Tags:

DEMI MASA

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

WE LOVE TOK GURU

BlogMalaysia.com

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

Mentarbiyyah Dan Ditarbiyyah Sang Murabbi

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Sunday, May 31, 2009
Menjadi Ketua Fesi(Murabbi) Untuk Program Pembagunan Sahsiah ’09 Peringkat Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh Negeri Johor
Baru-baru ini, suatu pegalaman yang agak menarik untuk dikongsi bersama di mana san dilantik menjadi ketua fesi bagi program yang agak besar. Bagi san program ini amat mencabar. Memandangkan melibatkan Sekolah-sekolah Berasrama Penuh Sekitar Johor. Sekolah Tun Fatimah, Johor Baharu menjadi tuan rumah. Pihak sekolah tersebut telah meminta Ustaz dari Pusat Pengajian Islam dan Pembagunan Sosial(PPIPS) UTM untuk mencari fesi bagi program tersebut. Pada mulanya wakil ustaz dari PPIPS meminta setiap persatuan-persatuan islam kempus menghantar setiap wakil untuk program tersebut. Pada mulanya, dapat dikumpulkan fesi muslimat 16 orang dan fesi muslimin tak da orang. Dalam kaedaan san yang sibuk, san mendapat tahu perkara ni. Dalam kaedaan yang agak tertekan san menerima menjadi fesi sebagai wakil Kelab Rakan Masjid, Masjid Sultan Ismail UTM. Amat menyedihkan meeting pertama bermula seminggu sebelum program bermula. Semua persiapan dari segi modul dll semuanya tak da. Memandangkan tak da muslimin, aku menjadi moderator dlm meeting itu. Dalam kaedaan tertekan siap beberapa modul. Alhamdulillah.
Meeting kedua di mana tinggal 3 hari lagi dengan program, kali ni lebih tertekan kerana meeting kali ni bersama-sama dengan Ustaz-ustaz dan cikgu dari Sekolah Tun Fatimah. Dengan yakin aku membentangkan dihadapan mereka perancangan kami. Agar cikgu-cikgu ni balik ke sekolah dengan yakin. Mereka pun amat ambil berat kerana program ni peringkat Negeri Johor. Siapa tak gugup, kali pertama jadi ketua fesi terus kena sekolah asrama penuh. Awal-awal lagi cikgu-cikgu mereka berkata bahawa pelajar-pelajar ini dah biasa dengan program motivasi.
Walaupun waktu tu semua fesi agak tertekan, tapi kami buat selamba/biasa dan yakin. Kerana imej UTM yang kami bawa nanti. Waktu ni, aku masih kebigungan bila ustaz bertanya mana fesi muslimin. Malam tu juga aku telefon sahabat-sahabat, kesemua sahabat-sahabat ku ada program pada tarikh tersebut. Agak sukar kerana 2 hari dari program, aku perlu mencari sahabat yang biasa dengan program motivasi pelajar. Tambahan pula mad’u kali ni pelajar-pelajar cerdik pandai dari sekolah asrama penuh dan pelajar-pelajar terpilih seluruh sekolah Sains sekitar Johor.. Alhamdulillah malam tu aku dapat 3 orang sahabat bersedia bantuku. Mereka semua tinggal program mereka semata-mata ingin membantuku untuk program ni. Alhamdulillah meeting ketiga aku dapat kumpulkan 4 orang muslimin mulanya. Bertambah seorang lagi pd awal pg sebelum bertolak. Semuanya 5 orang fesi muslimin dan 16 fesi muslimat. Dengan tekat dan semangat kami gagah membawa visi dan misi untuk mencapai objektif program ini.
Majlis penyerahan penyerahan pelajar-pelajar kepada fesi-fesi dirasmikan oleh Ketua Pelajaran Negeri Johor, maka bermulalah Program Pembagunan Sahsiah Pelajar Tingkatan 5 anjuran Sekolah Tun Fatimah dengan Kerjasama Pusat Pengajian Islam & Pembagunan Sosial UTM. Ia merupakan program peringkat Sekolah Berasrama Penuh Negeri Johor, dan dana program terus daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Makanan agak mewah sikit..
Tema yang dibawa ialah “TARBIYYAH PEMANGKIN KECEMERLANGAN UMMAH” Sasaran ialah sekolah-sekolah Sains sekitar Johor. Program selama 2 hari 1 malam. Antaranya sekolah yang terlibat ialah Sekolah Tun Fatimah ( seramai 145 orang peserta perempuan), Sekolah Menegah Sains Kota Tinggi ( 5 lelaki & 5 perempuan), S.M. Sains Johor (5 lelaki & 5 perempuan), S.M Sains Sultan Iskandar (5 lelaki & 5 perempuan). Bayangkan seramai 160 peserta perempuan dan hanya 15 orang peserta lelaki. Tepatlah fesi muslimat seramai 16 dan fesi lelaki seramai 5 orang. Suatu pengalaman yang amat bermakna, aku mengetuai fesi untuk jayakan program yang agak besar ini. Berani san kata, sepanjang program berlansung. Kebanyakkan plan B digunakan daripada plan A. Alhamdulillah ia berjalan dengan baik sepanjang program. Hampir kesemua objektif kami dapat capai. Mendapat pujian dari guru-guru dan mereka berani jemput jika ada program sekolah tersebut pada masa-masa akan datang. Daripada feedback pelajar-pelajar kebanyakkan positif.
Majlis penutup dibuat agak gilang gemilang, dimana majlis ni sekali lagi di rasmikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Johor. Dalam majlis ni kali pertama san rasa berucap dihadapan audience yang begitu ramai. Tambahan pula daripada guru-guru sekolah, pelajar-pelajar dan tetamu-tetamu jemputan. San bercakap agak formal dan yang penting bercakap dengan yakin, memang jaga daripada terkeluar istilah-istilah Kelantan.Alhamdulillah dapat juga sijil daripada Jabatan Pelajaran Johor, Semester lepas san dapat sijil daripada Jabatan Sukan Negeri Johor kerana menyertai Waja Diri peringkat Kebangsaan (IPT & Sekolah). Sijil daripada Jabatan Agama Islam negeri Johor pun ada.. Sijil Kahwin..hehe.
Beberapa hari selepas Program Pembagunan Sahsiah Pelajar ’09, satu program yang agak rasmi di anjurkan oleh Pusat Pengajian Islam & Pembagunan Sosial UTM untuk meraikan& penghargaan kepada para fesi yang terlibat dan guru-guru. Program tersebut dipanggil Makan Malam Ukhwah '09. Penyerahan sijil dan cendermata kepada para fesi, penasihat tetamu jemputan dan guru-guru sebagai penghargaan. Di sini, pandangan dan komen yang agak positif daripada guru-guru hasil daripada soal selidik kepada pelajar-pelajar yang terlibat dengan program lepas..
Alhamdulillah, sepanjang program ni berjalan. Sangat banyak pelajaran, pengalaman dan didikan pada diriku sendiri. Program ni berjaya semua dengan izin Allah. Alhamdulillah..

Disediakan oleh:-
Mohamad Hafsan Hussin (Dari Johor)

3 Responses to Mentarbiyyah Dan Ditarbiyyah Sang Murabbi

  1. Wow panjang betul cite org johor nie..patutlah lama kena pk...Tahniah!! teruskan usaha.

     
  2. Ni baru satu,banyak lg ni. Boleh terabai blog san kalau mcm ni. heheeh

     
  3. Alhamdulillah...
    Syukur kerana program San berjaya...
    Semoga program seperti ini dapat melahirkan lebih ramai permata muslimin dan muslimat pada masa hadapan...

    Insyaallah...

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN