ibu. Dikesempatan ini, kami anak-anak Hussin & Halimah ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu buat Bonda yang tersayang iaitu Halimah Binti Abdullah yang berada di kampung. Semoga Bonda di kampung dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, rezeki yang berlipat ganda, kebahagian yang berterusan, kerahmatan dalam kehidupan dan keberkatan dari Allah S.W.T.
Ibu sumber inspirasi anak-anak dalam mencapai kejayaan yang di impikan. Setiap masa ibu akan bersama anak-anak dalam apa jua keadaan. Pengorbananmu pada anak-anak amat tinggi. Hanya Allah S.W.T yang berhak membalas jasa-jasa insan yang bernama Ibu.
Ibu menjadi tulang belakang kebahagian dan kejayaan anak-anak. Ibu sentiasa memberi dorongan, semangat dan nasihat kepada anak-anaknya dalam semua keadaan dan semua bidang. Siang malam dirimu berdoa agar anak-anakmu bahagia dan berjaya dalam hidupnya.

Kini, anak-anakmu semuanya sudah membesar dan hampir keseluruhan sudah mendirikan rumahtangga. Ada yang tinggal di perantauan dan ada yang tinggal di halaman kampung. Masing-masing mengejar impian dan cita-cita. Semoga anak-anakmu ini akan dipelihara iman agar sentiasa bersama mu dalam apa jua keadaan dan agar anak-anakmu mampu membalas jasa dan pengorbanan yang dirimu telah curahkan. Benar kata pujangga.....seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak...Namun 10 orang anak belum tentu mampu menjaga seoarang ibu. Mudah-mudahan kami tidak akan tergolong dalam golongan tersebut. Hati kami tetap bersama-sama ibu dan ayah.

------------------------------------------------------------

Jom baca petikan yang diambil dari website http://familiku.com..

Bila dahaga, yang susukan aku….mak
Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….Mak

Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ….mak
Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak
Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak

Bila takut, yang tenangkan aku….mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak
Aku selalu teringatkan ….mak
Bila sedih, aku mesti talipon….mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu…..mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk! ”
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga….mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau…. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak
Yang selalu berleter kat aku…mak
Yang selalu puji aku….mak
Yang selalu nasihat aku….mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak
 
Namun.....apabila aku ada pasanganku sendiri....
Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari….mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….mak

Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….emakku
Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….mak

Bila sambut birthday/hari kekasih.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu…aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila… aku nak talipon mak
Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk emak
-------------------------------------------------------------------
Renungkan:
“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kau kirim wang
untuk mak?
mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
Berderai air mata jika kita mendengarnya……..
Tapi kalau mak sudah tiada……….
MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…….
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis
ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya……
---------------------------------------------------------------------------------
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan
malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang
dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh
siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
“Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah
Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.

 

Daripada:
Anak-anakmu

1 Response to Selamat Hari Ibu buat Bonda di Kampung - 9 Mei 2010

  1. Anonymous Says:
  2. terima kasih kat kas krn mada pujangga kat atas...
    tersentuh hati abang sekeluarga apabila membacanya...
    fist abang baca ari tu, abg dah cuba bagi komen... tapi server ada maslah...

    Walaupun dah terlewat...
    Selamat hari Ibu kepada Mek... dan juga sesiapa yang bergelar ibu/ummi/ mak/ mama/ mamy/ mum/ mok etc...
    Semoga ketabahanmu menjadi inspirasi dan semangat kepadaku untuk meneruskan hidup ini dengan penuh keimanan dan ketaqwaan...

    Shamsueri Sekeluarga

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN