SEMINGGU DI ACEH - Pegalaman baru

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Wednesday, September 2, 2009
Salam Perantauan......
Alhamdulillah pejam celik pejam celik dan lebih 10 hari ja berada di aceh....

sebelum ni ja ceritakan waktu ja bertolak, kali ini nak berkongsi tentang pengalaman selama seminggu ja melalui suasana baru, ada yang suka, duka dan teruja.



Semasa di aceh ja dan kawan-kawan diletakkan di sebuah rumah sewa yang telah dicari oleh persatuan kerana cara mencari dan berunding untuk mendapatkan rumah tidak sama dengan di malaysia. Cara membayar sewa pula tidak dibayar secara bulanan tatapi perlu dibayar setahun terus atau dua tahun mengikut perjanjian. Rumah yang ja duduk tu perlu mambayar sewa selama 2tahun yang berjumlah rp30juta satu rumah. Kalau kat malaysia 30 juta bukan panggil sewa dah, tapi beli terus, tapi kat aceh biasa dengan jumlah tu. Kalu kira harga malaysia berjumlah RM10714.30. Jumlah besar, tapi kira perseorang setiap bulan dalam lingkungan RM31.90. Rasa berat dan mahal sebab terpaksa membayar 2tahun.
Rumah agak selesa kerana mempunyai 5 bilih dan 5 bilik air serta mozek dari luar hingga ke tandas. bila dilihat kawasan kampung tu kabanyakan rumah bermozek, bila ditanya harga mozek dan semen di sana memang murah. pada hari pertama kerana rumah kosong terpaksala tidur atas mozek yang sejuk... maka meringkutla habis segala anak cucu adam...hehehe

Kerana tidak tahan kesejukan, hari kedua wakil persatuan datang membantu untuk membawa kami ke banda aceh membeli peralatan keperluan, maka bermulalah kenangan yang melucukan tapi memeningkan......kami menyewa kenderaan yang bernama labi-labi sebanyak 3 buah bukan 3 ekor hehehe untuk kebandar, tu kali pertama kami naik labi-labi....

Ni la gambaran labi.....labi merupakan pengankutan utama untuk ke bandar (tambang rp2000/3000)





maka bermulalah ujian mengira duit untuk membeli kerana tidak ada yang harga seribu kebayah. waktu tu semua jadi jutawan kerana seorang paling kurang membawa rp1juta seorang. Waktu membeli ada yang pening duk kira duit dan ada yang mabuk duit sebab harga barang tidak ada yang kurang dari seribu.




Waktu tu ja & 4 orang kawan terpaksa menukar duit dulu kerana tak sempat tukar di lapangan terbang. Oleh kerana tempat tukar duit tu jauh, maka kami sepakat untuk naik pendayung (seakan beca di malaysia cuma menggunakan motor) untuk sampai ke situ. maka bersetuju mengambil 2 pendayung yang berharga 7000satu haluan.

Selepas penat membeli, ja balik, tentang makanan secara zahirnya nampak seakan sama tetapi kalu tak biasa makan masa 2,3 hari gak baru lalu makan nasi dan ada sesetengah hampir seminggu kerana nasinya lemak sedikit dan seakan pulut. hari pertama dan kedua tak ada siapa pun yang dapat habiskan nasi..waktu tu memang sedih menyambut puasa di perantauan...





Majlis Penyerahan Surat Kepada Kepala Lorong


Sesetangah kampung mempunyai adab dan peraturan tersendiri, tempat kampung ja duduk perlu mamaklumkan dan membuat penyerahan surat kepada kepada lorong (seperti ketua kampung) bagi memaklumkan kehadiran dan tujuan datang dan meminta persetujuan. Majlis itu dibuat selepas terawikh yang dihadiri oleh penduduk kampung, semua ajk-ajk kampung, imam dan rektor 1 IAIN Ar-Raniry. Selepas ucapan semua akan bangun untuk perkenalkan nama dan tujuan. Kampung ini merukan kampung contoh di Aceh kerana kualiti dari segi pengurusan, keselamatan, keagamaan dan masyarakat.

Macam-Macam :


rumah ini duduk dekat dengan rumah sewa ja, rumah ini antara yang tidak runtuh semasa thunami walaupun pembinaan semua dari kayu sampai ke tiang bawah dan menyelamatkan lebih 150 penduduk sekitar (rahsia rumah ini masih dalam intiview penduduk)


masjid baitulrahman yang terlelat di banda aceh, jika ke bandar biasa labi kan berhenti disini, masjid ini antara masjid yang tidak runtuh dan hanya masuk sedikit air didalamnya walaupun di laur air hingga melepasi pintu, menurut maklumat yang didapati seorang paderi melihat masjid ini seperti terapung di atas air semasa thunami datang yang mendorong dia terus memeluk agama Islam.
ni pulak duit rupiah, yang ja pegan tu hanya sebahagain duit yang melebihi 30 juta dan kali pertama memegan duit sebanyak tu, suma tak barani nak pegan bukan takut tapi pening nak kira, kena-kena jatuh atas ja juga. duit tu untuk bayar yuran dan duk sini mudah aje nak tengok duit sebanyak tu.

ni merukan jalan untuk pergi ke kuliah, melalui bendang padi dan kebun untuk sampai. jauhnya melebihi 1 km. Pada awalnya memang penat tapi bila ramai-ramai jadi dekat pula. kebiasaan pelajar lama akan beli motor scnhand untuk ulang alik dan ada juga basikal. pada mula-mula ni kan la berjalan dulu...
sekian :
p/s maaf barita berterabur sebab banyak benda hilang selepas siap tipe..



salam perantauan :

Faizal

2 Responses to SEMINGGU DI ACEH - Pegalaman baru

  1. Macam-macam cite dari acheh.. Hope Ja akan teruskan usaha dan tingkatkan kesabaran di sana utk terus berjaya.

     
  2. Alhamdulillah, ja dah mula menemui keserasian...
    Semoga ja tabah dalma mencari ilmu...

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN