BERDEMO BERSAMA KELUARGA....

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Thursday, August 6, 2009
1 Ogos Sejarah Buat Mek...

Alhamdulillah, demi menyahut seruan pimpinan Islam, maka mek, ja, jo & shamsuri telah melangkah kaki bersama2 pejuang2 Islam naik ke KL bagi merealisasikan Demonstrasi Bantahan ISA yang diadakan pada 1 Ogos 2008.

Mek, Ja & Jo bertolak dengan keterapi dr TM jam 9.30mlm & sampai Mentakab jam 3.30pg. Shamsuri dengan berbesar hati menjemputsemua dan terus bertolak ke KL. Dalam perjalanan ke KL, kami menempuh 5 sekatan & pemeriksaan oleh Polis & JPJ. Pelbagai soalan diajukan. Alhamdulillah, semua soalan dapat dijawab dengan tepat dan munasabah krn dibantu oleh ja&jo.

Selepas solat di hentian Gombak, kami menuju ke Hentian Putra dengan menaiki Kelana Jaya Airline. Kereta parking kat situ je demin mengelak daripada berlaku kesesakan dan kerosakan. Alhamdulillah kami tiba di Masjid Jamek jam 7.15pg.

Step pertama ialah, cari tempat makan. Oleh kerana ramai peserta demo datang awal, maka banyaklah kedai2 makan penuh. Inilah dikatakan durian runtuh untuk peniaga2 di sekitar KL. Walau bagaimanapun, rezeki datangnya daripada Allah, maka kami dapat juga makan dengan kenyangnya. Alhamdulillah.
Nak dijadikan cerita, pukul 8.30pg peserta mula memenuhi perkarangan Masjid India memandangkan Masjid Jamek telah dikepung oleh pihak polis. Maka,polis perlu bertanggungjawab kerana umat Islam kat KL tak dapat nak solat duha.

9.00pg, polis mula buat tangkapan dan melakukan keganasan kepada orang awam terutamanya rakyat malaysia. Ramai yang tak berpuas hati kerana sifat ketidakperihatian dan keganasan polis amat ketara. Tanpa mengira usia, polis menangkap dan melakukan kekasaran.
Apa yang merisaukan ialah keselamatan mek dan ahli keluarga lain.

Kami tetap bersabar berada di situ walaupun tangkapan demi tangkapan telah dibuat oleh polis untuk menakut2kan masyarakat. Shamsuri & Jo turut ditangkap serta digeledah barangan yang dibawa. Alhamdulillah dilepaskan semula.Kami yakin yang Allah akan bantu orang yang teraniaya. Moga Allah beri ujian yang setimpal kepada polis dan pemerintahnya.

Alhamdulillah 1.30ptg kami solah berjemaah di Masjid India. Selepas solat, Naib Presiden Dato Tn Ibrahim telah membaca doa selamat dan kami berarak ke SOGO. Shamsuri bertugassebagai Unit Amal, maka berpisah sementara dengan Mek, Ja & jo. Pada awal perjalanan, demo agak aman. Walau bagaimanapun, "kusangka panas sampai ke petang, rupa2nya hijan turun tiba2".

Polis dengan segaja menonjolkan kezalimannya dengan menembak gas pemedih mata serta semburan air gatal. Maka bertaburanlah rakyat menyelamatkan diri. Tapi demi maruah Islam, kami tetap teruskan. Macam2lah ujian lepas tu.

Nak diadikan cerita, shamsuri telah ditangkap kali ke-2. Dikawal oleh 10 orang polis dengan melepaskan kata2 kesat. Shamsuri tetap tabah. Dalam kepala yang nampaknya, mesti kena naik truk polis pas tu kebalaik.Doa dipanjatkan, bantuan Allah sangat diperlukan. Polis arahkan buka baju. Maka dituruti. setelah berbincang dengan penuh hikmah, Alhamduillah, polis dengan rela melepaskan Shamsuri, cuma tak dibenarkan memakai baju Unit Amal. Alhamdulillah.

Kami bertolak balik ke Gombak dan tiba di sana maghrib. Makan sekejab di simpang stesen LRT,pastu bertolak ke mentakab kerana mek, ja & jo naik ketapi jam 12.56mlm. Alhamdulillah, kami selamat sampai ke destinasi masing2.

Hidup Islam...
Hidup Rakyat...
Jihad Untuk Islam...

by Shamsueri

4 Responses to BERDEMO BERSAMA KELUARGA....

  1. wow...hebat mek, ja, jo & abe syam. Memang berani and kuat. Alhamduillah la selamat semuanya. Kas juga tak leh nak joint.

     
  2. Anonymous Says:
  3. sebagai ahli PAS, saya malu la anda buat macam ni.

     
  4. faizul Says:
  5. sebagai ahli pas, kita patut pergi dan tengok sendiri apa sbenarnya berlaku...;-)

     
  6. to anonymous...anda tak perlu malu coz anda tak buat apa2. Mana-mana ahli pas yang terlibat dengan perhimpuan membantan ISA mereka sebenarnya berdiri di belakang pepimpin PAS dan golongan ini ada golongan yang setia kepada pemimpin dan berdiri teguh dan sanggup berkorban apa sahaja. So setiap orang ada prinsip. saya tau anda pun memiliki prinsip. so tak perlu merasa malu dengan prinsip orang lain. Yang penting anda kena yakin dengan diri ada, dan kami yakin dengan diri kami.

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAKLUMAN

Sekiranya display cerita hanya memaparkan satu / dua cerita sahaja, Para tetamu blog boleh menekan topik-topik yang berada di bawah ini untuk tatapan atau bacaan. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

(masalah teknikal display/publishing ini tidak dapat diatasi walaupun pelbagai cara telah dilakukan. Sekiranya mana-mana tetamu blog yang pakar dalam bab ni, bolehlah memberi cadangan penyelesaian melalui kotak borak-borak)

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KELUARGAKU

KELUARGAKU

KAWAN-KAWAN