1HARI 1MLM DI KAMPUNG

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Tuesday, September 1, 2009
Pada 28hb Ogos 2009 (Jumaat) selepas abis kelas dalam pukul 5ptg, kas bertolak balik ke Kelana Jaya dari Melaka. Tiba di Kelana Jaya, Kas berehat sementara sebelum bertolak balik ke Kampung pada pukul 12tgh malam. Kas balik sorang-sorang dan drive sorang-sorang. Kas berhenti bersahur di Gua Musang pada pukul 4.30pagi. Sampai di kedai Gua Musang tu...semua makanan sold out coz ramai orang.
Kemudian kas singgah pada pukul 615pagi untuk solat subuh di Kuala Krai. Selepas solat subuh tu, kas tdo dalam kereta dan bergerak semula pada pukul 8pagi selepas badan terasa segar dan tak mengantuk.

Hari pertama 29hb Ogos 2009(Sabtu) di kampung, kas tinjau2 burung puyuh dan ikan keli yang dipelihara oleh Ayah. Kat rebah puyoh tu, banyak telur-telur puyoh. Ni kalu dibuat masak merah ni, memang best untuk dimakan.

Kemudian, kas pergi tengok kolam ikan keli ayah. Ikan keli dah membesar dan boleh dijual. Kedua-dua kolam telah terisi dengan ikan keli.


Masa berbuka, Mek telah masak kuih dan beli pelbagai kuih-muih untuk dimakan waktu berbuka. Masa berbuka ni macam-macam makanan yang ada. Memang banyak betul lauk pauk, kuih muih. Dan masa berbuka ni, kas guna gelas besar untuk minum... Kata mek, gelas besar tu baru dibeli untuk digunakan waktu berbuka pose. Teringat masa kecil-kecil dulu, kas dan adik beradik yang lain, berebut-rebut nak minum menggunakan gelas besar.

Hari kedua 30hb Ogos 2009 (Ahad), Kas berangkat ke Terengganu untuk menguruskan hal-hal perkahwinan seperti menghantar borang perkahwinan kepada pihak perempuan, menempah baju perkahwinan dan kek perkahwinan. Kas ke terengganu bersama-sama Abg.Nik (Suami Kak Mah) coz Abe Nik nak balik rumahnya kerana ada urusan. Di rumah Abg.Nik, sempatlah kas tengok kebuh buah salak yang ada disekitar rumah Abg.Nik. Abg.Nik pergi petik buah salak sebagai buahtangan untuk kas. Selepas hantar abe.nik, kas pun bertolak ke bakal rumah pak/mak mertua di Felda Tersat.

Kemudian, kas ditemani Za & anaknya pergi ke butik pengantin untuk menempah baju perkahwinan, dan ke kedai gambar untuk buat gambar pasport kas, dan ke kedai kek untuk menmpah kek majlis perkahwinan dan kek hantaran. Kemudian kas ke bazar ramadhan di Kuala Berang untuk membeli juadah berbuka pose bersama-sama keluarga za.

Sekian.

Daripada: Mohd Kasturi

0 Responses to 1HARI 1MLM DI KAMPUNG

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN