TAYAR OH TAYAR - SPECTRA

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Monday, September 14, 2009
Ok, kas nak cite pasal masalah kereta. Dalam bulan ni dah banyak masalah kereta melanda. Nak tak nak terpaksalah selesaikan jugak. Yelah...risau takut kereta ni buat masalah time majlis/raya. Lagi susah...so nak elakkan dari kesusahan...terpaksalah repair jugak walaupun lari buget......Bayangkan dalam tempoh sebulan..kena spend untuk kereta dalam RM3k ++.

Bermulah citenya....pada 11hb September 2009 (Jumaat), sebaik sahaja kas tiba di kuartes kastam WPKL iaitu tempat kas tinggal, maka kas pun punggah la barang-barang untuk naik ke tingkat 13 dengan lift. Tiba-tiba kas dapat mesej dari opismate yang mengatakan tayar kereta kas pancit. So kas turun la dan tengok..memang betul tayar kas pancit.....tayar belakang. Aduhhh..nak kena tukar tayar plak...masa tu dah kul 6.00ptg...

So kas pun tukar lah.....tukar punya tukar... tayar spare tak ada angin. Aduh masalah lagi... so terpaksalah mintak pertolongan opismate WSX 262 untuk bawa tayar spare ke stesen minyak untuk di isi angin.

Oleh kerana hari dah lewat dan waktu berbuka puasa dah semakin hampir. Maka opismate kas yang bergelar Dato S pun mengajak berbuka puasa di Masjid Tabung Haji di Kelana Jaya. Wow..tak sangka pada tahun ni Masjid Tabung Haji buat hidangan buffet di kantin Tabung Haji. Tahun lepas, hidangan berbuka puasa di masjid tu hanya simple2 sahaja iaitu bubur lambok, kuih muih dan sekali sekala di beri nasi. Namun pada tahun ni...tiap2 hari hidangan berbuka puasa di Masjid Tabung Haji ialah hidangan buffet yang mengandungi 3jenis lauk pauk, 4 jenis air minuman dan pelbagai kuih muih. Memang puas hati berbuka kat situ..tapi disebabkan hari tu kas dan Dato S pergi lewat..maka lauk pauk dah abis...makan je apa yang ada. Selepas solat magrib....baru lah kas dan Dato S pergi ke stesen minyak untuk isi angin tayar spare kereta kas. Then barulah dapat pasang di kereta kas.

Keesokan harinya 12hb September 2009 (Sabtu), disebabkan streng kereta pun bergetar-getar dan menganggu konsentrasi kas memandu. Maka kas plang nak p kedai tayar untuk diperiksa.. yelah before ni Toke Kedai Servis Kereta pernah bagitahu yang tayar kas dah gelembung, that why bergetar bila memandu. Tayar kete kas tu bunga tak ilang lagi..tapi dah gelembong....nasib malang tul. So bila di bawa ke kedai tayar tu...dia pun bagitahu hal yang sama.......kata pomen tu..kalu buat aligment pun sekejap je tahan..coz tayar mmg dah problems...

So, selepas berpikir panjang... selepas tanya harga tayar. Maka kas pun decide la untuk tukar kesemua tayar... Yelah..demi keselamatan perjalanan balik ke kampung dan kelancaran majlis..maka kas kenalah tukar. Toke kedai tayar tu kata.... lu mau yang mahal atau yang mulah.... Kalu tayar GoodYear = RM170sebijik... Kalu mau mulah lagi....tayar Yokohama = RM155sebijik.. Kalu mau mulah lagi tayar Dunlop = RM150 sebiji... kalu mau lagi mulah.... ada..tapi tak ada kualiti.

Maka kas pun suruh la dia tukar tayar Tokohama......sebagaimana nama signame kedai dia..

Selepas sejam menanti...maka tayar siap ditukar. Then pomen tu kata.. lu tak mau buat balancing/alignment ke? Kas pun tanyalah...berapa u caj.. dia pun bagitahu la.. satu tayar RM38. Kas pun surulah dia buat.

Pomen tu pun buatlah alignment/balancing. Dia kata tayar belakang punya alignment out...so dua2 tayar kena buat alignment/balancing. Then tayar depan buat sebelah je..coz sebelah lagi ok... tayar depan just RM20 satu tayar coz tak kena pasang alignment tools tu.

Akhirnya semuanya siap dibaiki. Tinggal satu je masalah yang lum dibaiki coz ekzos bocor. Pomen tu kata lu punya keta tidak pickup sebab ekzos bocor. Toke kedai yang hari tu kata.....minyak kete makan banyak sikit sebab lu punya kete...ekzos bocor. Apa-apapun kas tak leh tukar lagi..coz dah lari buget banyak banyak....yelah dah banyak abis untuk kete ni.

Betul kata orang...semakin dekat dengan Majlis Perkahwinan....maka semakin banyak ujian/masalah yang perlu kita lalui. Yang penting bersabar, befikir positif, berusaha dan berdoa serta bertawakkal.

Mudah-mudahkan perjalanan kas ke kampung dan perjalanan kas untuk ke Majlis nanti akan lancar tanpa apa2 masalah kete lagi. InsyaAllah.

Sekian.

Daripada: Mohd Kasturi (14.09.2009)

3 Responses to TAYAR OH TAYAR - SPECTRA

  1. Banyak ujian... tanda ALlah sayang...
    Harap byk bersabar, moga ALlah limpahkan rezeki kas...

     
  2. Anonymous Says:
  3. Banyakan sabar...Teguhkan iman.
    Pakai keta macam tulah. Semakin lama makin tinggi maintenancenya. Waja & spectra lebih kurang je...1/8/09 abg saipu dah tukar 4tyr sekaligus. Rm175 continental.
    Jangan lupa power steering pun kena service juga. Kalau tak buat, minyak nampak macam kopi o dan bila corner ada bunyi.

     
  4. InsyaAllah semua dah servis... harap2 dah ok..cuma ekzos je lum repair sebab tembus.

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAKLUMAN

Sekiranya display cerita hanya memaparkan satu / dua cerita sahaja, Para tetamu blog boleh menekan topik-topik yang berada di bawah ini untuk tatapan atau bacaan. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

(masalah teknikal display/publishing ini tidak dapat diatasi walaupun pelbagai cara telah dilakukan. Sekiranya mana-mana tetamu blog yang pakar dalam bab ni, bolehlah memberi cadangan penyelesaian melalui kotak borak-borak)

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KELUARGAKU

KELUARGAKU

KAWAN-KAWAN