MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM & PERASMIAN SURAU BARU AKMAL

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Sunday, September 13, 2009
Pada 10hb September 2009 (Khamis), berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-Anak Yatim dan Perasmian Surau Baru Akmal yang dirasmikan oleh Dato' Mardina (TKPK CDN).
Alhamduillah, makanan yang disedikan amat banyak........bagi yang suka makan, maka sedap la makan tersebut. Namun ada jugak yang tak puas hati dengan makanan yang disediakan, maklumlah makanan tersebut disediakan oleh orang yang sama memmasak di kantin DMU.
Majlis Berbuka puasa itu diserikan lagi dengan nyanyian Nasyid oleh anak-anak yatim. Merdu sungguh suara mereka, so tidak hairanlah kumpulan nasyid anak yatim tersebut mendapat Johan dalam pertandingan diperingkat negeri Melaka.

Dalam majlis tersebut, penyerahan replika kunci surau daripada kontraktor kepada TKPK CDN dan dari TKPK CDN kepada Pengarah AKMAL. Bercerita pasal surau ni... AKMAL sekarang memiliki 3 surau. Inilah kehebatan AKMAL.....hanya AKMAL & Pihak Pengurusan Kastam sahaja yang tahu alasan untuk memiliki 3 surau di AKMAL.

1) Surau Pertama - Surau Ar-Rahman

Surau Ar-Rahman terletak di Abid 3. Surau ini diperbuat daripada kayu. Namun kelebihan surau ini ialah satu-satunya surau yang ada air-cond. Kas just ada gambar di dalam surau sahaja. Gambar luaran surau tak ada..kas terlupa nak ambil.

2) Surau kedua - Surau An-Nur

Surau An-Nur teletak di tengah-tengah AKMAL berhampiran dengan pusat pentadbiran AKMAL, bilik kuliah, DMU serta Abid 4 & 5. Surau ini merupakan surau yang sering diimarahkan oleh para peserta kursus kerana hampir dengan tempat penginapan peserta kursus.

3) Surau ketiga - Belum ada nama



Setelah sekian lama menanti siapnya surau baru AKMAL, maka penantian tersebut berakhir apabila buat permulaanya surau ini dibuka untuk diimarahkan oleh para peserta kursus pada 8-09-2009. Surau ini buka secara rasminya pada 10-09-2009 oleh TKPK CDN di dalam majlis penyerahan kunci surau dan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim. Surau ke-3 ini terletak berhampiran dengan Abid 6. Surau ini dikira berada di tengah-tengah antara Abid 4 & 5 dengan Abid 1,2 dan 3.

Ni clips video persembahan nasyid anak-anak yatim.....sorrylah coz software conventor video yang trial version...sebab tu la keluar tulisan.......tapi suara leh dengar....


Sekian.

Daripada: Mohd Kasturi (13-09-2009)

0 Responses to MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM & PERASMIAN SURAU BARU AKMAL

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAKLUMAN

Sekiranya display cerita hanya memaparkan satu / dua cerita sahaja, Para tetamu blog boleh menekan topik-topik yang berada di bawah ini untuk tatapan atau bacaan. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

(masalah teknikal display/publishing ini tidak dapat diatasi walaupun pelbagai cara telah dilakukan. Sekiranya mana-mana tetamu blog yang pakar dalam bab ni, bolehlah memberi cadangan penyelesaian melalui kotak borak-borak)

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KELUARGAKU

KELUARGAKU

KAWAN-KAWAN