Tags:

DEMI MASA

AYAHANDA

AYAHANDA
HUSSIN BIN OMAR

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

ANAK BERANAK


WE LOVE TOK GURU

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

MENJENGUK AKTIVITI DI KAMPUNG (siri 4)

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Tuesday, July 21, 2009

Selamat bersua kembali kepada semua pelayar laman blog keluarga hussinhalimah. Mungkin ramai tertanya-tanya kenapa slot "Menjenguk Aktiviti Di Kampung" sunyi sepi tanpa berita hampir dua minggu. Sebenarnya, penerbit (JaJo) semenjak dua menjak ini diselubungi kesibukan tugas masing-masing. Jo sekarang sibuk dengan kerjanya sebagai PA di Kolej KIAS, tempat yang jo belajar dulu. Manakala Ja pula sibuk dengan tugas-tugas menjaga ayam daging yang diternak, menolong mek ayah di kampung dan menguruskan hal-hal untuk meneruskan pengajian di Indonesia. Pendek kata, si kembar sekarang sibuk dengan tugas yang mereka perlu uruskan yang akhirnya maklumat dari kampung tidak dapat dihebahkan di dalam blog dengan cepat dan terkini.

Di dalam Siri 3 ini, penerbit akan menceritakan dua peristiwa yang penting yang terjadi di kampung iaitu Pilihanraya Kecil Dun Manek Urai dan Kisah Lori Pok Su.

PILIHANRAYA KECIL DUN MANEK URAI

Disebabkan semangat Mek dan Ayah memang tidak boleh disekat lagi, Mek bersama Ayah yang masih tidak berapa gagah lagi telah merancang untuk pergi ke proses penamaan calon dengan ditemani oleh Ja sebagai driver. Maka, pagi-pagi lagi Mek dan Ayah pun bersiap sedia dengan satu beg bendera bulan terus bertolak ke Kuala Krai. Walaupun terperangkap dalam jem yang lebih 5km, perjalanan tetap diteruskan untuk sampai di tempat penamaan calon sehingga berjaya tiba di tempat yang dituju. Lihatlah gambar yang sempat dirakam….

Semangat Ayah dan Mek tidak terhenti begitu sahaja walaupun Mek dan Ayah baru sahaja balik dari Klinik kerana kurang sihat, Mek & Ayah terus merancang untuk pergi sekali lagi ke Manek Urai semasa pembuangan undi. Mek & Ayah ditemani oleh Ja telah berada di Manek Urai sehingga pengumuman keputusan pilihanraya Dun Manek Urai dibuat.

Tengok la betapa semangatnya Mek & Ayah di dalam pilihanraya kecil di Dun Manek Urai, ni tak termasuk bendera yang dikeluarkan di kiri dan kanan kereta lagi..hehehe..siap sampai kat rumah lagi bendera tidak dibuang pada malam tersebut. Ni la kereta yang mendapat perhatian ramai, tapi yang sedihnya hon pulak tak berbunyi untuk balas serangan hon yang bertubi-tubi kepada kereta tersebut tanda tarikan.:-). Walaupun kemenangan tipis di sana, tetapi dengan kekuatan yang terlalu besar yang digunakan oleh pihak lawan, namun pertahanan para petugas tetap utuh hingga kesaat akhir.


LORI POKSU TIE NYARIS TERBALIK DAN JATUH CURANG!!!!

Yang ni memang berita yang mencemaskan yang terjadi di kawasan kebun durian. Ia terjadi semasa Pok Su Tie yang membawa lori ke kebun untuk mencari dan mengangkut durian bersama Mek dan Abang Nik. Lori diletakkan dilereng bukit cuba dipusingkan untuk menuruni bukit tetapi keadaan bukit tinggi dan jalan yang licin menyebabkan tayar tidak dapat mencengkam dan menggelongsor ke lereng bukit. Mek dan A.Nik bergegas ke tempat lori terus menelifon tie serta memanggil Ja dan Joe yang pada masa itu direban ayam untuk mengambil land rover bagi menarik lori tersebut. Ja terus balik ambil landrover dan bergegas ke kebun dengan segera yang hadir seperti hero Hindustan. Jadi, disebabkan keadaan tidak sesuai untuk ditarik, beberapa bentuk percubaan dibuat tetapi gagal….

Oleh kerana land rover terhalang untuk naik, tarikan berbentuk U terpaksa dibuat tetapi gagal kerana kayu yang menahan tidak mampu menampung berat lori. Akhirnya, Poksu mengambil keputusan untuk menyusun kayu sebagai titi dan bergerak dengan bantuan land rover menarik sebelah sisi sebagai berjaga-jaga daripada terbalik ke curang. Akhirnya, cara tersebut telah berjaya. Aksi-aksi itu tadi tidak dapat dirakam kerana jurugambar pun kalut ribut pada masa itu. Maklumlah, kena jadi hiro sampai kain pelekat pun tak sempat tukar…hehehe

Disediakan oleh: Ja & Jo

2 Responses to MENJENGUK AKTIVITI DI KAMPUNG (siri 4)

  1. ore Says:
  2. assalamualaikum..

    hebat betul org pantai timur kalau time pilihan raya terutamanya kelantan n terengganu, meriah jalan raya dgn bendera2 bulan n dacing..mcm ada pesta bendera lak..itu belum tengok kesibukan petugas2 yg memerah keringat siang dan malam.. masyaAllah..hanya Allah shj yg blh m'bls jasa mereka2 yg mahu Islam ditegakkan di muka bumi ni..

    kalau kt johor jgn harap la dpt tngk suasana mcm ni, tak semeriah ini..sunyi sepi mcm tak ada apa2 yg berlaku je..susah jg nk jmpa bendera2 bulan melainkan kt kwsn2 yg terkenal hard cor, almaklumlah negeri johor darul ta'zim..pe pn tak putus harapan agar satu hari nanti ore bule dpt menguasai negeri biru pekat ni hehe

    ore kelate yg nk duk johor tu kena siap sedia la ye heehee ;-)

     
  3. Org Kelate Says:
  4. jangan risau, gelombang hijau dah mula nak sampai kat johor.. yang penting kerja kuat:-)

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAKLUMAN

Sekiranya display cerita hanya memaparkan satu / dua cerita sahaja, Para tetamu blog boleh menekan topik-topik yang berada di bawah ini untuk tatapan atau bacaan. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

(masalah teknikal display/publishing ini tidak dapat diatasi walaupun pelbagai cara telah dilakukan. Sekiranya mana-mana tetamu blog yang pakar dalam bab ni, bolehlah memberi cadangan penyelesaian melalui kotak borak-borak)

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KELUARGAKU

KELUARGAKU

KAWAN-KAWAN