MAKAN IKAN BAKAR ACEH & MACAM-MACAM LAGI

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Tuesday, May 25, 2010
         Salam Perantauan...

         Setelah lama tak menyiarkan berita di sini akhirnya ada juga berita yang rasa sesuai nak dikongsi. semenjak dua menjak ni agak sibut sedikit kerana semester terakhir. Apa pun dua, tiga kali sehari juga layari blog keluarga untuk baca berita-berita dan perkembangan terbaru keluarga di Malaysia.
         
         Malam ni 24 May 8.30 malam Ja ajak kak Asiah rasa ikan bakar Aceh yang berdekatan dengan Ja duduk sebagai meraikan kedatangan Kak Asiah. Ja rancang pun, sebab walaupun Kak Asiah duk di Aceh ja hanya jumpa waktu di lapangan terbang je. Sebab tu Ja cadang makan ikan bakar Aceh bagi menyambut bakal-bakal doktor yang praktikal di Aceh. Kak Asiah datang 9 orang termasuk seorang driver, ja pun datang dengan seorang kawan sebagai teman untuk pergi sama sebab ja pun tak pernah makan lagi makan ikan Bakar Aceh walaupun kawan suma dah rasa. mungkin sebab ja tak suka jalan-jalan. Maka order la 3ekor ikan besar, 1/2 kilo sotong dan tah pe lagi yang kak Asiah dan kawan-kawan order. Makan Mula la makan....


K. Aisiah dan kawan-kawan tengah makan, kalah lelaki makan...sedap agaknya....


tu la makanan. tak ingat ambil gambar sebelum ikan dikerjakan.. tinggal tulang baru teringat.


Lawatan Dari YIELD Universiti Terbesar Amereka ke Kuliah Ja

          Pelajar-pelajar ini datang khusus untuk mengkaji dan meneliti Aceh dari berbagai Aspek terutama tentang pelaksanaan Syariat Islam di Aceh. Kebetulan pensyarah yang mengajar Ja waktu tu antara yang mengurus dan menyambut mereka, jadi pensyarah mencari masa untuk wakil 9 orang dari lebih 30 orang yang hadir untuk berdiskusi dengan pelajar, mereka juga baru semesta empat tapi gaya cam pensyarah.. Subjek waktu itu ialah Subjek Ja tengah belajar hari itu ialah Subjek Orientalisme dan memang sesuai untuk berdiskusi dengan mereka.Secara bahasanya mereka juga tergolong dari golongan orientalisme kerana dari segi bahasa orientalisme ialah orang barat mengkaji negara-negara timur.
         Walaupun seoalan-soalan perlu di tapis tetapi diskusi juga agak menarik apabila membincangkan situasi orang Islam di Amareka, Pandangan Mereka tarhadap Orang Islam, Syariat Islam dan banyak lagi melibatkan Akademik, agama dan lain-lain. Kerana terpaksa speking kot Inggeris maka ja sekadar faham dengar je, nak tanya takut salah tatabahasa...he3

          Dengan kehadiran mereka untuk mengkaji Aceh dan Khususnya Islam membuatkan ja rasa kagum dengan kesungguhan mereka. Baik buruk apa yang mereka akan keluarkan itu mungkin kita kena jawab setakat mana kesungguhan kita mengkaji mereka. Rata-rata mereka beragama kristien dan ada juga yang begitu bangga dengan umat Islam yang semakin berkembang Di Amareka dan mereka sentiasa hadir program Hari Raya Umat Islam bersama pelajar Islam di YILD Universiti. Ja pun ada tengah menulis tentang isu ini dalam artikle Orientalisme Vs Oksidentalisme sebagai pengajaran dan peringatan. Tatapi artikle tu masih tertangguh kerana terpaksa siapkan kerja lain dulu.
        Selain itu, kajian mereka di Aceh juga untuk mengisi Jurnal The Yale Globalist  yang dijual seluruh dunia. Setahun satu Negara mereka akan pilih untuk membuat kajian dan menghantar Mahasiswal

Seminar Propasal yang Menalingkan..he3..
             Hari ni juga (24 May 2010) Ja dan beberapa palajar Malaysia dan Aceh menghadiri seminar Proposal untuk menentukan lulus atau tidak untuk membuat skripsi. Selama lebih sebulan ja siapkan propasal itu supaya tidak ditolak waktu sidang. Mula-mula agak gementar juga, apa tak-nya proposal itu terpaksa dibentang di depan beberapa pensyarah yang pakar dalam bidang masing-masing.

        Antara pensyarah penilai ramai yang taraf PHD antaranya Dr. Wahid, Dr. Agusni, Dr. Lukman, Dr. Hasyimi, Dr. Damanhuri dan beberapa orang yang bertaraf Master yang secara bergilir-gilir menilai. Alhamdullah Tajuk Skripsi ja sebulat suara diterima kerana ja pun dah dua tiga kali ulang alik pejabat untuk baiki dan kosontrasi dengan pensyarah-pensyarah yang berkaitan. Maka awal-awal lagi kena baiki.
Kajian ja lebih kepada bahasa yang digunakan dalam Al-Quran...

Perasmian Pejabat Persatuan

           Alhamdulillah, perasmian rumah MES telah sempurna dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dr Saharudin Bin Hj. Ismail, Setiausaha Bahagian Sukan Dan Shaksiah, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada malam hari ahad (9 Mei 2010). Rumah Kedai dua tingkat ini sebagai pejabat Persatuan dan Tempat pelajar-palajar Malasia di Aceh berkumpul dan melakukan Aktiviti disini.

 Pilihanraya Persatuan Pelajar Malaysia Di Aceh.
           Ucapan calon-calon YDP untuk sesi 2010/2011 di Pejabat Persatuan.

Gambar calon YDP dan Pengerusi HELWANIS,

          Gambar ja tak de disitu.he3..ja hanya dapat terlibat secara langsung sahaja kerana ja jangka akan balik awal dan habis belajar sebelum tarikh pimpinan tamat. Apa-apa pun ja juga bantu semampunya untuk menggerakkan persatuan ini. Jawatan tak menandakan seseorang itu perlu bertanggungjawab atau tak. Apa-apa pun semoga pimpinan nanti dapat lebih maju dalam memimping pelajar.
sekian sahaja berita ja yang ringkas ni....


Disediakan Oleh :
Faizal

4 Responses to MAKAN IKAN BAKAR ACEH & MACAM-MACAM LAGI

  1. Anonymous Says:
  2. WOw macam2 aktiviti ja di sana. Best tak makan ikan bakar acheh tu? rasa dia sama tak dengan ikan bakar di Malaysia? Apa2pun good luck buat Ja di sana.


    Dari: Kas & iza

     
  3. Jo & Fatehah Says:
  4. banyak pengalaman baru kat sana.. nanti nak g jalan ke aceh kena bawa makan ikan bakar la.. baru boleh rasa beza dia camna..hehehe

     
  5. Anonymous Says:
  6. Rasa dia lain sikit..yang mana sedap tu tak tahu la sebab yang kat Malaysia pun dah lama benar tak Makan. Kalu nak tahu best ke tak kena tanya kak Asiah. dia yang tolong habiskan ikan-ikan yang tertinggal tu.. Alhamdulla la kat sini pengalaman banyak sangat....

    Kak Asiah dah pergi jalan banyak tempat dah kat kawasan Aceh ni, nanti suh se upload cerita kak asiah kat Aceh, Medan dan Padang secara bersiri kalu panjang sangat...

    mungkin banyak pengalaman yang nak dikongsi nanti...

    Ja

     
  7. jgn tanya kak ashiah, kena tanya kawan dia mana lbh sedap dr malaysai punya. haha. Mana2 yg x habis, dia lah yg akan habiskan. Kalau san x habis, dia lah bacoup. Bertuah. hehe.

    kat sana memang murah. kawan san program UTM ke sana. mlm tu mrk makan dan oder gila2 punya byk. Ikan 3 rasa ber'ekor2 dlm 20 org makan. Mereka terkejut dgn harga. Bereka bajet habislah dlm rm500 lbh krn jumlah yg ramai. Cuma 200,000rupiah. kira2 balik dalam rm200 lbh. Mereka kata sangat murah. Malaysia tak dapat. Memang murah sangat. Konvo ja nanti, boleh lah kita rasa.

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN