Tags:

DEMI MASA

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

WE LOVE TOK GURU

BlogMalaysia.com

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

UCAPAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM USTAZ HALIM DAN ILYAS

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Sunday, July 26, 2009
Keluarga Hussin mengucapkan ucapan takziah kepada Keluarga Allahyarham Ustaz Abdul Halim bin Ramli, 41 dan Keluarga Mohd Ilyas bin Zakaria,24 (anak Pok Ya) yang telah kembali ke rahmatullah pada 8 Julai 2009. Ustaz Abdul Halim yang meninggal dunia pada jam 8.00pg di Hospital Besar Tanah Merah akibat penyakit jantung dan serangan paru-paru berair selepas dua hari dimasukkan ke hospital berkenaan. Allahyarham merupakan seorang yang aktif dalam perjuangan Islam dan program masyarakat malah memegang jawatan Ketua Penerangan PAS kawasan Tanah Merah. Kehilangan Ustaz Halim begitu dirasai oleh seluruh penduduk kawasan Tanah Merah terutamanya yang pernah mendengar tazkirahnya yang lantang di masjid-masjid seluruh Tanah Merah termasuk Masjid Peralla.

Allahyarham juga sebelum ini merupakan anggota jawatankuasa Pemuda PAS Kelantan dan pernah mengetuai Dewan Pemuda PAS Jeli sebelum berlaku persempadanan baru pilihan raya malah seorang yang berjaya dalam perniagaan. Sempat juga bertugas di Manek Urai untuk menjayakan PAS pada pilihan raya yang lepas. Ayah, Mek sekeluarga sempat melawat pada hari tersebut yang turut dihadiri oleh exco-exco dan ADUN Kerajaan Negeri Kelantan.

Manakala, Allahyaryam Mohd Ilyas juga meninggal pada hari yang sama pada pagi tersebut dirumahnya Kampung Batang Bergedik selepas mengalami penyakit misteri yang lama. Allahyarham meninggal dunia selepas penyakitnya itu telah sembuh sepenuhnya mengikut kata ayahnya kepada Ayah dan Mek semasa pergi melawatnya. Allahyarham Ilyas telah dikebumikan selepas Asar di Tanah Perkuburan Islam Bukit Pauh manakala Allahyarham Ustaz Halim dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 9, Batang Merbau Tanah Merah pada masa yang sama. Al-Fatihah.

Disediakan Oleh:
Ja&Joe

2 Responses to UCAPAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM USTAZ HALIM DAN ILYAS

  1. innalillah....'un.. Ustaz Halim.. Allah tarik ilmu itu bersama ulama.. YaAllah, permata asyarakat yg sukar diganti..

    Alias dah kembali ke rahmatullah.. waktu darjah satu hingga enam. Dialah kawan rapat San.. Selalu naik basikal bersama2.. Semoga Mrk dikalangan org2 soleh dan dalam rahmat Allah.. Amin..

     
  2. Takziah buat keluarga yang kehilangan ahli keluarga. Kehilangan Ustaz Halim sukar di cari ganti.

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN