BERAKHIRNYA KURSUS PPIP SIRI 1/2009 DI AKMAL MELAKA

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Sunday, September 13, 2009
Pada 11hb September 2009 (Jumaat), maka berakhirlah kursus PPIP Siri 1/2009 dengan jayanya. Pelbagai memori dan kenangan yang dapat dilakar sepanjang berkursus selama hampir 3bulan.


Majlis penutupan kursus berlangsung sebaik sahaja peperiksaan kursus tamat. Majlis ini dimeriahkan dengan penyampaian hadiah-hadiah bagi Penghulu & exco-exconya, top 10 ujian pra-pasca, top 5 ujian pasca, dan Gold medal bagi ujian UKJK.
Bagi top 10 untuk ujian pra-pasca, tak sangka kas tersenarai dengan mendapat tempat ke-10. Gelas di atas tu merupakan hadiah yang kas dapat bagi kedudukan ke-10.
Segala kenangan, onak dan duri kursus PPIP Siri 1/2009 dicoretkan di dalam Buletin 1001 Cerita, Memoir of PPIP Siri 1/2009 yang diterbikan oleh unit Buletin. Kas merupakan salah seorang ahli jawatankuasa unit buletin. Jadi, banyak juga hasil buah tangan kas menghiasi Buletin tersebut. Walaupun setiap peserta terpaksa keluarkan duit RM50 untuk menghasilkan buletin ini, namun ia tetap sesuatu pelaburan yang bernilai kerana Buletin itu memaparkan kenangan-kenangan dan kisah-kisah sepanjang berkursus. Ia kenangan yang sukar di cari ganti dan sukar dilupakan.

Disediakan oleh: Mohd Kasturi (13-09-2009)

0 Responses to BERAKHIRNYA KURSUS PPIP SIRI 1/2009 DI AKMAL MELAKA

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN