Tags:

DEMI MASA

AYAHANDA

AYAHANDA
HUSSIN BIN OMAR

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

ANAK BERANAK


WE LOVE TOK GURU

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

Menjenguk Aktiviti Rumah Kampung (siri 5)

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Thursday, July 23, 2009
Salam sejahtera kat semua, baru je jumpa dalam slot ini beberapa hari lepas dalam siri ke 4. So, sebab dah lama dah bertangguh pada siri lepas jadi siri ke5 pun mengekori rapat tidak sabar nak disiarkan. Pada kali ini hal musim durian tetap menjadi topik utama dalam keluaran ini. Dengan durian semua boleh jadi dan mencorak ceria suka duka. Sebut hal durian, buat masa ni musim durian dan mencapai tahap kemuncaknya apabila jumlah durian yang luruh terlalu banyak sampai tidak habis untuk dimakan, dijual dan dibahagikan kepada orang lain dan program-program kat kampong.

LEPUK DURIAN

Jadi, bila situasi ini berlaku maka beberapa benda mula boleh dibuat terutamanya untuk menikmati durian pada masa yang lama. Selain durian boleh dijadikan jemput, durian juga boleh dibuat sebagai tempoyak dan 'lepok' (seakan dodol durian) dan boleh disimpan dalam masa yang lama. Jom kita pergi jenguk kat rumah proses-proses membuat Lepok Durian yang memang perlu banyak guna tenaga dan masa untuk disiapkan. Maka, bermulah mek, ayah, Dah, Kak Yatie, Abe Kamil, Ja dan Joe pun memulakan operasi ini dengan membuka dan mangasingkan durian dari bijinya..Selepas beberapa jam, acara memasak pun bermula…

Sebenarnya, masa nak kacau la paling letih. Dah la berat, masa nak boleh masak pun kena kacau sehingga 6-8jam baru jadi lepok. Sebelum ni masak dah sekali kat luar rumah menggunakan kawah. Yang ni pulak kat atas rumah sampai ke malam baru boleh makan. Jadi, boleh la sape-sape nak rasa lepok durian yang dibuat sendiri..:-)


KUNJUNGAN KAWAN AZI KE RUMAH

Seterusnya, nak diceritakan tentang kehadiran kawan-kawan azi kat rumah. Kehadiran mereka tidak lain dan tidak bukan adalah nak merasai sendiri musim buah di kampung kita. Seramai 4 orang telah datang dan semuanya bukan dikalangan yang tinggal di kampung. Jadi, oleh kerana tidak biasa di kampung, pengalaman mereka sangat bermakna di kampung ini.

Bila tibanya diorang dirumah, banyak lah aktiviti yang dirancang. Antaranya seperti pergi ke kebun cari durian, makan durian yang kat danga (pondok durian), panjat rambutan, manggis, duku dan lain-lain. Mereka juga sempat berjalan-jalan di kolam ikan keluarga dan memberikan makanan ikan. Kadang-kadang berjalan kaki, kadang-kandang naik land rover. Barula diorang dapat rasa panjat bukit tinggi sampai kadang-kadang hampir nak merangkak sebab nak tumbang..:-).
Itulah pengalaman azi dan kawan-kawannya semasa datang kerumah sampai duk tringin untuk datang lagi, ditambah pulak anak-anak sedara turut sertai. Tetapi ada jugak permintaan tak tercapai seperti pergi melihat sendiri reban ayam JaJoe dan mandi kat sungai kerana dua hari dua malam dirumah memang pendek untuk pergi semua tempat. Lihatlah gambar-gambar yang sempat dirakam…


KOLAM IKAN KELI SIAP DIBINA

Sebelum siri ke5 tamat, mari kita lihat perkembangan kolam ikan keli ayah yang ke2 dulu. Selepas pembinaan memakan masa sebulan, kolam kedua telah pun siap dibina dan macam biasa la, benda yang pertama akan dibuat oleh cucu-cucu ayah ialah dijadikan sebagai kolam mandi… maka, lengkap dengan seragam pun terus terjun ke 'kolam renang' yang baru dibina… ayah pun duk termenung la nak bagi ada juga kolam mandi keluarga yang dibina khas.:-)
Justify Full Gambar diatas yang bahagian bawah itu kolam ikan keli pertama. Sekarang 2000 lebih anak ikan keli dilepaskan yang dijangka mula boleh dimakan dan dipasarkan pada bulan ramadhan nanti.. penjagaannya juga telah dibantu oleh kak mah dan suaminya telah meringankan kerja-kerja ayah dirumah.

Disediakan Oleh:

Ja & Joe

2 Responses to Menjenguk Aktiviti Rumah Kampung (siri 5)

  1. banyak aktiviti menarik dari kampung.

     
  2. banyak aktiviti menarik dari kampung.

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAKLUMAN

Sekiranya display cerita hanya memaparkan satu / dua cerita sahaja, Para tetamu blog boleh menekan topik-topik yang berada di bawah ini untuk tatapan atau bacaan. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

(masalah teknikal display/publishing ini tidak dapat diatasi walaupun pelbagai cara telah dilakukan. Sekiranya mana-mana tetamu blog yang pakar dalam bab ni, bolehlah memberi cadangan penyelesaian melalui kotak borak-borak)

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KELUARGAKU

KELUARGAKU

KAWAN-KAWAN