Tags:

DEMI MASA

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

WE LOVE TOK GURU

BlogMalaysia.com

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

CERITA DARI MELAKA - KAWAD OH KAWAD

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Friday, July 24, 2009
Cerita dari Melaka kembali semula selepas sekian lama menyepi kerana kesibukkan aktiviti yang terpaksa dilalui sepanjang berkursus di Melaka. Kali ini kas nak melaporkan aktiviti-aktiviti yang telah kas lalui sepanjang berkursus PPIP di Akmal, Melaka.

A)UJIAN KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN


Minggu pertama, kesemua peserta kena melalui ujian kecergasan jasmani. Ujian ini akan mengukur kekuatan dan ketahanan fizikal para peserta sebelum berhadapan dengan latihan kawad selama dua minggu. Pelbagai skop ujian kecergasan yang dilaksanakan salah satunya ialah berlari. Memenatkan tapi menyihatkan.

B) BAJU KAWAD & KILAT KASUT


Oleh kerana peserta kursus harus melalui latihan kawad selama dua minggu. Maka sebelum latihan tersebut, kas dan kawan-kawan pergi memohon peralatan kawad seperti baju, kasut, tongkat, bering dan sebagainya. Manakala pada sebelah malamnya, kas dan kawan-kawan berkumpul untuk mengilatkan kasut kawad yang harus dikilat sehingga boleh dibuat cermin. Namun malangnya, kasut kas tak pernah kilat coz kas tak beberapa pandai sangat mengilat kasut. Peserta yang kasutnya tidak kilat akan didenda oleh jurulatih samada hentak kaki 10kali atau 1 papan (lari satu round).

C) KAWAD OH KAWAD

Bermua 7.07.09 sehingga 17.07.09 latihan kawad bermula. Maka kas dan kawan-kawan kena menjalani latihan kawad bermula pada pukul 7.30pagi sehingga 2.30petang dan bersambung semula pada pukul 5.00petang sehingga 6.30petang. Memang menenatkan aktiviti kawad ni, sehinggakan kulit gelap kerana terbakar di bawah cahaya matahari yang panas dan terik. Kalu tengok di dalam gambar di atas, ramai yang kepenatan. Dalam kawad ni kena belajar kawad asas, kena belajar hukuman/arahan kawad, ada ujian dan ada persembahan kawad. Ujian & Persembahan kawad akan kas cerita di bawah tajuk yang spesifik nanti.

Sekian dulu cerita kas dari Melaka. Banyak lagi cerita yang kas nak tulis. Tunggu.....

Daripada: Mohd Kasturi

0 Responses to CERITA DARI MELAKA - KAWAD OH KAWAD

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN