Salam Perantauan dari Aceh

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Saturday, August 29, 2009
Assalamualaikum dan salam perantauan kepada semua family dan tetamu blog ini. Dalam lembaran pertama ini ja hanya mahu menceritakan sedikit sebanyak berita ja yang bermula dari Malaysia hingga sampai ke bumi aceh yang mungkin ujian yang diuji supaya ja sentiasa ingat kat kampung....:-)

Malam sebelum bertolak ke aceh :

Pada Petang selepas asar Ja dan Jo mendapat satu berita yang mengejutkan tentang tuan rumah sewa yang ja & Jo sewa dulu meninggal dunia kerana jatuh dari bangunan tempat dia bekerja di ketereh. Selepas solat Magrib Ja & Jo bergegas ke Kota Bharu yang kebetulan pada waktu itu hendak menghantar beg ke pejabat kias. Secara ringkasnya selepas melawat dalam jam 11.30 terus balik dan dalam perjalanan dalam lingkungan jam 12 malam malam tak berbau kereta yang Ja&Jo bawa rosak di Jambatan Kelantan dekat dengan Tanah Merah. Kerana terlalu terdesak Ja & Jo terpaksa bergerak secara perlahan dan akhirnya jam 1 pagi sampai ke rumah.

Awal pagi :
Seperti yang dijadualkan, pada malam itu juga terpaksa angkut ayam dari reban ke kedai abe kamil untuk jualan pembukaan puasa. Tanpa berlengah bersiap-siap jam 1.30 pagi terus turun dengan land rover untuk memindahkan ayam. Tetiba pada malam tu lampu land rover terpadam ketika berada di tengah-tengah hutan, pe tak nya waktu tu macam pencuri ayam Ja & Jo bergerak dan berkerja ditengah-tengah malam. kalu terserempak dengan polis naye kena tangkap. tapi dengan semangat kerjasama dapat juga disiapkan dengan mudah walaupun waktu balik mengalami kesukanaran melihat jalan. kerana masalah-masalah tidak dapat dielakkan pemindahan ayam siap hampir 3 pagi dan sempat melelapkan mata sekejap...walaupun berat ja rasa tu antara kenangan yang paling bermaksa sebelum ja sampai ke bumi Aceh.....

Bertolak dari Kelantan :

Maka bermulalah cerita Ja...seawal 5 pagi bangun dan bertolak dari rumah untuk pergi ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa seawal jam 6.30 pagi lagi.. Ja yang ditemani oleh Mek, Ayah, Azi dan Jo. Pada awalnya ja tidak begitu sedih untuk tinggalkan malaysia kerana Ja kan balik sebulan selapas berada di sana. Selepas bersalam dangan Mek & Ayah, Ja mula rasa sedih tambahan pula ketika Kapal Terbang mula bergerak dan terbang dan terlihat Mek, Ayah, Jo, Azi yang menunggu di tepi jalan. Waktu tu Ja rasa sedih seperti ada yang tak kena. Bila sampai di aceh baru persoalan tu terjawab bila ja mendapat berita yang semua pelajar baru tidak dibenarkan balik selama 6 bulan pertama untuk urusan visa & pasport pelajar walaupun cuti hari raya 3 minggu.

Tiba di LCCT Kuala Lumpur.



Ja tiba di LCCT jam 9.40 pagi dan di sambut oleh a.shamsuri bersama kak sue dan anaknya, abg kasturi dan Ayah, Mama dan adik Aisyah yang datang jauh dari Johor. Di LCCT sempat makan dan bersembang di kedai makan. Tepat jam 1.30 petang Ja Bertolak dari LCCT ke Aceh yang memakan masa 1 jam 20 minit. Untuk pengetauan ini kali pertama Ja merasai naik kapal terbang, Perasaan takut, gementar, teruja dan macam-macam rasa ada, maklum la orang dangat...hehehe

Tiba di Aceh :

Jam 2.20 tiba di aceh, sebelum turun dari atas ja melihat kawasan aceh yang terbentang luas di tepi persisiran pantai. Kebetulan yang duduk di tepi Ja hari tu penduduk aceh yang juga pernah belajar di IAIN tempat Ja nak pergi belajar dan sekarang dia ambil master di UM. Dari atas dia menceritakan kisah dan kesan thunami di aceh, dia menunjukkan kawasan yang mengorbangkan lebih 250 000 orang penduduk di kawasan itu, dari atas masih jelas kesan-kesan thunami. Memang menakutkan dan mengerikan tambahan pula kali pertama lihat. (ja akan ceritakan beberapa tempat lagi kesan thunami dan cerita-cerita yang menarik di sini pada lembaran seterusnya....tunggu ye...;-)..) tiba di aceh ja disambut meriah oleh pelajar pelajar Malaysia disana yang diketuai oleh Presiden Persatuan Pelajar Malaysia di sana...

sekian dahulu setakat ini daripada aceh.. tunggu berita seterusnya seperti pengalaman naik labi-labi dan pendayung yang tidak ada di malaysia serta cerita tentang thunami di bumi aceh serta budaya dan makanan yang ja sendiri masih dalam penyesuaian lagi..Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan dan kata semangat untuk Ja terus belajar di sini.. walaupun hanya seberang tetapi Ja merasa begitu jauh apabila tidak dapat balik pada tiga majlis besar di rumah seperti Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Majlis Perkahwinan Jo dan Abang Kasturi... Ja disini akan berlajar bersungguh-sungguh sebagai hadiah untuk semua....;-)

wassalam.

Lembaran Aceh :
Ja

2 Responses to Salam Perantauan dari Aceh

  1. Semoga Ja mampu mebawa pulang kejayaan buat Mek & Ayah di Kampung. Teruskan berusaha dan kuatkan kesabaran.

     
  2. moga Allah Rahmati Perjuangan ja di Seberang.

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAKLUMAN

Sekiranya display cerita hanya memaparkan satu / dua cerita sahaja, Para tetamu blog boleh menekan topik-topik yang berada di bawah ini untuk tatapan atau bacaan. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

(masalah teknikal display/publishing ini tidak dapat diatasi walaupun pelbagai cara telah dilakukan. Sekiranya mana-mana tetamu blog yang pakar dalam bab ni, bolehlah memberi cadangan penyelesaian melalui kotak borak-borak)

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KELUARGAKU

KELUARGAKU

KAWAN-KAWAN