Latihan Menembak di KLIA

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Monday, May 10, 2010
Pada 4/5/2010, Pasukan Istiadat JKDM WPKL telah mengadakan satu latihan menembak kepada ahli-ahlinya di Lapang Sasar MAB yang terletak di KLIA. Disebabkan kas salah seorang ahli Pasukan Istiadat, maka kas pun pergilah belajar menembak. Dah lama tak pegang pistol, kali terakhir pegang pistol dan belajar menembak ialah semasa berkursus asas di Melaka selama tiga bulan. Jadi, skills yang ada kena di asah semula.

Sesi pertama, peserta diberia 10 biji peluru dengan menggunakan Gblock. Peserta dikehendaki menembak dalam jarak 10meter. Kemudian, ujian dibuat, peserta diberi 10 biji peluru dan dikehendaki menembak pada papan sasaran yang diletakkan. Ujian sesi satu ni kas dapat 91 daripada 100. Untuk ujian kedua, peserta dikehendaki menembak 10biji peluru dalam masa 30saat. Disebabkan tergesa-gesa, markah yang kas perolehi telah jatuh iaitu kepada 84 markah sahaja. Manakala ujian ketiga kas bangkit semula dah memperolehi mata 94 markah. Markah terkumpul bagi semua ujian tersebut melayakkan kas menduduki tempat ke-4.

Seronok gak belajar menembak ni. Harap-harap banyak lagi latihan menembak pada masa akan datang.

Sekian.

Disediakan oleh:

Kas (8/5/2010)

1 Response to Latihan Menembak di KLIA

  1. Anonymous Says:
  2. wah dah pandai menembak pegawai kastam ni... he...
    nanti bleh mohon pistol peribadi... balik kg tembak tupai...
    Abg ingat blajar pistol masa kadet polis zaman skolah dulu je...
    skarang terlibat dgn RELA... blaja guna M16 ngn senapang patah je...

    pepn, tahniah krn mendapat tempat ke 4, boleh masuk team elit penembak tepat ni... takde camlah penyeludup2...

    Shamsueri Sekeluarga

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN